Saturday, January 21, 2012

Mahasiswa akan tolak Manteri Besar Kedah

Ekoran bantahan yang dilakukan oleh mahasiswa di Pejabat PAS pusat tempoh hari berkaitan isu pergantungan KUIN 5, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengeluarkan kenyataan bahawa beliau tidak akan minta maaf kepada mahasiswa.

Namun yang lebih menyedihkan apabila MB Kedah turut menyokong untuk melaksanakan AUKU di Kedah terutama di KUIN.

Dengan ini jelas menunjukkan bahawa ketidakmatangan MB Kedah dalam menangani isu mahasiswa.Dalam masa yang sama juga menunjukkan sikap ego seorang MB terhadap rakyat terutama kepada 5 orang pelajar KUIN tersebut.

Sepatutnya Ust Azizan selaku orang yang paling berkuasa di KUIN perlulah menggunakan budi bicara dengan cara berbincang dan fahami isu dengan baik serta selesaikan masalah dengan bijaksana.

Wednesday, January 11, 2012

Antara hujah AUKU tidak relevan.

* NIAT AUKU 1971 DIGUBAL UNTUK MENUTUP “PEKUNG” KERAJAAN.

Contohnya :
- Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) isytihar manifesto sokong pembangkang dlm PRU ke-4 sehingga dikatakan antara punca yang mencetuskan Persitiwa 13 Mei 1969.
- Demontrasi Anti Tunku oleh PMUM di UM pada 29 Ogos 1969
- Demontrasi “Papan Tanda” 5 Okt. 1970 – pertembungan PMUM (sosialis) & PBMUM (nasionalis) sehingga membuka terlalu banyak kelemahan Kerajaan dalam isu bahasa Melayu & pendidikan.

Berdasarkan peristiwa-peristiwa tersebut Kerajaan lantas membentuk “Jawatankuasa Mengkaji Kampus” sehingga tergubal dan diwartakan AUKU pd 18 Mac 1971. Ini membuktikan niat auku digubal untuk menutup “pekung” kerajaan.

Friday, January 6, 2012

BEBASKAN INSTITUSI POLIS DARI PENGARUH PARTI POLITIK

Perhimpunan mahasiswa di hadapan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) baru-baru ini sekali lagi mencetuskan fenomena mahasiswa dalam membawa suara anak muda dalam menegakkan keadilan. Gerakan BEBAS yang komited dengan perjuangan ingin membebaskan akademik dan mengembalikan autonomi kampus telah berhimpun di hadapan UPSI malam ambang tahun baru 2012. 

Malangnya tindakan kekerasan yang dilakukan beberapa pegawai polis terhadap aktivis mahasiswa menyebabkan Pengerusi BEBAS saudara Safwan Anang cedera dan dikejarkan ke Hospital Slim River. Beliau mendakwa telah ditumbuk di muka dan ditendang oleh pihak polis. Dalam kejadian itu juga 17 aktivis mahasiswa telah ditangkap.

Tindakan yang dilakukan oleh pihak polis ini bukan sahaja bertentangan dengan hak asasi manusia malah juga bersalahan dari sudut etika polis. Mahasiswa bukanlah penjenayah yang perlu diperlaku sebegitu rupa. Tindakan yang dilakukan oleh pihak polis kepada mahasiswa di UPSI menunjukan wujud budaya gangsterisme dalam kalangan polis. 

Thursday, January 5, 2012

Najib tak peka kawasan Pekan

Beberapa informasi yang saya terima daripada mahasiswa Universiti Malaysia Pahang (UMP) berkaitan isu utama mereka kini iaitu masalah bekalan air yang tidak mencukupi di Pekan. Masalah ini berlarutan adalah berpunca daripada tekanan air yang rendah.

Maka akibat daripada itu,mahasiswa UMP Kampus Pekan yang mempunyai kapasiti pelajar sekitar 2000 orang terpaksa berkongsi sumber air yang sama daripada tangki yang berada di Kuala Pahang yang  turut sama disalurkan kepada masyarakat sekitar.

Setelah beberapa kali siri perbincangan antara pimpinan mahasiswa UMP bersama pihak pentadbiran dan pihak Jabatan Bekalan Air di sana,pihak JBA memaklumkan bahawa kemungkinan pihak mereka akan memperuntukkan saluran air yang baik untuk keperluan asas bekalan air di UMP.Namun jangkaan projek saluran air tersebut akan siap pada dis tahun ini.

Islamic Song