Tuesday, December 4, 2012

Amaran yang baca !!!

AMARAN !!! Dilarang membaca artikel ini. Kenapa tajuk dia 'dilarang membaca'? Sebab saya memang tak nak korang baca artikel ni. saya beri amaran, please jangan baca entri ini. Korang FAHAM? saya yakin korang faham dengan arahan ini. So, jangan baca artikel ini... Eh, apasal korang baca lagi. Kan saya dah cakap, JANGAN BACA. Wahai pembaca, hentikanlah pembacaan anda. saya yakin korang ni pembaca yang bijak. Dengar la arahan saya ni. Senang je pun. saya bukan suruh buat benda haram pun. saya cuma nak korang berhenti membaca artikel ini. Itu je... Ya Allah. Baca lagi... Sedih betul saya. Sanggup korang langgar arahan sayani. Benda simple pun tak boleh buat ke? saya cakap jangan baca, jangan bacalah. Apasal korang degil sangat ni? Takkan korang nak saya tulis dalam Bahasa Urdu baru nak berhenti baca entri ni? Arrgghhh... Degilnya korang semua ni. Mana pergi disiplin korang ni. Nak ikut arahan yang kacang macam ni pun susah ke? saya ulang. JANGAN BACA. Lagi sekali... JANGAN BACA ARTIKEL INI, BERHENTI SEKARANG. CUKUPLAH SAMPAI SINI... MasyaAllah. Masih baca lagi. Tak pe lah. Nampaknya korang dah tak endahkan amaran dan arahan saya. Benda terakhir yang saya boleh buat adalah nasihatkan korang. Tolonglah ! Wahai pembaca sekalian, tolonglah berhenti membaca. Kenapa anda degil sangat? Saya merayu, BERHENTILAH sekarang... Hanya nasihat inilah yang saya boleh bagi sebagai jalan terakhir untuk halang korang daripada baca artikel ni. JANGANLAH BACA ARTIKEL NI. STOP !!! Tengok tu. Baca lagi tu... Ish ish ish... Kalau korang dah baca sampai sini, ketahuilah bahawa sesungguhnya korang ni memang pembaca yang degil. Sorry to say, tapi memang korang degil. Nasib baik korang baca jugak sampai sini. Sebenarnya ada message disebalik tajuk (Dilarang Membaca Artikel Ini ) ". Gambaran tentang umat Islam zaman sekarang ni. Ramai Muslim di luar sana yang masih suka melanggar perintah Allah kan. Walaupun dah dilarang, mereka masih lagi melakukan perkara yang Allah larang. Contohnya, macam meninggalkan solat, minum arak, rasuah, riba.... Bukan hanya satu dalil yang melarang perbuatan tersebut, tapi banyak dalil dari Al-Quran, Hadis dan Ijmak Ulamak yang meyokong larang tersebut... Tapi, umat Islam memang degil... Kalau anda perasan, ada lebih daripada sepuluh kali saya melarang korang membaca artikel ni. Tapi, korang baca jugak kan. Macam tu lah manusia. Dah dilarang banyak kali, dah dinasihat beribu kali, masih nak buat jugak. Semakin dilarang, semakin dibuat. Sifat ingin tahu itu baik untuk kemajuan diri kita, tapi jangan sampai sifat ingin tahu tersebut menjahanamkan diri kita... Kepada pembaca sekalian... TAHNIAH saya ucapkan. Korang memang orang yang suka membaca. Bagusla tu, membaca jambatan ilmu. saya tahu korang tak bersalah. Lagipun, ada pengajaran yang hendak saya sampaikan... Cuma, kita perlu ingat, PATUHILAH perintah Allah dan RasulNya. Janganlah sesekali cuba mempertikaikan dan melanggar perintah Allah. Kelak buruk padanya. Nerakalah jawabnya.

Saturday, January 21, 2012

Mahasiswa akan tolak Manteri Besar Kedah

Ekoran bantahan yang dilakukan oleh mahasiswa di Pejabat PAS pusat tempoh hari berkaitan isu pergantungan KUIN 5, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengeluarkan kenyataan bahawa beliau tidak akan minta maaf kepada mahasiswa.

Namun yang lebih menyedihkan apabila MB Kedah turut menyokong untuk melaksanakan AUKU di Kedah terutama di KUIN.

Dengan ini jelas menunjukkan bahawa ketidakmatangan MB Kedah dalam menangani isu mahasiswa.Dalam masa yang sama juga menunjukkan sikap ego seorang MB terhadap rakyat terutama kepada 5 orang pelajar KUIN tersebut.

Sepatutnya Ust Azizan selaku orang yang paling berkuasa di KUIN perlulah menggunakan budi bicara dengan cara berbincang dan fahami isu dengan baik serta selesaikan masalah dengan bijaksana.

Wednesday, January 11, 2012

Antara hujah AUKU tidak relevan.

* NIAT AUKU 1971 DIGUBAL UNTUK MENUTUP “PEKUNG” KERAJAAN.

Contohnya :
- Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) isytihar manifesto sokong pembangkang dlm PRU ke-4 sehingga dikatakan antara punca yang mencetuskan Persitiwa 13 Mei 1969.
- Demontrasi Anti Tunku oleh PMUM di UM pada 29 Ogos 1969
- Demontrasi “Papan Tanda” 5 Okt. 1970 – pertembungan PMUM (sosialis) & PBMUM (nasionalis) sehingga membuka terlalu banyak kelemahan Kerajaan dalam isu bahasa Melayu & pendidikan.

Berdasarkan peristiwa-peristiwa tersebut Kerajaan lantas membentuk “Jawatankuasa Mengkaji Kampus” sehingga tergubal dan diwartakan AUKU pd 18 Mac 1971. Ini membuktikan niat auku digubal untuk menutup “pekung” kerajaan.

Friday, January 6, 2012

BEBASKAN INSTITUSI POLIS DARI PENGARUH PARTI POLITIK

Perhimpunan mahasiswa di hadapan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) baru-baru ini sekali lagi mencetuskan fenomena mahasiswa dalam membawa suara anak muda dalam menegakkan keadilan. Gerakan BEBAS yang komited dengan perjuangan ingin membebaskan akademik dan mengembalikan autonomi kampus telah berhimpun di hadapan UPSI malam ambang tahun baru 2012. 

Malangnya tindakan kekerasan yang dilakukan beberapa pegawai polis terhadap aktivis mahasiswa menyebabkan Pengerusi BEBAS saudara Safwan Anang cedera dan dikejarkan ke Hospital Slim River. Beliau mendakwa telah ditumbuk di muka dan ditendang oleh pihak polis. Dalam kejadian itu juga 17 aktivis mahasiswa telah ditangkap.

Tindakan yang dilakukan oleh pihak polis ini bukan sahaja bertentangan dengan hak asasi manusia malah juga bersalahan dari sudut etika polis. Mahasiswa bukanlah penjenayah yang perlu diperlaku sebegitu rupa. Tindakan yang dilakukan oleh pihak polis kepada mahasiswa di UPSI menunjukan wujud budaya gangsterisme dalam kalangan polis. 

Thursday, January 5, 2012

Najib tak peka kawasan Pekan

Beberapa informasi yang saya terima daripada mahasiswa Universiti Malaysia Pahang (UMP) berkaitan isu utama mereka kini iaitu masalah bekalan air yang tidak mencukupi di Pekan. Masalah ini berlarutan adalah berpunca daripada tekanan air yang rendah.

Maka akibat daripada itu,mahasiswa UMP Kampus Pekan yang mempunyai kapasiti pelajar sekitar 2000 orang terpaksa berkongsi sumber air yang sama daripada tangki yang berada di Kuala Pahang yang  turut sama disalurkan kepada masyarakat sekitar.

Setelah beberapa kali siri perbincangan antara pimpinan mahasiswa UMP bersama pihak pentadbiran dan pihak Jabatan Bekalan Air di sana,pihak JBA memaklumkan bahawa kemungkinan pihak mereka akan memperuntukkan saluran air yang baik untuk keperluan asas bekalan air di UMP.Namun jangkaan projek saluran air tersebut akan siap pada dis tahun ini.

Tuesday, December 27, 2011

MAHASISWA TOLAK POLITIK LUDAH

Baru-baru ini mahasiswa  melakar satu lagi sejarah baru apabila berjaya melakukan perhimpunan aman bagi menuntut kebebasan akademik dari Masjid Jamek dan berarak hingga ke bangunan PWTC. 6 tuntutan yang ingin dibawa gerakan ‘Bebas’ , iaitu mansuhkan AUKU ,Akta 555 dan akta 174, bebaskan ilmuan berakademik, bebaskan mahasiswa bersuara, bebaskan mahasiswa mengurus pilihanraya kampus, bebaskan mahasiswa mengurus tadbir persatuan dan bebaskan mahasiswa berpatisipasi dalam politik.


Mengenali isu tindakan Adam Adli yang menukarkan bendera gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib dengan bendera logo Bebas, saya kira isu adalah tidak perlu diperbesarkan. Sepatutnya tuntutan yang dibawa mahasiswa untuk memansuhkan AUKU dan kembalikan hak dan autonomi mahasiswa perlu dibincangkan oleh semua pihak bukannya membincangkan perkara yang remeh itu. Biarlah mahasiswa melakukan kesilapan semasa zaman mahasiswanya supaya mereka tidak melakukan kesilapan di masa mereka menjadi pemimpin masa hadapan. Ini adalah satu proses pembelajaran untuk mematangkan diri dan menimba pengalaman terbaik.

Saturday, December 24, 2011

MPMUM atasi masalah siswa

Saya tetap berpendirian bahawa Majlis Perwakilan Mahasiswa adalah badan yang mewakili suara mahasiswa.

Saya berpendirian isu Wifi yang berlarutan sebagai serius dan kritikal atas nama kebajikan mahasiswa memandangkan perkhidmatan Wifi adalah keperluan penting semua mahasiswa di Universiti Malaya.

Dalam isu ini, MPMUM telahpun berusaha mengadakan banyak siri perbincangan bersama pihak pentadbiran termasuklah pihak Pusat Teknologi Maklumat(PTM) sendiri.

Walaubagaimanapun, dengan mengambil tempoh yang terlalu panjang bermula daripada awal sesi kemasukan semester ini, MPMUM melihat pihak PTM gagal menyelesaikan isu Wifi dengan efisien dan sesegera mungkin.

Dalam tempoh tersebut, MPMUM menerima banyak aduan daripada mahasiswa termasuk rungutan kerana ketiadaan Wifi menyebabkan banyak tugasan kuliah turut terganggu.

Sunday, December 11, 2011

Debat menyuburkan demokrasi Malaysia

Perdebatan dan perbincangan berkaitan AUKU kini semakin rancak dibahaskan.Banyak siri perdebatan berkaitan AUKU,PRU,demokrasi dan sebagainya mula diketengahkan oleh para pimpinan negara mahupun pimpinan kampus.Ini suatu fenomena dan petanda baik kepada arena akademik dan sistem demokrasi di Malaysia.

Dalam keadaan rakyat dan pemimpin negara ingin terus membuka ruang demokrasi, namun mahasiswa kini kecewa dan terkilan kerana masih ada Hal Ehwal Pelajar (HEP) di kampus yang masih belum boleh memberikan peluang dan ruang untuk mahasiswa bebas berakademik mahupun melaksanakan program-program sendiri tanpa gangguan mereka.

Pihak pentadbiran sekarang perlu lebih terbuka dan memberikan kepercayaan kepada mahasiswa dalam mengendalikan sesuatu perkara kerana mahasiswa ialah insan yang intelek dan mampu untuk berfikir sendiri dengan rasional.

Tuesday, December 6, 2011

Tan Sri Ghauth Jasmon sentiasa peka dengan masalah mahasiswa

Merujuk kepada kenyataan Tan Sri Ghauth Jasmon yang merupakan Naib Cencelor Universiti Malaya baru-baru ini berkaitan mahasiswa boleh berpolitik iaitu mengenai Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 yang akan dipinda, Ghauth berkata:

“Saya rasa pelajar-pelajar universiti mungkin mahukan kebebasan bersuara kerana itu UM tidak menghalang pelajarnya terlibat dengan politik.

Ini membuktikan bahawa Naib Censelor UM benar-benar bersama mahasiswa malah memahami realiti keadaan mahasiswa yang kini kian matang berfikir baik dan buruk dalam sesuatu perkara.Kebebasan bersuara itu juga menepati aturan dalam perlembagaan negara yang kini menjadi rujukan dalam sesuatu kes dan isu.

MPMUM juga bersetuju dengan pandangan Tan Sri Ghauth Jasmon iaitu sekiranya fahaman tersebut dibawa ke dalam kampus yang akhirnya boleh mendatangkan masalah, maka tindakan keras akan diambil”.Universiti merupakan medan ilmu yang mesti semua pihak hormati dan sanjungi.Bukannya menjadikannya sebagai medan untuk mendoktrin dan merekrut mahasiswa menjadi pekerja parti sehingga mengabaikan pelajaran mereka.

Sunday, November 27, 2011

Awal Muharam detik permulaan kebaikan.

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Illahi dengan rahmat dan limpah kurniaNya, Allah SWT masih memberikan kepada kita kesempatan untuk kita meneruskan kehidupan dengan baik dan selesa.Kini kita telah masuk awal Muharam iaitu bulan pertama tahun Islam 1433 H.Pada tarikh yang bersejarah inilah bermulanya penghijrahan umat Islam dari Kota Mekah ke Kota Madinah.Lantas terbinanya sebuah Daulah Islamiah ( negara Islam ) yang pertama yang dipimpin ketika itu oleh baginda Nabi Muhammad SAW.

Bermula dari peristiwa bersejarah inilah Islam semakin tersebar luas dan keadilan semakin bersinar di Madinah.Undang-undang dan perlembagaan Islam dibina, tamadum Islam mula diperkasa, kehidupan penduduk Madinah menjadi contoh dunia sehingga kepimpinan baginda Nabi Muhammad SAW menjadi ikutan semua manusia.Bahkan dari peristiwa hijrah ini jualah dijadikan titik pemula dalam pengiraan kalender Islam.

Thursday, November 10, 2011

Mahasiswa bersedia hidup tanpa AUKU

Saya tertarik untuk menjawab kenyataan Timbalan Perdana Menteri,Tan Sri Muhyiddin Yassin berkaitan AUKU ketika beliau menjawab soalan seorang peserta Konvensyen Integriti Nasional 2011 di PICC, Putrajaya, baru-baru ini.

“Are you ready for it? Kalau saudara kata yes, mengapa tidak? Mungkin kerajaan akan kata, kalau begitu kita tak perlu akta lagi ataupun kita pinda akta itu untuk memberi ruang supaya pelajar boleh membuat keputusan tanpa digagahi oleh mana-mana satu kuasa perundangan,” kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Kalau pelajar sudah kata, “saya tahu apa yang saya patut buat dan kerajaan tidak perlu bimbang, dan kami akan tumpukan sepenuh masa kepada pelajaran serta penglibatan dalam politik hanyalah untuk mengetahui apakah politik itu supaya mereka tidak terasing daripada perubahan semasa dalam negara,” soal pokok goes back to you (mahasiswa).

“Kalau saudara kata kami sudah bersedia dan tak perlu kerajaan mengadakan sistem untuk perundangan kawalan, maka selepas ini kita akan katakan eloklah ia dikaji. Ini adalah pandangan secara kasar saya,” kata Muhyiddin..

Tuesday, November 8, 2011

Sekat kebebasan berakademik adalah jenayah.

Kebebasan akademik sebenarnya menjadi isu 'evergreen' yang semakin didiamkan oleh warga universiti dan masyarakat. Namun isu pergantungan Prof Dr. Aziz Bari yang diperjuangkan oleh mahasiswa baru-baru ini menjadi batu loncatan kebangkitan semula perjuangan menentang kerakusan politik yang menghalang hak kebebasan yang diiktiraf oleh perlembagaan.

Apabila seseorang dihalang daripada menyatakan pendapat terhadap sesuatu isu, halangan tersebut hakikatnya adalah sebuah jenayah. Jenayah yang dimaksudkan di sini ialah perlanggaran terhadap apa yang dijamin sendiri oleh Perlembagaan Malaysia yang merupakan sumber undang-undang tertinggi di negara ini.

Adalah tepat melabelkan tindakan menyekat kebebasan sebagai sebuah jenayah. Apatah lagi ia juga melanggar hak asasi manusia, di mana semua orang diberi kebebasan bersuara, berhimpun dan berpersatuan tanpa sebarang halangan.

Student Leaders Support Call For UUCA Reform

PETALING JAYA: Student leaders from public universities support the Court of Appeal’s judgment on Monday that Section 15 (5) (a) of the Universities and University Act (UUCA) is unconstitutional, since it violates the Federal Constitution’s provision for freedom of expression.

Section 15(5) (a) prohibits tertiary students from expressing support of or opposing political parties or from participating in politics.

Universiti Malaya (UM) student council president Mohd Syahid Mohd Zaini said they do not support the UUCA because it runs contrary to three basic rights in the Federal Constitution and human rights, which are freedom of expression, freedom of assembly and freedom of association.

“The UUCA is not relevant and should be abolished. It has been amended five times and still, there are provisions that prohibit such freedom; we fear those who amended it have their own political interest,” said Syahid, 22.

Thursday, October 20, 2011

Jangan tajamkan hubungan rakyat Malaysia dengan HIMPUN


Usaha murni untuk menimbulkan kesedaran kepada umat Islam untuk menangani gejala murtad itu memang telah lama Islam anjurkan.

Namun kita perlu faham bahawa setiap niat yang baik itu semestinya dengan perbuatan baik juga.Sebagai contoh Khawarij telah keluar dari kelompok Saidina Ali. Mereka menggunakan slogan "tiada hukum melainkan hukum Allah" dalam menegakkan kebatilan mereka.ekoran itu, Saidina Ali berkata, "perkataan itu baik, tetapi yang dikehendaki disebaliknya adalah kebatilan"

Tuesday, October 11, 2011

Mahasiswa kian tertekan.

Alhamdulillah bajet 2012 baru-baru ni di bentang oleh Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak ada menyentuh soal mahasiswa iaitu untuk memberikan baucar buku bernilai RM200 kepada semua pelajar warganegara Malaysia di Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta tempatan,matrikulasi dan pelajar tingkatan enam di seluruh Malaysia.

Harapnya baucar buku yang diperuntukkan itu benar-benar akan di perolehi oleh semua mahasiswa di Malaysia tanpa sebarang diskriminasi dan birokrasi di kampus.Namun dalam keseronokkan memperolehi baucar buku RM200,kita kena ingat bahawa masih banyak tuntutan kita yang pihak kerajaan masih belum tunaikan.

Antara contohnya ialah pemansuhan AUKU yang mana kita lihat ianya sering menyekat pergerakan mahasiswa dan membantutkan kematangan mahasiswa.Selain itu pemansuhan 1% dalam pinjaman PTPTN,pemberian PTPTN mengikut zon,kebebasan bersuara dan kebebasan berakademik, autonomi kampus dan sebagainya.

Monday, October 3, 2011

Tahniah graduan Universiti Malaya


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat illahi kerana dengan limpah kurniaNYA dapat kita dipertemukan sekali lagi dalam Festival Konvokesyen Universiti Malaya (FESKUM) pada sesi kali ini. Syabas dan tahniah diucapkan kepada seluruh Jawatankuasa Pelaksana FESKUM’11 yang telah bertungkus lumus dalam menjayakan FESKUM pada kali ini.

Islamic Song