Friday, October 22, 2010

Belanjawan 2011 Tranformasi Malaysia Negara Maju

Oleh Mohd Syahid Mohd Zaini

Presiden Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak(BERSATU)

“Transformasi Kearah Negara Maju Berpendapatan Tinggi” adalah tema bagi Belanjawan 2011 yang telah dibentangkan pada 15 Oktober 2011. Seusai sahaja Perdana Menteri kita, Datuk Seri Najib Tun Razak membentangkan sebanyak 45 helai muka surat mengenai Belanjawan 2011,pastinya ada yang tersenyum gembira dan pasti ada yang masih masam mencuka.

Diwarung kopi, heboh dan meriah sekali kerana gaji golongan berpendapatan rendah telah dinaikkan seperti pendapatan cikgu kafa, ketua kampung, pengawal keselamatan dan penghantar surat . Para penjawat awam tersenyum lebar bila diumumkan Sistem Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) akan dimansuhkan. Tidak ketinggalan isu kadar tol di empat lebuh raya milik PLUS Expressway Bhd tidak akan dinaikkan bagi tempoh lima tahun akan datang bermula serta-merta. Tidak ketinggalan juga dimana RM250 juta diperuntukkan bagi sekolah bantuan modal agama, sekolah bantuan modal jenis kebangsaan Cina, sekolah kebangsaan Tamil, sekolah bantuan modal mubaligh dan sekolah bantuan kerajaan seluruh negara.

Apa yang sedang hangat diperkatakan sekarang adalah berkaitan dengan Pembinaan projek bersepadu “Warisan Merdeka” dengan menara 100 tingkat tertinggi di Malaysia bernilai RM5 bilion yang dijangka siap pada 2015. Pada dasarnya,mungkin masih ada yang tertanya-tanya mengapa bangunan ini perlu diwujudkan? Lalu, merenung kembali pembinaan KLCC, Jambatan Pulau Pinang dan KLIA yang satu masa dulu turut dikaitkan seperti isu Bangunan Warisan Merdeka ini. Apa yang diharapkan semoga pembinaan ini dapat meningkatkan pendapatan Negara sekaligus member kebaikan kepada rakyat.

Mahu rasanya saya mengajak pembaca sekalian meneliti semula senarai belanjawan Negara 2011 ini. Jika kita lihat dari segi pandangan tipis, pasti kita merasakan bahawa kerajaan begitu banyak sekali melaburkan wang untuk pelbagai jenis perbelanjaan. Apakah makna atau agenda disebalik perbelanjaan ini.

Ya. Pastinya dengan pelbagai perancangan terbaru ini, mereka mampu membuka lebih banyak peluang pekerjaaan buat para belia,khususnya bakal-bakal mahasiswa yang akan menamatkan pengajian mereka. Seperti contoh lain di mana kerajaan merancang untuk mengurangkan pengambilan pekerja asing dan menubuhkan “Talent Corporation” di bawah Jabatan Perdana Menteri pada awal 2011 untuk membangunkan pangkalan data tenaga kerja berkepakaran serta menjalin kerjasama dengan jaringan bakat di seluruh dunia.

Rakyat juga perlu bijak merangka dan mengambil peluang di sebalik perbentangan yang telah diwar-warkan kepada kita. Contohnya, menyediakan Skim Pembiayaan Perumahan Kos Rendah untuk pekerja estet oleh BSN, program Bantuan Rumah (12,000 unit) untuk golongan miskin dan miskin tegar dengan peruntukan RM300 juta, memperkenalkan Program Pengedaran Barang Perlu bagi menyeragamkan harga barangan,memperkenalkan Program Transformasi Kedai Runcit, Bengkel Automotif dan Projek Pasar Komuniti, melancarkan Dana Pencen Swasta dan Melancarkan Skim Amanah Hartanah Bumiputera bernilai RM1 bilion dan patuh syariat.

Menariknya , peruntukan sebanyak RM10.2 bilion dalam belanjawan 2011 telah disalurkan untuk belanja pengurusan Kementerian Pengajian Tinggi akan memperkasa modal insan dan kualiti akademik institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan. Kita juga menanti sesuatu yang ajaib buat peminjam PTPTN. Kerajaan juga bersetuju membiayai bantuan per kapita untuk sekolah-sekolah agama rakyat rendah dan menengah dengan peruntukan RM95 juta sebagai mengiktiraf pendidikan Islam.

Selain itu, golongan muda kini mampu memiliki rumah sendiri. Skim Rumah Pertamaku dengan jaminan kerajaan ke atas bayaran pendahuluan 10 peratus bagi harga rumah di bawah RM220,000. Ianya bagus untuk jangka masa pendek namun mungkin memakan diri bagi jangka masa panjang. Bebanan hutang yang ditanggung oleh negara meningkat mendadak dan terdapatnya permintaan “palsu” disebabkan oleh kebolehan pembelian rumah secara mendadak. Sekiranya terdapat masalah, berkemungkinan bank dan Negara akan mengalami defisit teruk dalam program “corporate bail out”.

Namun, apa yang menjadi idaman rakyat adalah bagaimana perancangan belanjawan ini berjalan dan ditunaikan. Bukan kuantiti yang begitu banyak yang kita mahukan, tetapi lebih melihat pada kualiti yang kita idamkan. Sebagai rakyat Malaysia tidak kira golongan tua, golongan elit, mahasiswa dan sebagainya, kita perlu bersyukur dan berhati-hati dalam sesuatu tindakan. Yang kita mahukan, segala perjalanan ini bersih dan bukan hanya berpihak pada sesetengah golongan. Saya yakin juga kerajaan tidak putus-putus berusaha untuk mengurangkan kadar kemiskinan tegar di negara kita. Saya juga pasti kerajaan berusaha untuk mengurangkan kadar defisit Negara.

Kajian perlu dilakukan lagi untuk membaiki apa yang telah dirancang. Mengurangkan perbelanjaan yang kurang berfaedah kepada rakyat dan jati diri rakyat itu penting. Kerana kegemilangan sesebuah negara itu terletak pada jati diri dan ketermadunan rakyat dan pemimpin sesebuah Negara itu sendiri.

Suara rakyat adalah suara Negara. Semoga Belanjawan 2011 yang bernilai RM 212 billion ini mampu memberi jaminan dan mengekalkan ekonomi Negara dengan baik dan jayanya

Wednesday, October 20, 2010

Minggu Media Islami


Assalamualaikum W.B.T,

Jabatan Dakwah Pembangunan Insan dengan Kerjasama Persatuan Mahasiswa Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya(PMAPIUM), akan mengadakan Minggu Media Islami,

Tema : Media Islami Pencetus Revolusi Ummah"
Tarikh : 23 - 28 Oktober 2010
Tempat : Akademi Pengajian Islam ,UM

Program ini julung - julung kali diadakan, tambahan pula pelbagai aktiviti menarik di sediakan, seperti, "Bagaimana untuk Deklamasi kan Puisi yang menyentuh", "Bengkel Penulisan yang Efaktif", "Penulisan Skrip Dokumentari Islami", "pengalaman dalam Industri perfileman", dan juga "Pertandingan menghasilkan Video"

Wah!!..
"Pertandingan Mencipta Video korporat APIUM"
Kepada pemenang bagi Video tersebut, Video empunya tuan, akan menjadi wadah utama dalam mempromosikan APIUM kepada Masyarakat Umum dan menjadi Aset berguna Oleh Pihak APIUM, ganjaran pahala berterusan kepada kalian.... mudah - mudahan, ameen



Bagaimana sih ingin turut serta...
Iye, hanya perlu luangkan masa sejenak...., masa sama adil diberikan, 24jam sehari, jika kita Insan yang baik dalam pengurusannya, kita akan berlumba - lumba dalam memanfaatkan peluang yang jelas mendatangkan kelebihan yang baik yang ada dihadapan kita...

"Dan untuk (memperolehi nikmat kesenangan) itu hendaknya berlumba-lumba mereka Yang ingin merebut kelebihan dan kesenangan"

(surah Al-Mutoffifin :26)

Mudah - mudahan, dengan Usaha yang sedikit ini, tetapi kita iringi dengan keIKHLASAN, moga kita terus mendapat Taufiq, rahmat, Hidayah dan Syafaat daripadanya..

Thursday, October 14, 2010

SAJAK ANAK MUDA


Oleh: W.S. Rendra


Kita adalah angkatan gagap
yang diperanakkan oleh angkatan takabur.
Kita kurang pendidikan resmi
di dalam hal keadilan,
karena tidak diajarkan berpolitik,
dan tidak diajar dasar ilmu hukum

Kita melihat kabur pribadi orang,
karena tidak diajarkan kebatinan atau ilmu jiwa.

Kita tidak mengerti uraian pikiran lurus,
karena tidak diajar filsafat atau logika.

Apakah kita tidak dimaksud
untuk mengerti itu semua?
Apakah kita hanya dipersiapkan
untuk menjadi alat saja?

inilah gambaran rata-rata
pemuda tamatan SLA,
pemuda menjelang dewasa.

Dasar pendidikan kita adalah kepatuhan.
Bukan pertukaran pikiran.

Ilmu sekolah adalah ilmu hafalan,
dan bukan ilmu latihan menguraikan.

Dasar keadilan di dalam pergaulan,
serta pengetahuan akan kelakuan manusia,
sebagai kelompok atau sebagai pribadi,
tidak dianggap sebagai ilmu yang perlu dikaji dan diuji.

Kenyataan di dunia menjadi remang-remang.
Gejala-gejala yang muncul lalu lalang,
tidak bisa kita hubung-hubungkan.
Kita marah pada diri sendiri
Kita sebal terhadap masa depan.
Lalu akhirnya,
menikmati masa bodoh dan santai.

Di dalam kegagapan,
kita hanya bisa membeli dan memakai
tanpa bisa mencipta.
Kita tidak bisa memimpin,
tetapi hanya bisa berkuasa,
persis seperti bapak-bapak kita.

Pendidikan negeri ini berkiblat ke Barat.
Di sana anak-anak memang disiapkan
Untuk menjadi alat dari industri.
Dan industri mereka berjalan tanpa berhenti.
Tetapi kita dipersiapkan menjadi alat apa?
Kita hanya menjadi alat birokrasi!
Dan birokrasi menjadi berlebihan
tanpa kegunaan -
menjadi benalu di dahan.

Gelap. Pandanganku gelap.
Pendidikan tidak memberi pencerahan.
Latihan-latihan tidak memberi pekerjaan
Gelap. Keluh kesahku gelap.
Orang yang hidup di dalam pengangguran.

Apakah yang terjadi di sekitarku ini?
Karena tidak bisa kita tafsirkan,
lebih enak kita lari ke dalam puisi ganja.

Apakah artinya tanda-tanda yang rumit ini?
Apakah ini? Apakah ini?
Ah, di dalam kemabukan,
wajah berdarah
akan terlihat sebagai bulan.

Mengapa harus kita terima hidup begini?
Seseorang berhak diberi ijazah dokter,
dianggap sebagai orang terpelajar,
tanpa diuji pengetahuannya akan keadilan.
Dan bila ada ada tirani merajalela,
ia diam tidak bicara,
kerjanya cuma menyuntik saja.

Bagaimana ? Apakah kita akan terus diam saja.
Mahasiswa-mahasiswa ilmu hukum
dianggap sebagi bendera-bendera upacara,
sementara hukum dikhianati berulang kali.

Mahasiswa-mahasiswa ilmu ekonomi
dianggap bunga plastik,
sementara ada kebangkrutan dan banyak korupsi.

Kita berada di dalam pusaran tatawarna
yang ajaib dan tidak terbaca.
Kita berada di dalam penjara kabut yang memabukkan.
Tangan kita menggapai untuk mencari pegangan.
Dan bila luput,
kita memukul dan mencakar
ke arah udara

Kita adalah angkatan gagap.
Yang diperanakan oleh angkatan kurangajar.
Daya hidup telah diganti oleh nafsu.
Pencerahan telah diganti oleh pembatasan.
Kita adalah angkatan yang berbahaya.

(Potret Pembangunan dalam Puisi, Pejambon, Jakarta, 23 Jun 1977)

Sunday, October 10, 2010

Doa sewaktu bersujud dan keistimewaannya



DOA SEWAKTU BERSUJUD DAN KEISTIMEWAANNYA
Sewaktu bersujud, kita berada amat hampir dengan Allah. Katakanlah apa sahaja di dalam hati hajat kita sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah s. a. w. yang biasa memanjangkan sujudnya dengan memperbanyakkan zikir dan doa didalamnya.

Sabda Rasulullah s. a. w :- “Suasana yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah di kala ia bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya.”

Banyak doa yang diamalkan oleh Rasulullah untuk kita ikuti. Salah satunya yang paling baik untuk diamalkan ialah doa yang dibaca sewaktu sujud akhir dalam solat.

“Ya Allah, tambahkanlah bagiku rezeki yang banyak lagi halal, imam yang benar, ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang elok, kecerdikan yang tinggi, hati yang bersih dan kejayaan yang besar.”

Semoga dengan mengamalkan doa itu kita mendapat manfaat atau sekurang-kurangnya menjadi cita-cita kita dalam mencari keredhaan Allah dunia dan akhirat.

Banyak kelebihan memanjangkan sujud dan memperbanyakkan doa di dalamnya. Rasulullah s. a. w biasa berbuat begitu sehingga pernah para sahabat hairan kerana lamanya baginda bersujud.

Keistimewaan umatnya yang bersujud telah disebut oleh baginda dalam sabdanya yang bermaksud:-

“Tiadalah ada seorang umatku melainkan aku yang akan mengenalinya di hari kiamat”

Mendengar itu para sahabat bertanya: “Bagaimanakah engkau dapat mengenali mereka dalam khalayak ramai wahai Rasulullah?”

Jawab baginda: “Tidakkah engkau melihat seandainya sekumpulan unta dimasuki oleh seekor kuda yang amat hitam, sedang di dalamnya pula terdapat sekor kuda putih bersih, maka adakah engkau tidak dapat mengenalinya?”

Sahabat Menjawab: “Bahkan !” Rasulullah menyambung: “Kerana sesungguhnya pada hari itu (kiamat) muka umatku akan putih (berser-seri) disebabkan mereka bersujud (di dunia), segala anggota mereka ( terutama anggota wudu’) putih berseri-seri oleh cahaya wudhu’ !!!”

KEISTIMEWAANNYA
———————
Ahli neraka juga mendapat keselamatan kerana bekas sujudnya. Rasulullah s. a. w. bersabda yang bermaksud:-

“Apabila Allah hendak melimpahkan Rahmat (kebaikan) kepada ahli-ahli neraka yang Dia kehendaki, Dia pun memerintahkan malaikat supaya mengeluarkan orang-orang yang menyembah Allah, lalu mereka dikeluarkan dan mereka dikenali dengan kesan-kesan sujud (di dahi mereka), di mana Allah menegah neraka memakan
(menghapuskan) bekas-bekas sujud itu, lalu mereka pun keluar dari neraka, maka setiap tubuh anak Adam akan dimakan api neraka selain bekas sujud”

Begitulah Allah memuliakan hamba-Nya yang bersujud. Orang yang sujud mendapat keistimewaannya apatah lagi di dalam sujud itu kita berdoa. Sudah tentu mendapat perhatian yang sewajarnya. Semoga kita akan menjadi hamba yang benar-benar mendapat rahmat.

Thursday, September 30, 2010

PARLIMEN MAHASISWA Mematangkan Idealisma Mahasiswa Kampus.

Parlimen Mahasiswa USM akan bersidang buat pertama kalinya di negara kita pada 23 Oktober 2010. Namun,telah diadakan ‘mock’ persidangan pada 25 September yang lalu dan membahaskan 10 usul. Parlimen Mahasiswa ini merupakan satu usaha mahasiswa dan pihak universiti untuk menyediakan satu platform yang terbaik bagi membenarkan mahasiswa menyampaikan segala pandangan, kritikan, tuntutan dan saluran idea kepada pihak universiti seterusnya kepada mahasiswa itu sendiri. Parlimen Mahasiswa ini dianggotai oleh semua lapisan pimpinan mahasiswa iaitu Majlis Perwakilan Pelajar, persatuan-persatuan mahasiswa, persatuan kolej-kolej kediaman dan sekretariat-sekretariat mahasiswa. Idea penubuhan parlimen mahasiswa ini disambut baik oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia, Dato’ Saifuddin Abdullah. Beliau juga telah menerima kerangka asas penubuhan Parlimen Mahasiswa daripada saudara Mohammad Shaffiq ini sendiri yang ketika itu menyandang jawatan Yang Di Pertua Majlis Perwakilan Pelajar USM 2008/2009. Demikian adalah ringkasan penubuhan Parlimen Mahasiswa yang pertama di negara ini.

Secara hakikatnya, Parlimen Mahasiswa ini mempunyai beberapa prinsip utama yang mampu sedikit sebanyak melahirkan pemimpin mahasiswa yang bersifat holistik. Prinsip utama dalam Parlimen Mahasiswa adalah prinsip mahasiswa bersemuka dan bukan bermuka-muka. Parlimen Mahasiswa ini dianggotai oleh tiga badan utama pimpinan mahasiswa, iaitu Majlis Perwakilan Pelajar, persatuan-persatuan mahasiswa dan persatuan kolej-kolej kediaman. Ketiga-tiga badan ini akan bersemuka untuk berbahas dan berbincang tentang isu-isu yang diketengahkan. Perkara yang penting adalah mahasiswa akan bersemuka dan tidak bermuka-muka apabila sesuatu isu atau konflik berbangkit agar penyelesaian kepada isu tersebut dapat difikirkan secara bersama. Sebelum ini, jika kita lihat, ternyata wujudnya suatu kekangan atau halangan bagi mahasiswa daripada pelbagai badan pimpinan ini untuk bersemuka. Oleh itu, dengan adanya platform Parlimen Mahasiswa ini, pimpinan mahasiswa daripada pelbagai penjuru akan dapat bersemuka dengan lebih tersusun dan terhormat.

Prinsip seterusnya adalah prinsip mahasiswa beridealisma dan berwibawa. Dalam perbahasan parlimen mahasiswa, pemimpin mahasiswa akan mewakili suara badan pimpinan masing-masing. Jika ada pertikaian atau kritikan terhadap badan pimpinan yang mereka wakili, mereka akan mempertahankan badan pimpinan mereka dengan hujah-hujah dan fakta-fakta yang dapat menyelamatkan mereka daripada fitnah atau kritikan yang tidak benar.Secara tidak langsung, pemimpin mahasiswa sesuatu badan tersebut akan dapat menyampaikan usaha yang mereka telah lakukan kepada seluruh pimpinan mahasiswa universiti. Mudahnya, pemimpin persatuan-persatuan mahasiswa dapat melatih diri supaya menyampai dan mempertahankan idealisma mereka dalam berpersatuan. Bukan semata-mata bekerja melaksanakan projek-projek tahunan persatuan dan akhirnya disambung oleh pimpinan yang akan datang.

Prinsip seterusnya adalah prinsip mahasiswa sepakat. Parlimen mahasiswa akan membincang dan membahaskan usul-usul yang berkaitan dengan kebajikan dan pembangunan pelajar. Disamping itu, isu-isu semasa turut boleh dibahaskan dalam perbahasan usul. Selalunya, sesuatu cadangan atau bantahan yang hendak disampaikan kepada universiti akan dibawa oleh Majlis Perwakilan Pelajar, dan kadang-kala ada suara yang mengatakan bahawa cadangan Majlis Perwakilan Pelajar bersifat‘syok sendiri’ dan tidak ada perbincangan yang menyeluruh dengan mahasiswa sebelum cadangan atau bantahan itu dibawa kepada pihak universiti. Namun, dengan adanya satu platform seperti Parlimen Mahasiswa, kita akan dapat memungut dan membahaskan suara-suara mahasiswa dengan menyeluruh jika terdapat cadangan usul atau bantahan yang dikemukakan. Selanjutnya Majlis Perwakilan Pelajar dapat menggunakan pandangan menyeluruh ini untuk dibawa dengan jelas kepada pihak universiti. Kaedah ini dapat meningkatkan lagi kesepakatan antara mahasiswa itu sendiri. Selanjutnya konsep daripada mahasiswa kepada mahasiswa akan dapat diaplikasikan.

Kesimpulannya, penubuhan Parlimen Mahasiswa adalah satu impian mahasiswa supaya suara mereka didengari oleh pihak universiti. Maka, pihak universiti perlu menyediakan satu platform yang diiktiraf oleh mereka sendiri demi mengumpul dan menyalurkan pandangan dan idea mahasiswa. Prinsip-prinsip dalam hakikat penubuhan parlimen mahasiswa ini, dapat mendokong impian melahirkan pimpinan mahasiswa yang holistik. Bukan sahaja boleh memimpin persatuan tetapi boleh menjawab dan berbahas tentang apa yang dipimpinnya. Sekarang ini, penubuhan Parlimen Mahasiswa sudah dimulai di Universiti Sains Malaysia. Semoga ianya dapat diteruskan oleh universiti-universiti lain juga.Walaupun terdapat banyak pihak pengurusan universiti yang tidak bersetuju akan penubuhannya kerana bimbang tidak mampu mengawal mahasiswa pada masa akan datang, namun pihak universiti perlu matang dan waras untuk melayani kehendak mahasiswa daripada bersuara. Tunku Abdul Rahman pernah mencadangkan supaya satu atau dua kerusi diperuntukkan kepada mahasiswa dalam perbahasan di Parlimen negara. Artikel ini ditulis pada 30 Disember 1974, kira-kira 36 tahun dahulu. Cadangan ini jelas menunjukkan beliau sangat menghormati dan melayani mahasiswa sebagai orang dewasa dan bukannya seperti kanak-kanak yang sentiasa diragui kewibawaannya.

Ditulis oleh,

Mohammad Shafiq Bin Abdul Aziz

Ahli Dewan Perundingan Pelajar.

Parlimen Mahasiswa USM

Mantan Yang Di Pertua Majlis Perwakilan Pelajar USM 2008/2009

Monday, September 27, 2010

Perpustakaan APIUM Bakal Berubah Wajah


27 Sept, Universiti Malaya : Perpustakaan Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (APIUM) yang sekian lama tidak digunakan sejak kejadian runtuhan tanah dikatakan akan berubah wajah.

Perpustakaan ini tidak lagi digunakan setelah kejadian itu yang berlaku di cerun belakang Blok D berhampiran perpustakaan tersebut Oktober dua tahun lalu yang mengakibatkan kerosakan dinding dan lantai serta kawasan dalaman perpustakaan.

Menurut wakil fakulti Akademi Pengajian Islam UM (APIUM), Saudara Mohd Syahid Mohd Zaini, kerja-kerja menaiktaraf perpustakaan sudah bermula 20 September 2010 dan dijangka siap Julai 2011 nanti.

“Saya ada bertemu dan berbincang dengan Prof. Madya Dr. Ruzman (Timbalan Pengarah Penyelidikan dan Pembangunan APIUM) dan saya bertanya mengenai hal ini, beliau cakap kerja-kerja akan dibuat secepat mungkin demi kemudahan mahasiswa di sini (APIUM).”, jelas beliau.

Mohd Syahid juga menyatakan bahawa dengan projek menaiktaraf perpustakaan ini, ianya secara tidak langsung akan membantu dan memudahkan perjalanan pembelajaran mahasiswa dan pensyarah APIUM kerana sebelum ini dua tahun terpaksa ke Perpustakaan Utama UM untuk mencari bahan-bahan rujukan.

“Saya akan memastikan projek ini dapat berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Jadi saya seru semua mahasiswa di sini (APIUM), manfaatkan sepenuhnya kemudahan yang kita akan dapat selepas ini, kencangkan lagi budaya ilmu di sini.”, tambah beliau lagi. – UMtoday.

Thursday, September 23, 2010

Jom sama-sama kita sertai Kursus Kahwin..


Assalamualaikum w.b.t,

Alhamdulillah bersyukur kita saat ini Allah s.w.t masih memberi kesempatan pada kita semua untuk menghirup udara segar bernafaskan seorang hamba yang sentiasa setia di sisi penciptaNya.

Makluman untuk semua, PMAPIUM akan menganjurkan Kursus Pra-Perkahwinan dengan bertemakan "Teman Bahagia Membawa ke Syurga".

Penyertaan adalah terbuka kepada semua mahasiswa/wi yang berminat. Berikut merupakan maklumat program:

Tarikh:25 dan 26 September 2010 (Sabtu dan Ahad)
Masa: 8 pagi hingga 6 petang
Tempat: DKU Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya
Yuran Penyertaan: RM 50 (termasuk sijil, modul kursus dan makanan)

P/s: Makluman untuk sijil, SIJIL KURSUS adalah sah seumur hidup.

Untuk makluman lanjut juga pendaftaran sila hubungi:

AMIRUL (019-4497050) dan FARHANA (013-9643319)

Thursday, September 2, 2010

Perbezaan yang pastinya ada persamaan.

dirty mind

optical illusion

Objek di tengah2 tu, bole jadi B, bole jadi 13, bergantung kepada dari sudut mana kita memandangnya. Pandangan kita, selagi bukan fakta, tak ada salah tak ada betulnya. Jadi kita kena hormati pandangan orang, selagi ia tak menyalahi undang2 dan syarak.

Saja je kat bawah ni, suka2. Menunjukkan pemikiran kita berbeza2.

Situasi : Perempuan lambat kahwin
Negatif : Tak laku.
Positif : Masa untuk majukan dan perbaiki diri sendiri sebelum membina keluarga.

Situasi : Tiba2 jadi berjaya
Negatif : Pakai bomoh kot, rasuah kot, eleh dia takpela ada orang dalam..
Positif : Rezeki Allah.

Situasi : Rumah terbakar
Negatif : Bala.
Positif : Ujian.

Situasi : Dapat anak cacat.
Negatif : Balasan Tuhan.
Positif : Tanda Tuhan sayang.

Situasi : Anak asyik menangis siang malam.
Negatif : Keluarga tak berapa baik.
Positif : Tuhan nak beri pahala lebih dengan berjaga malam melayan anak.

Situasi : Anak suka memberontak
Negatif : Nakal.
Positif : Pandai menunjukkan perasaan.

Situasi : Anak pendiam
Negatif : Pasif.
Positif : Mendengar kata.

Situasi : Belum mencapai cita2
Negatif : Dah nasib bukan rezeki.
Positif : Mesti usaha lebih lagi!

Situasi : Suami pemalas
Negatif : Silap besar aku kahwin dengan orang ni. Menyesal!
Positif : Syukurlah Tuhan kahwinkan dia dengan aku yg rajin ni, kalau tak, taktau la apa nasib dia kalau dapat wife yang sama pemalas.

Situasi : Kena kutuk.
Negatif : Aku memang tak guna, atau, diorang ni memang hampas!
Positif : Lantak dioranglah. Tak memberi kesan apa2 pada kehidupanku.

Situasi : Blog takde orang datang
Negatif : Malas lah nak tulis lagi, takde orang baca pun.
Positif : Ada orang ke takde orang ke, yang penting kita enjoy!

Situasi : Anak sakit.
Negatif : Siapa yang bagi kuman kat anak aku ni???
Positif : Alhamdulillah Tuhan masih perhatikan anakku.

Situasi : Susah.
Negatif : Bertambah susah.
Positif : Tak kisah. Susah senang adat kehidupan.

Situasi : Masalah
Negatif : Mengeluh.
Positif : Cari penyelesaian.

Setiap benda atas dunia ni ada baik dan buruknya (kecuali benda yang dah terang dan jelas buruk/baik tu tak payah nak diperpanjangkanlah). Untuk benda2 yang open-ended, benda yang tak jelas… benda2 tak konkrit ni, bergantunglah kepada minda kita nak mengintrepertasi situasi2 yang berlaku.

Ada orang sentiasa tenang aje, ada masalah ke takde masalah ke, sama je. Ada orang memang nampak dia gelisah bila ada masalah. Ada orang, setiap masa macam ada masalah, walaupun sebenarnya tak ada masalah.

Masalahnya bukan terletak pada masalah tu, tapi kepada si empunya diri yang berhadapan dengan masalah.

Ada orang bunuh diri bila exam tak dapat straight As. Ada orang tak kisah lantaklah dapat berapa2 pun ada aku kisah?

Pape pun perbezaan itu adalah satu rahmat, di mana dalam Islam pun meraikan perbezaan ni. Buktinya kita ada banyak cabang pemikiran yang sebenarnya menjurus kepada satu jalan yakni Ad-Din, tapi dalam sudut pandang yang berbeza. Dari situ lahirnya mazhab. Tapi antara imam2 ni tak ada yang mengaku lebih dari yang lagi satu, atau kutuk mengutuk antara satu sama lain. Celebrating the difference bak kata Stephen Coveys.Wassalam...

Thursday, August 26, 2010

Bersedia sebelum kena..

Anda dilema?

Sudah menjadi adat dan kebiasaan di kampus pada jam 12 malam ke atas masih ada lagi para muslimat yang masih beraktiviti. Sama ada bermesyuarat, usrah, diskusi ilmiah atau menyiapkan assignment, di saat itu mereka masih berada di luar rumah. Dan yang agak membimbangkan, mereka ini pulang hanya menaiki motosikal (lebih terdedah kepada bahaya).

Kepada anda semua terutama muslimat, mari kita baca kisah ini.

  1. Kisah pilu Nurin Jazlin Jazimin, 8 tahun bukanlah isu baru, malah negara telah merakamkan tujuh tragedi sedih yang telah melibatkan kanak-kanak Malaysia yang tidak berdosa yang dirogol dan dibunuh kejam.

  2. Pada Disember 2004, seorang kanak-kanak malang ditemui orang ramai dalam keadaan menyayat hati dan sedang menangis di tepi sebuah tangki air di sebuah semak di Kampung Chendering, Kuantan. Mangsa dipercayai menjadi korban nafsu seorang lelaki yang dipercayai berusia dalam lingkungan 40-an dalam semak di kampung itu kira-kira pukul 8.30 malam.

  3. Sehari sebelum itu, mayat Siti Syazwani, 9 pula ditemui mati 100 meter dari rumahnya- dirogol dan dibunuh oleh seorang pekerja asing Indonesia.Mayatnya ditemui mati dalam parit di ladang kelapa sawit Tikam Batu, Sungai Petani dengan hanya berbaju kurung, tersembam ke dalam parit sedalam 2 meter.

  4. Kisah seterusnya begitu menggemparkan negara, sehingga rata-rata masyarakat mecadangkan pelakunya dibunuh atau dikasi kemaluannya lantaran tindakan mereka terhadap Nurul Huda Abd Ghani, Murid Tahun 4 yang dirogol dan diliwat bergilir-giliroleh tiga lelakidi Pondok Pengawal Stesen Janakuasa TNB Kg. Pekajang, Gelang Patah, Johor Bharu pada 17 Januari 2004.

  5. Selain itu bulan yang sama, Haserawati Saridi, 10- dirogol dan dibunuh ketika dalam perjalanan ke sekolah di Kampung Menggatal, Sabah.

  6. Pada 6 November 2002 pula Siti Nurliyana Shamimi Rosdi, 2- diculik, dirogol dan dibunuh, dijumpai dalam keadaan bogel pada jam 9 pagi di tebing Sungai Kedah, 500 meter dari rumahnya di Kampung Seberang Terus. Ada kesan koyak pada kemaluan mangsa, selain lebih 40 kesan luka pada badan dan pendarahan dalam otak mangsa, dipercayai akibat dipukul dengan benda keras.

  7. Dua remaja berusia 19 tahun pula telah merogol kanak-kanak perempuan berusia 7 tahun sehingga terkeluar usus ketika merompak keluarga mangsa di rumahnya di Taman Maluri, Kepong 13 Ogos 2001.

  8. Dan terakhir pada 23 Oktober 2000, Nur Shuhada, 6 ditemui mati dalam tangki air di bumbung bangunan kediaman 3 tingkat jenis town house di Selayang dalam keadaan separuh bogel dan lebam pada muka dan tangan.

Allahuakbar! Bohong jika anda semua langsung tidak merasa risau setelah membaca kisah-kisah di atas.

Jaga keselamatan, jaga cara berpakaian, jaga tutur kata, jaga aurat, jaga-jaga dengan persekitaran.

Berdoalah kepada Allah semoga Allah menjaga keselamatan kita di mana pun kita berada di samping ikhtiar kita dalam menjaga diri.

Muslimah, jagalah dirimu!

Friday, August 20, 2010

Kusayang kamu Ya Ramadhan..

Alhamdulillah ... Setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan kepada Tuhan Empunya dunia yakni Allahu Rabbuna yang masih lagi memberikan kesempatan untuk kita hamba yang acap kali lupa dan alpa dengan nikmat dan limpah kurnia-Nya mengecapan dua nikmat yang paling besar iaitu nikmat iman dan islam.
Kesyukran juga di rafa'kan kehadrat Illahi kerana Allah mamberikan kesempatan kepada kita untuk bertemu dengan bulan mulia ramadhan karim yang penuh dengan nikmat dan hikmat. Allahu Rabbi.....

Ramadhan, awalnya Rahmat....pertengahannya Pengampunan dan akhirnya menjauhkan kita dari Neraka jahanam.

Teman...ayuh muhasabah bersama melihat kondisi diri yang entah bagaimana dalam menjalani ibadah di bulan ibadah ini.Macam-macam ragam kita boleh lihat sanak saudara kita yang menlorongkan Ramadhan kali ini.Ada yang fokuskan Ramadhan sebagai medan sumber rezeki, ada juga yang meletakkan Ramadhan bulan untuk menguruskan badan, juga ada yang merasakan Ramadhan sebagai bulan yang penuh dengan ujian menyakitkan.."aduh puasa. tak boleh makan"..tapi zina mata tetap buat,zina telinga macam biasa,umpat-mengumpat uhhh....biasa..Macam-macam perangai ada..

Tetapi sahabat-sahabat, dalam bulan suci ini sebenarnya penuh dengan cerita,kisah mulia dari khotimun nabi Muhammad SAW seperti kisah peperangan Badar yang mengagumkan. Dalam keadaan panas terik,berpuasa,lapar dan dahaga.Namun keimanan yang mantap dan keyakinan kepada Allah yang kuat menyebabkan bilangan tentera Islam seramai 313 orang berjaya menumpaskan tentera Quraisy 1000 orang.

Hebat..memang hebat..menurut kajian,di antara cara untuk melemahkan hawa nafsu adalah dengan berpuasa.Jesteru,sebab itulah di syriatkan bagi mereka-mereka yang tidak mampu untuk menahan hawa nafsu, maka berpuasalah kamu.Moga-moga dengan berpuasa itu akan melemahkan nafsu yang sentiasa tak pernah cukup dengana apa yang ada.

Coretan akhirnya, saya menyeru kepada sidang pembaca yang kukasihi agar kita merebut segala ruang dan peluang untuk kita memanfaatkannya dengan semaksimum mungkin agar setiap detik dan saat yang berlalu di bulan yang mulia ini akan dapat kita gunakan
sebaik-baiknya.Sirru 'ala barakatillah..wassalam....

Tuesday, August 10, 2010

Debaran Menanti Kehadiran untuk menyambut Ramadhan…



Saban tahun , umat Islam di seluruh dunia akan menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak tanpa mengira di mana sahaja mereka berada. Pada bulan ini , seluruh umat Islam diwajibkan berpuasa sebagai menunaikan Rukun Islam yang ketiga . Firman Allah S.W.T :

“Bulan Ramadhan adalah (bulan ) yang di dalamnya diturunkan Al-Quran , sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara yang benar dan yang batil ). Kerana itu ,barang siapa di antara kamu ada di bulan itu , maka berpuasalah . Dan barang siapa sakit atau dalam perjalanan (dia tidak berpuasa) maka (wajib menggantinya ) , sebanyak hari yang ditinggalkannya itu , pada hari-hari yang lain . Allah mengkehendaki kemudahan bagimu , dan tidak mengkehendaki kesukaran bagimu . Hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan mengagungkan Allah atas petunjukNya yang diberikan kepadamu, agar kamu bersyukur .”
(AL-BAQARAH AYAT 185)

Berpuasa di bulan Ramadhan adalah merupakan peluang keemasan bagi setiap umat Islam untuk meningkatkan ketakwaaan diri , menambah rasa kesyukuran atas setiap nikmat yang dikurniakan oleh Allah dan peluang untuk mendapat keampunan daripadaNya.

Firman Allah S.W.T :

Sesungguhnya lelaki dan perempuan yang muslim, lelaki dan perempuan yang mukmin, lelaki dan perempuan yang tetap dalam ketaatannya, lelaki dan perempuan yang benar, lelaki dan perempuan yang sabar, lelaki dan perempuan yang khusyuk, lelaki dan perempuan yang bersedekah, lelaki dan perempuan yang berpuasa, lelaki dan perempuan yang memelihara kehormatannya, lelaki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah, Allah telah menyediakan untuk mereka ampunan dan pahala yang besar.”
(AL-AHZAB AYAT 35)

Daripada Abu Hurairah R.A, Rasulullah S.A.W telah bersabda :” Sesiapa yang mendirikan (menghidupkan ) malam Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan pengharapan maka akan diampunkan segala dosa-dosanya terdahulu, dan sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan maka akan diampunkan segala dosanya yang terdahulu “ (muttaqun alaih)

Subhanallah, hebatnya janji Allah dan di sahkan Oleh Rasulullah, beruntung andai kita berlumba-lumba dalam merebut peluang ini...
Selain dapat meningkatkan keimanan serta memperbaiki kualiti diri , pada bulan Ramadhan yang mulia ini juga kita dapat mengeratkan hubungan silaturrahim sesama muslim , lebih-lebih lagi dalam konteks Mahasiswa, Hubungan persaudaraan sesama sahabat handai dan tenaga pengajar,perlulah diraikan bersama seperti pelaksanaan majlis berbuka puasa(Iftar). Selain itu , solat terawih berjemaah juga menjadi satu wadah meningkatkan spiritual Ruhi, dan begitu juga dengan membudayakan pembacaan tadarus Al-Quran secara halaqoh, dan meletakkan target sepanjang “Madrasah Tarbiyah” ini, bagaimana “Keep Performance Indicator” bagi menjayakan Amalan fardhi dan Jamai’ ikhlas semata-mata untuk beribadah kepada Allah.

Umat Islam sangat beruntung kerana diberi kesempatan serta peluang keemasan untuk menjalani ibadat puasa di bulan Ramadhan ini dan hendaklah peluang ini tidak dipersia-siakan.Persediaan utama adalah untuk melengkapkan diri dengan kekuatan rohani serta jasmani bagi merebut segala fadilat atau kelebihan yang terdapat dalam bulan yang mulia ini .Matlamatnya adalah untuk menjadi hamba Allah yang terbaik di sisiNya serta sentiasa mendapat keredaanNya di dunia serta lebih-lebih lagi diakhirat yang lebih utama. InsyaALLAH........

by : http://mypmapium.blogspot.com/

Monday, August 2, 2010

Dialog bersama pemimpin di Universiti Malaya.

Pada minggu lepas, satu kunjungan terhormat daripada Datuk Saberi Chek , Menteri belia Dan Sukan malaysia telah berjumpa bertentangan mata dengan seluruh barisan kepimpinan mahasiwa Universiti Malaya.Ramai pegawai daripada kementerian turun bersama-sama datuk memeriahkan pada program Dialog Bersama Pemimpin negara itu.

Datuk adalah merupaka bekas graduan Universiti Malaya pada tahun 1983.Semasa beliau belajar di Universiti Malaya beliau pernah memegang jawatan sebagai Presiden PMIUM dan MPMUM.

Dalam ucapan datuk, beliau banyak menekankan aspek kepimpinan mahasiswa. banyak isu beliau sentuh.Banyak banding beza beliau buat semasa zaman beliau sebagai mahasiswa dan mahasiswa sekarang.Fokusnya berkaitan kelantangan mahasiwa berpencak menyuarakan isu dan mendepani massa.Antara ucapan beliau adalah

"Dulu sewaktu saya sebagai mahasiwa, banyak aksi-aksi yang saya dan rakan-rakan buat. Biar pun AUKU wujud pada waktu itu."

" tapi kini saya tak tahu kenapa mahasiswa semakin lesu.AUKU tak ketat macam zaman saya.Malah sekarang AUKU telah terbuka kecuali beberapa bahagian seperti tidak membenarkan mahasiswa terlibat dalam parti politik dan sebagainya."

Sewaktu sesi soal jawab antara soalan yang saya tanya ialah berkaiatan hak autonomi, kebebasan bersuara, kualiti kepimpinan mahasiswa sekarang dan satu soalan berkaiatan kualiti atlet sukan negara.

Tetapi datuk tidak menjawab soalan secara menyeluruh. hanya beberapa soalan sahaja yang di jawab dan lainnya banyak cerita kisah hidupnya.

Soalan kedua saudara fadhil bin jamal bertanya tentang penarikan subsidi,isu gula naik minyak naik dan sebagainya.

Jawab beliau "dalam rancangan MEB kita cuba kita untuk berlaku adil kepada rakyat.sekarang kemasukan pendatang tanpa izin semakin meningkat.Seluruh rakyat Malaysia membayar cukai.Manakali pendatanag tanpa izin tidak membayar cukai.Kemudian perkhidmatan subsidi yang kita berikan kepada rakyat pun 'mereka' dapat.Ini tidak adil.Jesteru kita selaraskan barang dan kita kurangkan perkhidmatan subsidi kepada barangan-barangan tertentu supaya ia berlaku adil"

Menurut beliau lagi "kemungkinsn gaji rakyat juga akan di naikkan sejurus perkara itu terlaksana bagi menyeimbangkan kewangan perbelanjaan rakyat"

Cadangan daripada saudara Fadhil agar program seumpama itu akan di teruskan di masa akan datang kerana ia boleh membuka minda mahasiswa dalam mendepani massa.


Friday, July 30, 2010

Mahasiswa UM meninggal jatuh bangunan

Dikemaskini Universiti Malaya , 6.30 pm : Mahasiswa Pusat Asasi Sains Universiti Malaya (PASUM) mati jatuh bangunan jam 2.35 petang di Kolej Kediaman Dr Nazrin Shah (Kolej Kediaman Ke-12) Universiti Malaya.

Menurut sumber, Zulkhairi Azmi bin Md Bukhari, 19 tahun, jatuh ketika ingin menyeberang tingkap ke bilik rakannya di bilik bersebelahan. Mahasiswa tersebut mati di tempat kejadian.

Mohd Syahid b. Mohd Zaini, ahli Kabinet Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM) ketika dihubungi berkata beliau simpati terhadap keluarga mangsa.

“Saya menggesa Pihak Pentadbiran Kolej Kediaman Ke-12 menguatkuasakan langkah keselamatan agar kejadian sebegini tidak berulang.”, tambah beliau lagi.

Beberapa pegawai keselamatan semasa dimaklumkan berkali-kali oleh beberapa pelajar menyangka bunyi seperti sesuatu terjatuh ialah ’sampah’.

“Pada awalnya mereka menolak laporan kami yang ada budak jatuh bangunan,” jelas seorang pelajar yang menjadi saksi kejadian.

Dalam pada itu pihak pentadbiran universiti mengambil keputusan menghantar jenazah Allahyarham ke Mersing. -Umtoday

Tags:

Tuesday, May 4, 2010

Mahasiswa Bantah Kedatangan Pitbull Ke Malaysia

“Adakah kerajaan Malaysia masih mahukan gejala buang bayi dan gejala sosial semakin berterusan?” soal saudara Mohd Syahid Mohd Zaini, Exco MPMUM ketika mengulas mengenai kedatangan artis antarabangsa Pitbull yang diberitakan akan membuat persembahan di sebuah pusat peranginan tanah tinggi di Malaysia pada 15 Mei 2010.

pitbull imagePitbull merupakan artis barat yang terkenal dengan muzik berunsur lucah, menggalakkan amalan seks bebas dan budaya penagihan dadah.

Artis ini juga dikatakan bukan sahaja mengadakan konsert terbuka bahkan melibatkan budaya muzik ‘house’ dan ‘techno’ yang memaparkan budaya arak,dadah,seks & pergaulan bebas.



“Kerajaan sepatutnya menyekat kedatangan ’sindrom Pitbull’ ini ke negara Islam Malaysia. Hal ini kerana Islam itu sendiri mengharamkan budaya negatif dalam hiburan dan sekiranya artis ini dibenarkan juga, maka saya tidak hairan dan terkejut jika jumlah bayi yang dibuang di Malaysia semakin bertambah” tambah beliau yang juga Presiden Persatuan Mahasiswa Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya(PMAPIUM).

“Adakah kerajaan masih tidak serik atau sudah tidak takut dengan bala bencana dan hukum Allah SWT?” soal Saudari Rohayu bt. Rosli, siswi Tahun 1 Akademi Pengajian Islam UM.

“Situasi ini jelas sekali akan mengundang kemarahan umat Islam. Jika keadaan ini tidak dibendung,maka tidak hairanlah remaja sekarang bakal merosakkan nilai-nilai suci agama Islam itu sendiri” ujar beliau.

“Kami selaku mahasiswa sangat berdukacita dengan hal ini. Kedatangan mereka akan menyebabkan gejala negatif semakin merebak ke dalam jiwa rakyat Malaysia terutama remaja” tegas Nur Syakilaisma yang juga pimpinan PMIUM Sesi 2010/2011.

Pitbull dikatakan akan mengadakan konsert secara terbuka dan ditaja oleh sebuah syarikat arak terkemuka.

Pertikan dari : www.mahasiswakini.com

Thursday, April 29, 2010

Wakil MPMUM Bantu Penghuni Kolej Ke-4

“Kami sangat kecewa, hati kami hancur. Kami tidak tahu hendak tinggal dimana selepas ini”

Luah seorang penghuni kolej kediaman keempat yang tidak mahu dikenali selepas mendapat tahu tidak tersenarai untuk menetap di kolej itu lagi pada semester akan datang.

“Kami dah beri segalanya pada kolej kami. Banyak projek kolej kami turut serta. Namun tidak sangka nasib kami dibalas sebegini” ujarnya sambil ditenangkan oleh saudara Hafiz Ilyas.

Mahasiswa itu juga mempersoalkan kenapa pelajar yang tidak aktif masih boleh menetap di kolej. Sedangkan beliau tidak dapat. Adakah wujud pilih kasih dalam hal ini?

Akhirnya, 5 orang wakil MPMUM turun menemui Pengetua Kolej, Dr Salihin Baba bagi menyelesaikan kes ini. Mereka adalah Siti Zuraini, Mohd Hafiz Ilyas, Mohd Syahid, Siti Nadzirah dan Nur Dalilah. Tidak terlihat kelibat YDP MPMUM sesi kali ini, saudara Khairul Anwar.

Turut sama dalam pertemuan kali ini adalah seorang penyelia kolej dan Presiden kolej.

Perbincangan berakhir dengan Pengetua Kolej meminta penuntut kolej terbabit mengemukakan surat rayuan. Jika ada kekosongan pada semester hadapan, mereka akan diberi keutamaan.

Wakil MPMUM bagaimanapun berharap perkara sebegini tidak akan berulang.

Mereka berharap pada masa akan datang pihak pengurusan kolej boleh memberitahu dengan lebih jelas mengenai sistem mata merit kepada penghuni kolej agar tidak tersalah faham pada masa akan datang.


“Kami berharap pihak pengurusan Kolej pada masa akan datang akan memberitahu kepada penghuni kolej dengan lebih jelas mengenai sistem mata merit ini kepada penghuni kolej” tegas Mohd Syahid, Exco Kebajikan dan Aduan MPMUM.

Beliau juga meminta kepada mahasiswa lain yang mempunyai masalah seperti itu untuk menghubungi beliau secepat mungkin.

“Kita mahu kebajikan semua mahasiswa dijaga” katanya lagi.

Um-Today cuba mendapat maklum balas dari Jurucakap SPKUM, saudara Fahmi Adilah, namun tidak dapat dihubungi sehingga kini. –Um-today


Islamic Song