Thursday, August 27, 2009

Pengisian Ramadan Oleh Kerajaan...


"Pada bulan Ramadan yang diturunkan al-Quran, sebagai petunjuk bagi manusia dan keterangan dari petunjuk, memperbezakan antara hak dengan yang batil maka sesiapa yang hadir di antara kamu di bulan itu hendaklah ia berpuasa". - Al-Baqarah, 2:185.

"Telah tiba kepada kamu bulan Ramadan, bulan keberkatan"
-HR Ahmad (9133)

Akan tetapi suatu perkara yang sangat mengecewakan bila mana di bulan yang mulia ini ada pihak yang ingin mencabul kehormatannya dengan mengadakan
konset Michael Learns to Rock
yang akan diadakan pada 5 september 2009 bersamaan15 Ramadan 1430 di Arena of Star Genting Highland.Virus hedonisme ini jika dibiarkan ianya akan merebak seumpama virus H1N1 yang meragut 61 nyawa di Malaysia kini.

Sepatutnya di bulan Ramadan yang mulia ini pihak kerajaan perlulah memperbanyakkan program-program ilmiah yang boleh memberikan banyak manfaat kepada rakyat.Kemudian dalam masa yang sama mencegah sebarang program-program berbentuk hiburan melampau yang boleh mencemarkan kemuliaan Ramadan.

Di manakah konsep modal insan yang pernah di suarakan oleh mantan Perdana Menteri kita yang kelima Tun Abdullah Badawi??Adakah modal insan ini hanya di bentuk pada zamannya sahaja??Tindakkan kerajaan ini telah menimbulkan respon dari pelbagai pihak.Di antaranya seperti, Pengerusi MPMN, sdr. Ridzuan Mohammad

Beliau berkata, “Tindakan kerajaan yang membenarkan penganjuran konsert ini seolah-olah tidak menghiraukan langsung sensitiviti umat Islam di Malaysia dan kesucian bulan Ramadhan”.

“Kebenaran mengadakan konsert itu adalah berlawanan dengan pendirian kerajaan Malaysia sebelum ini yang menjanjikan sambutan kemerdekaan tahun ini yang sederhana kerana menghormati bulan Ramadhan” ujar beliau lagi.

Beliau juga mengajak dan menyeru umat Islam di Malaysia khususnya mahasiswa membantah konsert ini sebagai tanda cintakan Islam dan memuliakan bulan Ramadhan.

Dalam hadis sahih yang diriwayatkan oleh ulama-ulama hadis, antaranya Muslim, dan diriwayatkan oleh Abu Said al-Khudri r.a., sabda Rasululah s.a.w. yang bermaksud;
“Sesiapa di kalangan kamu melihat perkara mungkar maka hendaklah dia mengubah dengan tangannya, sekiranya tidak mampu maka dengan lidahnya, sekiranya tidak mampu lagi maka dengan hatinya dan dengan yang demikian itu (dengan hati itu) adalah sedaif-daif iman.”

Jadi saya menyeru kepada seluruh umat islam agar kita sama-sama membantah konset tersebut sekeras-kerasnya supaya kemuliaan Ramadan tidak busuk dek di sebabkan konset yang melalaikan itu berlangsung.Semoga cahaya Ramadan terus memancarkan sinarnya ke seluruh hati-hati manusia lantas menemukan kita dengan lailatil qadar yang mulia.

wallahu'alam...

No comments:

Islamic Song