Jangan sampai nanti orang-orang tarbiyah dibenci gara-gara berorientasi kepada kekuasaan. Dia tidak boleh berbangga dengan bangunannya. Lalu tertidur-tidur, tidak pernah mengurus urusan hariannya. Tetap dia harus kembali kepada akar masalahnya, akar tarbiyahnya. Tempat kancah dia dibangun. ~ K.H Rahmat Abdullah
Saturday, July 25, 2009
Sibukkan diri untuk Islam
Memang jika difikirkan dengan fikiran yang singkat kerja-kerja dakwah,tampal poster, usrah, cat banner dan yang seumpama dengannya macam menyusahkan diri."lebih baik aku tidor kat bilik,main futsal,shopping,tumpu study dan bergurau senda dengan kawan-kawan.Ushh best tu!!!Memang boleh hilang stress la..."
Tetapi wahai sahabat seislamku sekalian,adakah tu cara yang terbaik untuk kita hilangkan stress dan menghiburkan hati??Pada masa dan ketika ini musuh-musuh Allah telah melompat keriangan kerana telah berjaya melemahkan umat Islam dengan serangan-serangan yang hebat.Di antaranya ialah VIRUS 5S iaitu sport,skrin,song,smoke and sex.Cukup dengan VIRUS 5S ini mereka telah berjaya menjauhkan umat Islam dengan Al-Quran,lupa dan lalai akan tanggungjawab mereka sebagai khalifah bumi,memecah belahkan umat Islam,dan sebagainya.
Jesteru itu marilah kita semua jadi insan-insan yang pelik di mata manusia biasa tetapi hebat di sisi Allah SWT dengan menyebukkan diri kita dengan kerja-kerja Islam.Tak kisahlah kerja tu mudah ataupun susah.Yang penting diri kita ikhlas dalam melakukan gerak kerja kerana Allah SWT.Jika kita tidak menyebukkan diri kita dengan kerja-kerja Islam maka saya yakin dan percaya kita akan disibukkan dengan perkara-perkara maksiat yang boleh menjauhkan kita untuk mendapat saham yang bernilai di sisi Allah SWT.Semoga Allah akan sentiasa memberikan kepada kita ruang waktu untuk kita bergerak kerja dengan baik dan seterusnya terpilih menjadi insan-insan yang layak di masukkan ke syurga Allah SWT...Ameen..
Tuesday, July 21, 2009
Sayidina Ali karamallahu wajhah
Ketokohan beliau memang tiada bandingannya. Nasihat beliau juga menjadi pedoman dan panduan umat Islam zaman berzaman.
* Peringatan buat dirimu yang mana pasar itu adalah suatu tempat yang boleh merosakkan akhlak.
* Sesuatu yang hendak dicapai oleh keelokan budi pekerti itu adalah rasa malu seseorang pada diri sendiri.
* Tiada pusaka peninggalan yang lebih bermanfaat daripada elok budi pekerti.
* Cucikan hati kamu dengan beradab seperti api membakar kayu.
* Sesiapa yang dilantik menjadi pemimpin kepada manusia, maka dia hendaklah mengajar dirinya terlebih dulu sebelum mengajar orang lain.
* Dia hendaklah memperelok setiap tindak tanduknya seharian sebelum memperelok lidahnya.
* Sesiapa yang mengajar dirinya sendiri serta memperelokkannya lebih layak untuk mendapat kemuliaan daripada mereka yang mengajar dan memperelokkan manusia lain.
* Elok pekerti adalah gedung ketika berhajat padanya.
* Mutu setiap sesuatu itu dinilai pada kebaikannya.
* Apabila kamu letih kerana berbuat kebaikan, maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan yang dilakukan akan terus kekal.
* Jika kamu berseronok dengan dosa, maka sesungguhnya keseronokan itu akan hilang dan dosa yang dilakukan akan terus kekal.
* Sekiranya kamu letih kerana melakukan sesuatu yang baik, maka keletihan itu akan hilang dan perbuatan baik yang kamu lakukan terus kekal.
* Jika kamu tidak mahu melupakan segala kebaikan yang dilakukan, maka kamu hendaklah mengulangi dalam membuat kebaikan itu.
* Ratapilah saudaramu dengan berbuat baik padanya dan jauhilah kejahatannya dengan bersedekah padanya.
* Sesuatu yang tidak elok untuk diperkatakan sekalipun ia benar iaitu puji diri sendiri.
* Seelok-elok kesihatan itu adalah memberi sesuatu dan ketaatan adalah gedung yang tidak akan musnah.
* Dua nikmat yang sering dilupakan adalah kesihatan dan keselamatan.
* Kecantikan bukan terletak pada pakaian yang dipakai, tetapi bergantung kepada keelokan akhlak dan budi pekerti.
* Banyak berhutang akan menggelincirkan orang yang benar kepada pendustaan.
* Tepati janji adalah kembar kepada benar.
* Kemarahan orang yang berakal dilihat pada tindak-tanduknya dan kemarahan yang ada pada orang jahil itu dapat dilihat melalui perkataannya.
* Permulaan bagi perasaan marah itu adalah hilang pertimbangan, manakala penghabisannya pula adalah perasaan menyesal.
* Tidak dikira lemah lembut jika ia timbul ketika reda, tetapi lemah lembut yang sebenar akan timbul ketika dalam keadaan marah.
* Sesiapa yang tunduk kepada perasaan marah menyebabkan akhlaknya kurang.
* Bagi setiap nikmat ada kunci yang membuka dan menyelaknya. Kunci pembukanya adalah sabar dan kunci penyelaknya adalah malas.
* Sesiapa yang malas tidak akan menunaikan tanggungjawabnya.
* Ketua kepada kejahilan itu adalah gedung kemalasan.
Saturday, July 18, 2009
Sedarlah...
Lahirku bukanlah untuk dipuja,
Di tinggikan mahupun di pandang mulia,
Menjadi hero ataupun perwira,
Dek disebabkan harta, pangkat mahupun wanita,
Manusia kini sibuk dengan permainan dunia,
Solat, puasa, zakat entah ke mana,
Tanggungjawab selaku khalifah bumi pasti ada yang lupa,
Di sebabkan harta dan wang ringgit itu yang di puja,
Al-quran dan hadis telah wujud sekian lama,
Menjadi petunjuk kepada seluruh manusia,
Namun ramai yang melihatnya dengan sebelah mata,
Akhirnya mereka sesat ke jalan hina,
Sekarang islam ditekan di serata benua,
Menjualnya demi keuntungan diri, politik dan juga bangsa,
Sinarnya semakin pudar dek manusia durjana,
Insaflah wahai insan sebelum ajal datang menjelma,
Wahai mahasiswa mahasiwi sekalian,
Bangkitlah kalian dari kepompong kejahilan,
Tingkatkan potensi diri dan serlahkan keizzahan,
Agar nur Islam cerah di seluruh kawasan,
Dalam perjuangan pasti ada dugaan,
Dalam dugaan tersirat emas, intan dan berlian,
Yang berkehendakkan akhirat pasti nampak sinar kilauan,
Itulah syurga impian setiap insan,
Marilah semua mahasiswa Malaya,
Kita bersatu di bawah Deen Allah yang mulia,
Menempuh onak duri dengan penuh tenaga,
Semoga lindungan Rahmat Allah sentiasa bersama kita.
( by : Mohd Syahid Bin Mohd Zaini )
Thursday, July 16, 2009
Ikhlaskan Dirimu Wahai Sahabat...
"Nanti saya ambilkan buku dan pena untuk menulisnya."
"Tak payah, bawa sahaja karung guni."
"Karung guni?" soal anak muridnya, seperti tidak percaya.
"Mari kita ke pasar!"
Dalam perjalanan ke pasar mereka berdua melalui jalan yang berbatu-batu.
"Kutip batu-batu yang besar dan masukkan ke dalam guni yang kau bawa itu," kata guru itu memberi arahan.
Tanpa soal, anak muridnya memasukkan batu-batu besar yang mereka temui sepanjang jalan.
"Cukup?"
"Belum, isi sampai penuh karung guni itu. Lebih banyak lebih baik."
Sampai di pasar, mereka berdua tidak membeli apa-apa pun. Gurunya hanya berlegar-legar, melihat-lihat dan kemudiannya mula beredar ke luar.
"Tok guru, kita tidak beli apa-apa kah?"
"Tidak. Bukankah karung guni mu telah penuh?"
"Ya, ya..." kata murid itu sambil memikul guni yang berat itu kelelahan.
"Banyak beli barang," tegur seorang kenalan apabila melihat anak murid itu memikul guni yang berisi penuh dengan batu-batu.
"Wah, tentu mereka berdua ini orang kaya. Banyak sungguh barang yang mereka beli," bisik orang lalu-lalang apabila melihat guru dan anak murid tersebut.
"Agaknya, mereka hendak buat kenduri dengan barang-barang yang banyak itu," kata orang yang lain.
Sampai sahaja di tempat tinggal mereka, murid tadi meletakkan guni yang berisi batu-batu tadi.
"Oh, letih sungguh... apa yang kita nak buat dengan batu-batu ni Tok?"
"Tak buat apa-apa."
"Eh, kalau begitu letih sahajalah saya," balas anak murid.
"Letih memang letih, tapi kamu dah belajar tentang ikhlas..."
"Bagaimana?" tanya anak murid itu kehairanan.
"Kamu dah belajar apa akibatnya tidak ikhlas dalam beramal."
"Dengan memikul batu-batu ini?"
"Ya. Batu-batu itu umpama amalan yang riyak. Tidak ikhlas. Orang memujinya seperti orang-orang di pasar tadi memuji banyaknya barang yang kamu beli. Tapi, kamu sendiri tahu itu bukan barang makanan atau keperluan tetapi hanya batu-batu..."
"Amal yang tidak ikhlas umpama batu-batu ini?"
"Ya, hanya beratnya sahaja yang terpaksa ditanggung. Dipuji orang, tetapi tidak ada nilainya di sisi Allah. Yang kamu dapat, hanya penat..."
"Ya, sekarang saya sudah faham apa akibat jika beramal tetapi tidak ikhlas!" ujar murid itu.
Sekarang dia sudah faham apa akibatnya RIYAK dalam beramal.
Pengajaran:
Ramai manusia tertipu dalam beramal kerana mengharapkan pujian orang. Padahal kata pujian daripada orang-orang itu tidak akan memberi manfaat pun kepadanya pada hari akhirat. Malah, mengharap pujian daripada manusia hanya akan menyebabkan diri terseksa kerana terpaksa hidup dalam keadaan yang bermuka-muka. Rugi benar orang yang tidak ikhlas, terseksa di dunia, terseksa di akhirat.
Tuesday, July 14, 2009
SIAPA AKU? (Sebuah Puisi Biografi Syeikh Ahmad Yasin, 1938-2004)
Lahirku di Kampung Al-Jaurah,
Selatan Tebing Gaza, 1938 Masihiah,
Tercetus perang 1948, familiku berpindah,
Mengharung kaki menuju Ghazzah. (Gaza)
Tika asyik beriadah bersama teman,
Malang menimpa, aku terhumban,
Lumpuh seluruh badan,
Namun, kutekad kekuatan,
Lumpuhku tidak bisa menghalang pergerakan,
Minda, fikiran, tadbir jua amalan...
Kutamatkan pengajian sekolah,
Kuteruskan ke Universiti Ain Syams, padah,
Setahun berlalu dan aku terpaksa berhenti,
Hati yang terhiris itulah,
Yang kubawa ke Mesir gagah,
Kukenal Ikhwan, sertai jamaah.
Di Palestin,
Akulah guru, mengajar tatatertib,
Berkhutbah di masjid, akulah khatib,
Akulah pengasas Majma' Islami,
Pada 70-an tekad bersemi.
1983, aku ditangkap dituduh,
Pengasas Majd Mujahidin pembunuh,
13 tahun penjara, mahkamah menyuruh,
Namun terbebas selepas bulan kesepuluh.
Kuasaskan lagi gerakan HAMAS,
Gerakan Penentangan Islamiah, kemas,
1987, HAMAS berdiri tegas!
Sekali lagi, ditangkap askar Yahudi,
Dihukum penjara seumur abadi,
Ditambah 15 tahun lagi,
Kerana mengasas HAMAS menggempa Yahudi!
Makin hari, kumakin lemah, di penjara,
Pandangan kananku hilang mutiara,
Mata kiriku kabur, terseksa didera,
Penyakitku kronik, dihantar ke Hospital Penjara.
Subuh 1 Oktober 1997 barakah,
Aku dibebas dengan janji payah,
Antara Jordan & Israel laknatullah,
Selepas serangan Khalid Masy'al tergagal, musnah.
Kusenyum, kulihat
Intifadah Aqsa, bangkitnya ummat,
Menentang, melawan Zionis penjajah laknat,
Hingga terbunuh jua tercedera berat.
Pagi,
Malam Isnin aku bersolat sendiri,
Munajatku mohon ke hadrat Ilahi,
Agar ganjaran Syahid diberi di sisi,
Dan kuniat puasa di pagi hari.
Masjid, 22 Mac 2004 - Fajarnya,
Usai solat Subuh, tiada lama hanya,
Tika berjalan pulang, aduh sakitnya,
Tiada rasa nyeri, pulanglah,
Pulanglah ke hadrat Tuhanku, Allah,
Haruman syurgawi, rohpun terbanglah,
Duniaku, pisahlah,
Nyata kerananya dan kerana-Nya aku lelah...
Akulah Syeikh Ahmad Ismail Yasin!
Siapa kamu?
Apa yang kamu telah sumbangkan untuk agama Allah?
3 April 2004,
Hotel Fatamorgana,
Sweileh, Amman.