Thursday, November 19, 2009

Tiada halangan hanya peluang...

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada sidang pembaca yang di kasihi Allah SWT.Setinggi kesyukuran kita ucapkan kepada Allah SWT kerana masih lagi memberikan kepada kita nikmat kesihatan,penglihatan,pendengaran,pemikiran yang waras dan sebagainya.Sesungguhnya jika kita ingin menghitung segala nikmat yang Allah SWT kurniakan kepada kita nescaya kita tidak akan mampu menghitungnya kerana terlampau banyak.Hatta jika kita jadikan segala tumbuh-tumbuhan yang ada di bumi ini sebagai pena dan seluruh air di lautan itu sebagai dakwatnya untuk menulis segala nikmat pemberianNya, nescara kita tidak akan terhitung banyaknya. Jesteru mensyukuri nikmat pemberian Allah itu adalah suatu tuntutan kita kepada Allah SWT.Bukan sekadar pandai mengucapkan syukur tetapi bijak mempraktikkan dan menerbitkan erti syukur itu dalam kehidupan kita seharian seperti beribadah, melakukan amal makruf dan nahi mungkar dan sebagainya...

Alhamdulillah pada 17/11/2009 (selasa) yang lalu jam 10pm saya telah pun di berikan kesempatan oleh Allah SWT untuk menjadi salah seorang ahli panel dalam progrm bicara siswa di RTM, Angkasapuri. Pada pagi isnin saya mendapat panggilan dari YDP MPMUM saudara Mohd Ridzuan Bin Mohammad. "Assalamualaikum syahid??" jawab saya "Wassalam....
'Enta ada kat mane sekarang??"bertanya Ust Wan mad kepada saya. Jawab saya dengan spontan"ana ade kat kolej je"Bertanya ust Wan Mad lagi"enta dah habis exam belum??Di benak hati saya berkata "Ermm... Awat semacam je soalan ni... macam ada task je..ish3..saya menjawab.." ana dah lama dah habis exam.ana exam seminggu je dulu.."cool je jawab soalan.. lantas bertanya Ust Wan Mad kepada saya
"ok.. malam esok enta jadi ahli untuk program suara siswa blh??"saya terdiam seribu bahasa...bicara hati kecilku.."biaq betol..Ust Wan ni buat lawak ke??sape la aku ni nak jadi ahli panel untuk suara siswa...Kemudian sambung Ust Wan Mad" ok syahid...enta siap sedia tajuknya budaya fanatik tau..enta kumpul beberapa orang nanti kita jumpa ana nak briefing tentang perjalanan program..nanti Abg Shah (Penerbit Suara Siswa) akan call enta.Dia akan bagitahu dengan lebih lanjut tentang perjalanan program. Denagn tanpa berfikir panjang saya menjawab"i'Allah Ust.."

Selepas tamat perbualan saya terus mencari bahan untuk bersiap sedia sehinggalah tiba waktu bersiar pukul 10pm (selasa) di RTM ,Angkasapuri..Saya sangat bersyukur kerana sepanjang pencarian maklumat tentang budaya fanatik, rakan seperjuangan saya ramai yang membantu seperti saudara Rusydan, saudara Izzuddin Helmi,saudari Masturah, kak dalilah, kak zuriani dan sahabat-sahabat lain. Setelah lama kami berbrainstorm, baru la banyak maklumat kami perolehi. Alhamdulillah..Syukran jazilan ye..

Pada malam itu saya telah menjadi ahli panel yang ketiga. Dengan penuh keyakinan saya naik ke pentas dan mengambil tempat duduk.Segala soalan yang di tanya adalah secara spontan..alhamdulillah saya dapat menjawab semua persoalan pada malam itu. Cuma yang saya kurang senang apabila banyak percakapan saya yang telah abg Fazley potong.(barang kali mungkin untuk menjaga waktu sebab suara siswa itu di buat secara langsung.)Pada malam itu perbincangan banyaknya berkisarkan tentang bola sepak.(agak kurang berkembang la) Kemudian banyak komen dari sahabat-sahabat saya menyatakan penggunaan skype buat julung-julung kalinya itu pula sebenarnya agak mengganggu kelancaran perbincangan.Ahli-ahli panel kurang di beri masa untuk menjawab soalan-soalan.
Maka pada saya perbincangan pada malam itu tidak masak dan matang sangat.Hanya sekadar perbincangan sahaja.(tak macam brainstorm)

Tetapi secara keseluruhannya program suara siswa pada malam itu berjalan dengan baik .Sebelum itu saya ingin membuat kesimpulan tentang budaya fanatik (malam tu saya tai sempat nak cakap).Fanatik ini merupakan suatu unsur dalaman yang tidak dapat kita ketahui baik atau buruk melainkan apabila seseorang itu menunjukkan reaksinya maka kita boleh menilai seseorang itu fanatik ke arah kebaikan atau buruk.Jika baik alhamdulillah tetapi jika buruk kita kena bimbing mereka agar kembali ke jalan yang benar.Contoh budaya fanatik yang tidak baik adalah seperti membakar kerusi apabila pasukan yang mereka fanatikkan itu kalah.Hal ini kerana mereka telah meletakkan satu pengharapan yang terlalu tinggi sehingga apabila sesuatu yang mereka inginkan itu tidak tercapai maka mereka berani melakukan apa-apa sahaja.Nafsu telah menguasai diri sehingga berani melakukan sesuatu di luar kawalan.Jesteru sikap berlapang dada atau percaya dengan qado' dan qadar adalah sangat penting dalam kehidupan kita sebagai orang muslim.Kemudian contoh budaya fanatik yang baik adalah seperti budaya membaca buku..

Jadi macam mana pula untuk kita mangatasi budaya fanatik yang tidak baik??Di sini saya menyatakan beberapa langkah untuk mengatasi masalah ini.Caranya adalah seperti berikut :
a) Menggunakan konsep kesederhanaan dalam kehidupan. Hadis nabi ada menyatakan "sebaik-baik urusan adalah dengan bersederhana".
b) Kita perlu berminda kelas pertama dengan cara bersemangat untuk mengaji dan mengkaji. Kita bukan sekadar perlu rajin menuntut ilmu tetapi mengkaji ilmu yang kita perolehi itu.Baru ilmu yang kita perolehi itu benar-benar berkualiti.
c) Kita sebagai insan biasa boleh menerima sebarang pendapat atau pandangan semua orang dan kita juga boleh menolak pandangan dan pendapat mereka itu kecuali maksum. ( Al-quran dan Hadis).
d) Kita perlu faham terhadap perkara-perkara yang kita lakukan.Kefahaman yang jelas adalah tangga kejayaan bagi sesuatu perkara.
e) Kita sebagai manusia bukanlah penghukum terhadap sesuatu perkara.(melainkan perkara itu jelas dan sohih serta ada buktinya).Akan tetapi kita adalah sebagai pembimbing bagi mereka yang menyimpang dari jalan kebenaran.

Kesimpulannya fanatik ini merupakan sesuatu unsur dalaman yang tidak kita ketahui baik buruknya.Akan tetapi kita boleh menilai seseorang itu fanatik baik ataupun buruk melalui reaksi dan tindakkannya.

Buat akhirnya, sebelum saya menghabiskan coretan saya ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada RTM terutama Abg Shah selaku penerbit suara siswa kerana sudi menjemput saya menjadi salah seorang ahli panel dalam suara siswa yang lepas.Kemudian syukran jazilan juga saya ucapkan kepada YDP MPMUM saudara Mohd Ridzuan Bin Mohammad kerana tidak jemu-jemu membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada saya serta memberi peluang kepada saya untuk melangkah ke arena pentas siswa berbicara.Juga saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada abang-abang, akak-akak, sahabat-sahabat seperjuangan dan mereka yang terlibat di atas bantuan,galakan dan sokongan yang cukup baik kepada saya sebelum ini.Semoga jasa baik anda semua akan Allah SWT balas dengan ganjaran yang syurga yang kekal abadi.Saya mendoakan juga semoga program suara siswa yang semakin di minati dan menjadi perhatian seluruh masyarakat kini akan berkekalan dan bertambah baik dari hari ke hari.Yang pastinya suara siswa inilah pentas yang terbaik untuk mahasiswa menyatakan pendirian dan pandangan kita selaku mahasiswa.Semoga segala urusan kita di atas muka bumi ini akan di berkati dan di rahmati Allah SWT.Ameenn...




No comments:

Islamic Song