Pilihan raya umum yang pertama ditandingkan pada tahun 1955. Parti-parti seperti PAS, Parti Negara di bawah pimpinan Dato' Onn bin Jaafar, Parti Buruh, Parti Progresif Perak, Parti Perikatan UMNO-MCA-MIC dan sebagainya bertanding dalam pilihan raya umum tersebut.Parti Perikatan UMNO-MCA-MIC memenangi 51 kerusi daripada 52 kerusi yang dipertandingkan. 1 kerusi lagi dimenangi oleh PAS. Dengan kemenangan dalam pilihan raya, kabinet kerajaan telah dibentuk. Tunku Abdul Rahman menjadi Ketua Menteri yang pertama.
Pada tahun 1956, Tunku Abdul Rahman mengetuai suatu rombongan ke London untuk membincangkan perkara-perkara mengenai kemerdekaan. Rundingan ini mengambil masa tiga minggu di London. Perjanjian London 1956 ditandatangani pada 8 Februari 1956 yang menyatakan persetujuan memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Sekembali ke Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman mengumumkan tarikh kemerdekaan di Melaka.
Bendera Union Jack iaitu bendera British diturunkan di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur pada tepat pukul 12 malam 31 Ogos 1957. Kemudian, Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman mengisytiharkan kemerdekaan di Stadium Merdeka. Jemaah Menteri diumumkan juga pada hari pengisytiharan kemerdekaan.
Itu seimbas lalu sejarah mengenai kemerdekaan Malaysia secara zahir.Akan tetapi akhlak dan sikap rakyat Malaysia secara hakikatya masih lagi dijajah dan dibelenggu oleh budaya barat yang keterlaluan. Jika jiran sebelah rumah pun tidak kenal , macam mana nak perpaduan dan keamanan di tegakkan?Banyak kes-kes jenayah yang melibatkan umat Islam masih berlaku di Malaysia. Suasana yang ingin di bawa oleh Pak Lah melalui Islam Hadhari suatu masa dahulu pun sudah hilang setelah di ganti 1 Malaysia. Modal insan yang di perkasa pada suatu masa dahulu pun sudah senyap menyepi tanpa suara.Bukan saya ingin menyokong atau membangkang mana-mana pihak.Akan tetapi Nabi Muhammad SAW menyajar saya untuk berkata benar sepertimana sabda baginda,"Katakanlah benar walaupun ianya pahit"
Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dalam perutusannya sempenan Kemerdekaan berkata, erti merdeka pada Islam adalah kejayaan membebaskan aqidah (pegangan) dari mengabdikan diri kepada makhluk kepada pengabdian diri kepada Allah SWT.
Menurutnya, perjuangan itulah yang dipikul oleh Nabi Muhammad SAW sepanjang hayat baginda. Dan sesiapa yang berjaya membebaskan diri mereka dari perkara tersebut, dialah yang sebenarnya merdeka.
"Kita menentang penjajah asing bukan kerana nama asingnya. Tetapi kerana mereka membawa satu fahaman yang mengabdikan diri kepada makhluk dan bukan mengabdikan diri kepada Allah SWT. Kita halau mereka bukan kerana nama dia asing tetapi kerana mereka membawa suatu ajaran sesat yang menyeleweng dari petunjuk Allah SWT."
"Pembebasan Mekah bukan kerana dijajah oleh penjajah asing Rom dan Parsi. Tetapi dijajah oleh Jahiliah Arab dari kalangan kaum keluarga Nabi SAW sendiri, sehingga Mekah dibebaskan dan itulah kemerdekaan sebenar." ujarnya ketika menyampaikan perutusan khas sempenan hari kemerdekaan negara ke 52 di Terengganu.
Umat Islam perlu jelas dan faham erti kemerdekaan yang di tuntut dalam Islam.Yang lebih jelas ialah akidah dan prinsip-psrinsip asas dalam Islam kita tidak gadaikan.Jadi buat akhirnya saya menyeru kepada semua umat Islam khususnya dan rakyat Malaysia amnya agar kita mencari kemerdekaan yang hakiki agar diri kita sentiasa berada di dalam lindungan dan rahmat Allah SWT...ameen..
No comments:
Post a Comment