3 Cara Untuk Melatih Kekuatan Minda
Lebih banyak Anda menggunakan minda, lebih tajam pemikiran Anda, lebih banyak idea-idea kreatif tercetus tetiba. Berfikir lebih banyak, membayangkan sesuatu lebih banyak dari biasa dapat mengaktifkan minda, tapi tak akan menjadikan Anda gila atau “mereng” seperti yang dikatakan oleh kebanyakan orang skeptik dan orang-orang pesimis.
3 cara berkesan melatih kekuatan minda adalah:
1. Menyelesaikan masalah matematik dengan kadar pantas - latih diri Anda menyelesaikan masalah-masalah matematik yang mudah tapi dilakukan dengan sangat kerap, sangat pantas.
Misalnya, 12X36, 35+42, 342-177. Selesaikannya melalui bayangan minda atau melalui tulisan di atas kertas.
Lakukan dengan pantas!
Lebih banyak Anda berlatih, Anda menjadi semakin cekap, lantas menjadikan minda Anda semakin bertenaga, aktif, semakin tajam.
2. Bersuara dengan kuat - menyanyi, bersyarah, berucap, membaca dengan kuat, lakukannya dengan kerap. Latih diri bersuara dengan kuat kerana bunyi suara Anda akan meransang tahap getaran getaran saraf neuron di dalam otak, lantas membuat ribuan neuron menjadi aktif akibat pergerakan arus elektrik yang pantas di antara hujung neuron dengan hujung neuron yang dekat dengannya.
Pergerakan darah Anda juga semakin lancar lantas menjadikan tubuh Anda ringan bertenaga, bebas dari sikap malas, bertangguh, berat nak buat kerja.
3. Pernafasan terarah - Tarik nafas perlahan-lahan dalam kiraan 7 saat, tahan selama 7 tahan, lepas perlahan-lahan dalam kiraan 10 saat.
Lakukan berulang-ulang dengan kerap, minda Anda akan lebih aktif. Latihan ini amat baik untuk pelajar dan orang yang bekerja dalam bidang kreatif seperti penulis, pelukis, arkitek, pereka grafik, pencipta lagu, pencipta produk, jurnalis.
Bagaimana yang dikatakan minda yang kuat?
Anda menjadi semakin matang, semakin bijak, dapat membuat keputusan dengan betul dalam masa yang singkat, memperoleh gerak hati yang tajam.
Anda juga dapat mencetus idea-idea unik dan memperoleh ilham berterusan disamping mempunyai daya imaginasi yang tinggi. Anda akan terfikir penyelesaian yang orang lain tak terfikir langsung, kemudian boleh menganalisa masalah menggunakan logik lalu menyelesaikannya menggunakan daya kreatif Anda.
Lagi satu, Anda dapat menggunakan otak kiri dan otak kanan dengan lebih seimbang tanpa Anda sedari, sesuatu yang tak ramai dari kita berjaya mencapainya.
Selamat mencuba!!! Semoga anda akan menjadi insan-insan yang mampu memberi sumbangan idea dalam memartabatkan institusi Islam ke dalam setiap hati sanubari insani.. Jika anda seorang yang idealis maka tips ini adalah sesuai untuk mengasah minda anda. Sekadar perkongsian sanubari...wassalam...
No comments:
Post a Comment