Saturday, October 3, 2009

Istiqamahlah dengan Puasa 6 Hari di Bulan Syawal

Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Illahi Tuan empunya dunia kerana dengan limpah izin dan kurniaNya masih lagi Allah SWT memberikan kepada kita ruang untuk bercucuk taman di bulan Ramadan yang lepas dengan amalan-amalan suci seperti puasa,solat tarawih, tadarus Al-Quran, bersedekah dan lain-lain.Sesungguhnya peluang itu jika tidak di manfaatkan dengan sebaik mungkin pastinya mereka tergolong di kalangan orang-orang yang rugi. Semoga setiap amalan yang kita amalkan di bulan Ramadan yang lepas akan berterusan sehingga kita bertemu dengan Ramadan yang akan datang..

Jadi di antara perkara yang boleh kita amalkan di bulan Syawal ini ialah dengan berpuasa Enam. Erm.... mesti ada di kalangan kita yang telah mula berpuasa Enamkan..tahniah di ucapkan...
Akan tetapi bagi mereka yang masih belum memulakan puasa Enam bolehlah mengambil ruang waktu yang masih ada ini dengan sebaik mungkin dengan berpuasa.Baiklah... Mari kita menusuri antara fadhilat puasa Enam ini :


Apa itu puasa enam?
Puasa enam ialah puasa sunat yang dikerjakan sebanyak enam hari di bulan Syawal.

Cara melaksanakan :
-berturut-turut di awal bulan Syawal iaitu bermula dari 2 haribulan Syawal (lebih afdhal)
-boleh dikerjakan secara berselang-seli
-ataupun dikerjakan bukan pada awal bulan Syawal
-Yang penting syarat sahnya mesti dalam BULAN SYAWAL!!


Fadhilat puasa enam hari di bulan syawal :

Hadith 1 :
“Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan, kemudian diikuti dengan puasa enam hari pada bulan Syawal, adalah (puasanya itu) seperti puasa sepanjang tahun.”
(HR. Muslim)

Hadith 2 :
“Berpuasa sebulan (di bulan Ramadhan itu disamakan) dengan sepuluh bulan berpuasa dan berpuasa enam hari selepasnya (di bulan Syawal disamakan) dengan dua bulan berpuasa, maka yang sedemikian itu (jika dicampurkan menjadi) genap setahun.”
(HR. Darimi)

Beramallah!!! Maka ambillah peluang ini dengan sebaiknya kerana puasa enam ini berserta kelebihan-kelebihannya hanya hadir setahun sekali.

Jadi janganlah ia dilepaskan begitu saja kerana agama Islam dengan penuh tolak ansur telah memberikan kemudahan bagi kita untuk mengerjakan puasa enam itu bukan dalam suasana hari raya.Diharap dengan sedikit penjelasan dalam penulisan ini membuka ruang untuk kita beramal.
Wassalam..

No comments:

Islamic Song