Tuesday, May 4, 2010

Mahasiswa Bantah Kedatangan Pitbull Ke Malaysia

“Adakah kerajaan Malaysia masih mahukan gejala buang bayi dan gejala sosial semakin berterusan?” soal saudara Mohd Syahid Mohd Zaini, Exco MPMUM ketika mengulas mengenai kedatangan artis antarabangsa Pitbull yang diberitakan akan membuat persembahan di sebuah pusat peranginan tanah tinggi di Malaysia pada 15 Mei 2010.

pitbull imagePitbull merupakan artis barat yang terkenal dengan muzik berunsur lucah, menggalakkan amalan seks bebas dan budaya penagihan dadah.

Artis ini juga dikatakan bukan sahaja mengadakan konsert terbuka bahkan melibatkan budaya muzik ‘house’ dan ‘techno’ yang memaparkan budaya arak,dadah,seks & pergaulan bebas.



“Kerajaan sepatutnya menyekat kedatangan ’sindrom Pitbull’ ini ke negara Islam Malaysia. Hal ini kerana Islam itu sendiri mengharamkan budaya negatif dalam hiburan dan sekiranya artis ini dibenarkan juga, maka saya tidak hairan dan terkejut jika jumlah bayi yang dibuang di Malaysia semakin bertambah” tambah beliau yang juga Presiden Persatuan Mahasiswa Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya(PMAPIUM).

“Adakah kerajaan masih tidak serik atau sudah tidak takut dengan bala bencana dan hukum Allah SWT?” soal Saudari Rohayu bt. Rosli, siswi Tahun 1 Akademi Pengajian Islam UM.

“Situasi ini jelas sekali akan mengundang kemarahan umat Islam. Jika keadaan ini tidak dibendung,maka tidak hairanlah remaja sekarang bakal merosakkan nilai-nilai suci agama Islam itu sendiri” ujar beliau.

“Kami selaku mahasiswa sangat berdukacita dengan hal ini. Kedatangan mereka akan menyebabkan gejala negatif semakin merebak ke dalam jiwa rakyat Malaysia terutama remaja” tegas Nur Syakilaisma yang juga pimpinan PMIUM Sesi 2010/2011.

Pitbull dikatakan akan mengadakan konsert secara terbuka dan ditaja oleh sebuah syarikat arak terkemuka.

Pertikan dari : www.mahasiswakini.com

Islamic Song