Thursday, April 28, 2011

MPMUM ucap selamat menjalani peperiksaan


Kabinet Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya sesi 2010/2011


Usaha Tangga Keyajaan Dan Yakin Kejayaan Adalah Milik Kita



Bersama Berkhidmat Demi Mahasiswa

Puas jujur dalam exam.




Musim peperiksaan menyebabkan suasana sunyi di kampus Universiti Malaya mula menyelubungi.Masing-masing berjalan sambil menghafal dan yang lebih menarik membaca sambil berjalan.Kalaulah terlanggar tiang waktu berjalan sambil membaca, mesti menyesal tak sudahkan.

Yang pastinya tindakkan membaca itu betul, cuma cara dan waktu membaca itu yang salah.Maka kesimpulannya janganlah buat tindakkan yang tak kena dengan cara dan etikanya.Buat sesuatu kerja mestilah selari dan seiring dengan tuntutan dan adatnya.Kalau kena caranya, pasti bacaan kita lebih berkualiti dan hafalan lebih mudah diingati.

Namun bukanlah perkara itu yang saya ingin tekankan dalam penulisan saya kali ini.Akan tetapi ialah berkaitan etika dalam dewan peperiksaan.Hanya satu etika yang saya ingin tekankan iaitu jujur ketika menjawab soalan peperiksaan.

Soal Jawab berkaitan Al-Quran.



Soal 1: Surah manakah yang jumlah kalimatnya sama dengan seluruh jumlah surah Al-Qur'an?

Jawab: Surah at-Takwir.

Soal 2: Surah manakah yang dikenal dengan sebutan "jantung" Al-Qur'an?

Jawab: Surah Yasin.

Soal 3: Surah manakah yang dikenal dengan silsilah nasab Allah SWT?

Jawab: Surah al-Ikhlash.

Soal 4: Berapakah jumlah surah Al-Qur'an yang memiliki ayat sajdah wajib?

Jawab: Empat surah (as-Sajdah, Fushshilat, an-Najm dan al-'Alaq)

Soal 5: Surah manakah yang dikenal sebagai surah Imam Husain as?

Jawab: Surah al-Fajr.

Saturday, April 23, 2011

Anak muda aset terpenting negara


Anak muda negara adalah aset yang sangat berharga bagi sesebuah negara.Jika ingin melihat kemajuan sesebuah negara di masa hadapan, maka lihatlah anak mudanya ketika ini.Andai baik dan berkualiti mereka di masa kini, maka hebat dan mantaplah kepimpinan dan pengurusan negara itu pada masa akan datang.

Jika di tanya berkaitan kemajuan negara semua mahu negaranya maju.Juga jika di tanya tentang kualiti berkaitan pengurusan berorganisasi dan kepimpinan, semua ingin organisasi dan kepimpinan yang baik dan hebat meminpin rakyat.Namun untuk mencapai kesemua itu, bermula daripada pendidikan dan pentarbiahan oleh ibu bapa dan seterusnya di sambung oleh para guru yang mengajar anak muda itu di alam persekolahan dan kampus.

Jika di sekolah mahu pun di kampus, maka para guru bertanggungjawab melunaskan didikan yang berkualiti kepada anak muridnya.Para guru bukan hanya perlu mengajar untuk menghabiskan silibus pelajaran yang di berikan oleh pihak kementerian sahaja. Namun penekanan dalam pembentukkan akhlak dan moraliti pelajar sangat perlu di tekankan.

Monday, April 11, 2011

Mahasiswa tuntut JAKIM proaktif dan agresif.

Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) berpendirian bahawa situasi politik di Malaysia sememangnya berada dalam keadaan yang sangat bercelaru. Oleh kerana terlalu memburu kuasa politik yang dominan, pemain politik dalam negara sanggup menggunakan apa sahaja cara demi mencapai matlamat politik biarpun cara tersebut amat bercanggah dengan nlai yang digariskan oleh Islam.

PMIUM tegaskan bahawa Mahasiswa menolak sebarang budaya politik samada yang berlaku di peringkat nasional mahupun dalam universiti, yang mana budaya tersebut bercanggah dengan ajaran Islam dan boleh menyebabkan salah faham masyarakat terhadap ajaran Islam.

Oleh itu pada hari ini PMIUM bersama dengan Solidariti Mahasiswa Malaysia akan menyerahkan memorandum menuntut pendirian rasmi Jawatankuasa fatwa Kebangsaan berhubung isu politik dedah aib ini. Tuntutan ini dibuat atas dasar mahasiswa menyedari bahawa Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan memiliki kuasa untuk mengadakan Sidang Panel Kajian Syariah bagi membincangkan isu yang dikemukakan oleh masyarakat.

PMIUM juga menyokong penuh pelancaran Gerakan Mahasiswa Selamatkan Rakyat yang diumum oleh Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) baru-baru ini. Penghantaran memorandum ini juga adalah salah satu daripada agenda Gerakan Mahasiswa Selamatkan rakyat yang akan diteruskan

Islamic Song