Sunday, August 2, 2009

Mahasiswa perlu bangkit...


Dalam dunia demokrasi yang sentiasa di hujani dengan pelbagai ujian dan cabaran, mahasiswa selaku insan yang sentiasa di pandang tinggi oleh masyarakat perlulah bangkit bersama-sama rakyat untuk menegakkan yang hak dan meruntuhkan yang batil.Mahasiswa perlu berani menyuarakan komen, pendapat dan lontaran idea dalam sesuatu perkara.

Jihad yang paling afdhal ialah berkata benar di hadapan pemerintah yang zalim bukan berani berkata di hadapan rakyat yang ditindas.Sebagai contoh kekejaman tindakan ISA terhadap tahanannya. Persoalan yang sepatutnya timbul adalah kezaliman Akta ISA yang telah diamalkan itu, bukannya membantah Akta ISA itu sebagai haram, perkara yang penting sekarang ini adalah mengapa kezaliman ini masih diteruskan?

ISA telah dirangka oleh R.H Hickling dan mula berkuatkuasa di Malaysia Barat pada 1 Ogos 1960.Terdapat ramai negarawan yang dikenakan ISA sejak penguatkuasaannya pada 1960 lalu.Antara bekas tahanan ISA itu adalah seperti Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden PKR Dr Syed Husin Ali, bekas Presiden Pas Dr Burhanuddin Al-Helmi, Datuk Ahmad Boestamam dan ramai lagi.

Untuk pengetahuan semua, isu ISA juga amat dekat dengan mahasiswa kerana mahasiswa turut dikenakan penahanan di bawah ISA seperti yang berlaku ke atas 7 orang mahasiswa pada tahun Jun 2001 lalu dan juga dua aktivis pelajar, iaitu Khairul Anuar Ahmad Zainuddin dan Mohamad Fuad Mohamad Ikhwan akibat kebakaran Dewan Tunku Canselor di Universiti Malaya.

Jesteru itu, kesedaran kita dalam membanteras kezaliman ini perlulah di pertingkatkan agar ianya tidak bermaharajalela memperlakukan umat manusia sesuka hati mereka.Jadilah insan yang sentiasa peka terhadap keadaan sekeliling yang penuh dengan fitnah dan kezaliman.Semoga dengan usaha kecil kita ini akan mendapat ganjaran yang setimpal di akhirat kelak...ameen..

No comments:

Islamic Song