Untuk kita benar-benar berjaya merubah diri kepada fikiran positif, kita kena tahu dulu akibat dari berfikiran negatif.
Bila anda berfikiran negatif (walaupun sedikit) kita akan ditemukan dengan pelbagai permasalahan secara tidak sengaja dan kebetulan - mengakibatkan kita kerugian masa, tenaga dan wang ringgit. Rugi, rugi, rugi. Banyak rugi.
Kesan kedua, kita akan susah untuk bermotivasi.
Asyik tak bersemangat saja, rasa malas, berat tulang nak buat kerja. Walaupun ada kerja yang penting untuk diselesaikan, anda rasa macam tak nak buat lalu mendorong anda bertangguh. Bila asyik bertangguh, kesan jangka masa panjang, prestasi anda akan menurun. Anda jadi orang kurang cemerlang.
Kesan ketiga, bila berfikiran negatif, masalah dalam hidup kita tak akan pernah surut, ada-ada saja masalah yang muncul.
Masalah kecil membawa kepada masalah besar. Masalah besar yang melanda semakin membesar akhirnya membawa kepada permasalahan yang dua kali ganda lebih besar. Orang berfikiran negatif tak menumpu pada penyelesaian masalah, sebab tu masalahnya makin membesar, makin menambah.
Sebab tu pesan pendeta kepada anak buahnya orang yang lari dari masalah adalah orang yang bermasalah..Hal ini kerana mereka tidak berusaha untuk mencuba menyelesaikan masalah yang sedang mereka hadapi itu dengan baik..
Kesan keempat, fikiran negatif akan membuat anda memiliki tabiat negatif - tamak, dengki, gelojoh, panas baran, ego, gopoh dan paling ketara, PEMALAS! Sesiapa pun tak suka berkawan dengan anda dan tak siapa mahu menolong anda bila anda dilanda kesusahan.
Itulah 4 kesan ketara akibat dari berfikiran negatif. Banyak lagi kesan-kesan lain, tapi 4 kesan di atas adalah yang paling kerap berlaku dalam masyarakat kita.
Jesteru itu, mencampakkanlah fikiran negatif anda di tempat yang jauh dan semaikanlah fikiran yang jernih di minda anda supaya anda sentiasa berfikiran seperti ikon seluruh manusia iaitu Nabi Muhammad SAW.Akhir kalam, banyakkanlah memikirkan nikmat ciptaan Allah dan janganlah anda memikrkan zat Allah...Wassalam...
No comments:
Post a Comment