Salam Alaik & Salam Sejahtera

Selamat tahun baru cina kepada kawan-kawan berbangsa cina.

Terlalu lama membiarkan blog ini usang membisu, akhirnya dapat jua saya coretkan sesuatu untuk perbincangan semua…

MPMUM 2009/2010

1. Tahniah saya ucapkan kepada semua sahabat yang telah berjaya memikat hati para pengundi dalam piliharaya yang lepas. Tahniah kepada sahabat saya yang betanding buat kali kedua dan menang iaitu Saudara Hafiz Ilyas, Fadzil Jamal, Lee Keng Kiat dan Tee Woi Kiat.

2. Pembentukan kabinet MPMUM telah dibuat menyaksikan 4 jawatan utama semuanya dibolot oleh pihak penggerak Mahasiswa. YDP baru, Khairul Anuar mendapat undi sebanyak 21 mengatasi Mohd Fadhil yang mendapat 20 undi. 3 lagi jawatan dipegang oleh calon-calon fakulti.

3. Mesyuarat kedua telah diboikot oleh 14 orang MPM Pro-M kerana mendakwa pemilihan dalam jawatan tersebut terlalu berat sebelah dan akhirnya semua jawatan Majlis Tertinggi disandang oleh calon fakulti dari Penggerak dan hanya seorang sahaja wakil Pro-M yang berada dalam MT iaitu saudara Syukri yang menyandang jawatan Timbalan Setiausaha 1.

4. Jika tahun lepas, dua jawatan MT diberikan kepada Penggerak iaitu Bendahari dan timbalan bendahari 2 walaupun pro-m boleh sahaja untuk mendapatkan semua kerusi MT.

5. Kenapa jawatan MT menjadi rebutan? MT adalah ikon kepada batang tubuh MPMUM keseluruhannya. Fungsi MT sememangnya mencapah dan mewakili seluruh mahasiswa dalam kampus. Mana mungkin jawatan MT diberikan kepada orang yang menang dikerusi fakulti sedangkan mahasiswa difakulti lain tidak memilih mereka sebagai MPM?

6. Memang betul tidak ada dalam peraturan yang menyatakan jawatan MT hanya untuk kerusi umum, namum kita mesti berfikir secara realistik dan signifikan. Calon Umum telah dipilih oleh SELURUH mahasiswa dalam universiti dengan harapan mereka akan menjadi ikon utama dalam MPMUM.

7. Tidak sama keupayaan seorang calon UMUM yang bertanding, berkempen dan telah menang dengan undi melebihi 4000 jika dibandingkan dengan seorang calon fakulti yang menang dengan ratusan undi dan ada yang menang tanpa bertanding. Yang pastinya calon umum ini telah teruji keupayaan dan keyakinan mahasiswa kepada mereka sehingga mereka berjaya mendapat undi antara 9 yang tertinggi.

8. Saya bukan bertujuan untuk mengecilkan fungsi calon fakulti, sebaliknya calon fakulti memainkan peranan yang penting dalam pembangunan dan kebajikan di fakulti masing-masing. Dalam amalan sistem demokrasi Negara kita, mana mungkin seorang ADUN boleh jadi perdana menteri @ TPM @ menteri?

9. Saya yakin mahasiswa UM dapat menilai siapa yang gilakan kuasa tanpa mempetimbangkan kepentingan sejagat dan keperluan bagi pembangunan mahasiswa secara holistiknya. PRK tahun hadapan bakal menjadi penentunya.

10. Saya juga ingin menyanggah kenyataan oleh YDP MPM yang baru, Khairul Anuar dalam KOSMO pada 10/2/2010 yang menyatakan golongan yang menentang AUKU adalah mereka yang berfikiran cetek. Beberapa YDP MPM dari aspirasi sebelum ini pun tidak pernah mengeluarkan kenyataan yang hina sebegitu tapi melangnya dikeluarkan oleh seorang yang baru sehari mendapat jawatan YDP MPMUM. Kenyataan tersebut sememangnya mengguris hati seluruh mahasiswa yang telah lama memperjuangkan pemansuhan AUKU atas hujah dan fakta tertentu dan gerakan tersebut diiktiraf sendiri oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi dalam konvensyen MPP kebangsaan yang lepas.

11. Saya harap YDP MPM lebih berhati-hati mengeluarkan kenyataan suapaya imej universti tidak tercalar dipandangan umum.

12. Saya bersuara kerana sayangakan UM. Saya tidak mahu lihat PMUM@MPMUM tahun ini dinodai dengan tindakan dan kenyataan yang dangkal oleh pemegang-pemegang jawatannya. Saya doakan terbaik untuk MPM kali ini dan cuba realistikkan pemikiran dalam segala tindakan. Selamat maju jaya.