Jangan sampai nanti orang-orang tarbiyah dibenci gara-gara berorientasi kepada kekuasaan. Dia tidak boleh berbangga dengan bangunannya. Lalu tertidur-tidur, tidak pernah mengurus urusan hariannya. Tetap dia harus kembali kepada akar masalahnya, akar tarbiyahnya. Tempat kancah dia dibangun. ~ K.H Rahmat Abdullah
Saturday, November 7, 2009
Adakah waktu belajar perlu berjihad??
Salam Imtihan kepada sahabat-sahabat Universiti Malaya dan salam perkenalan kepada pengunjung-pengunjung yang sudi singgah di teratak saya ini. Mesti bagi sahabat-sahabat yang masih ada paper untuk final exam akan sentiasa memikirkan soalan-soalan yang bakal muncul. tak lupa jua yang menjadi penunggu setia yang sering kali mengharapkan soalan spot. Tapi jangan percaya sangat dengan soalan spot ni, sebab kemungkinan tak masuk tu ada.Jalan selamat baca la semua. (kalo terdesok tak pe le..tapi kene berani tanggung la ye!!!)
Bila di bandingkan sistem pengajian kita di universiti dengan sistem pengajian di pondok secara bertalaqi, masing-masing ada pro dan kontranya.Akan tetapi sistem pengajian di pondok lebih berkesan sebenarnya.Berkesan dari sudut ap??Iaitulah dari sudut menguasai ilmu.Mereka belajar bukan untuk lulus cemerlang di arena peperiksaan.Tetapi adalah semata-mata untuk menjadi insan yang terang penglihatannya dalam menjadi hamba Allah secara hakiki dan secara praktikaliti.Seperti pepatah arab ada menyatakan "Ilmu tanpa amal ibarat pohon yang tidak berbuah".
Akan tetapi sahabat-sahabat sistem yang kita lalui sekarang ini mempunyai kelompangan yang agak besar sehinggakan keluar ungkapan "belajar kerana periksa","periksan punca aku belajar", "Aku benci periksa sebab kena banyak menghafal" dan yang seumpama dengannya. Buktinya adalah apabila kita tamat periksa, kita habis lupa segala apa yang kita telah hafal dan belajar terutama sewaktu dua atau sejam sebelum kita masuk peperiksaan.Cuba kita muhasabah kembali, dari seratus hadis yang kita hafal sewaktu di Nilam Puri, hanya berapa hadis yang masih bermain di benak pemikiran kita.Jom kita imbas kembali sejarah yang takkan kembali sewaktu kita di lembah keilmuan. Jika apabila kita di soal oleh Dr. Muhiden "erm... sila enta/enti baca hadis kedua iaitu hadis jibril..kita mampu baca sampai habis.(tu hadis paling panjang berkaitan rukun islam,iman, ihsan dan lain-lain...harap ingat lagi la ye). Tetapi jika sekarang kita di soal oleh Dr Najib atau Ust muhiden rasa-rasanya kita mampu baca dengan baik macam dulu tak??erm..tepuk dada tanya ilmu...
Seterusnya persoalan yang sering saya dengar iaitu "ala waktu belajar ni kita belajar udah le".Usah le kamu nak sebok-sebok tentang orang lain ajak pi dengo ceramah ke,kuliah ke, pape ke.sekarang kita belajo udoh le.fokus betoi-betoi..kompom 4.0 punye..ha tak gitu??" mereka cuba mengasingkan waktu dan ketikanya untuk berbuat amal ma'ruf dan nahi mungkar dan waktu belajar.Mereka cuba mendoktrin kita dengan hanya mengenal 3k iaitu kenal kafe,kuliah dan kolej..Rutin hariannya adalah bangun tidur,pergi kuliah balik kolej dan terus ke kafe untuk pergi makan mahupun minum..Jadi,bila mana waktu dan ketikanya kita perlu mengamalkan amal ma'ruf dan nahi mungkar ni??Ahhh....aku confius laaa!!!....kesian diakan...
Sahabat-sahabat, doktrin dari barat seperti ini adalah untuk melemahkan kehebatan umat Nabi paling agung iaitu umat Nabi Muhammad SAW je.Barat cuba untuk menyekularkan sistem pembelajaran kita dengan mementingkan CGPA daripada kepentingan ilmu, mereka perkenalkan kepada remaja budaya hedualisme, Malaysia Idol,Akademi fantasia dan yang seumpama dengannya.Persoalan yang saya nak tnya kepada anda ialah adakh kita tahu bila kita akan mati??? Akan tetapi yang pasti kematian adalah milik setiap insan cuma masa dan tempatnya sahaja tidak di beri tahu agar hambaNya sentiasa beramal ibadat mengingati
Allah SWT.
Allah berfirman dalam surah As-Soff ayat 10-11.Wahai orang-orang yang beriman,adakah engakau Aku tunjukkan suatu perdagangan yang dapat mengelakkan kamu dari azab siksaan api nerakaKu yang pedih??(satu soalan yang Allah SWT lontarkan kepada hambaNya) lantaran itu Allah SWT memberihatu kepada kita.Dengan cara beriman kepada AllahSWT,beriman kepada RasulNya dan berjihad di atas jalan Allah SWT dengan harta kamu dan diri kamu, Sesungguhnya itu adalah lebih baik jika kamu ketahui. Dalam konteks ayat ini jihad Allah SWT meletakkan yang penting selepas berimin kepada Allah dan RasulNya. Ini menunjukkan bahawasanya jihad itu merupakan suatu yang tuntutan yang sangat penting dalam kehidupan kita sebagai orang yang beriman.
Jesteru itu saya menyeru kepada sahabat-sahabat agar janganlah kita meninggalkan amal ma'ruf dan nahi mungkar dalam kehidupan kita seharian.Hiduplah dalam berorganisasi kerana di dalam organisasi itu ada keberkatan.Saidina Umar pernah berkata 'tidaklah di katakan Islam melainkan dengan berjemaah,tidaklah di katakan berjemaah melainkan dengan adanya kepimpinan dan tiadalah kepimpinan melainkan ketaatan'.Hebatnya seseorang itu di sebabkan adanya ilmu, berkembangnya ilmu itu disebabkan adanya praktikal dalam kehidupan, berkatnya kehidupan itu apabila niat kita sentiasa ingin mencari keredoan Allah SWT secara konsisten. Sekadar coretan untuk perkongsian bersama...wassalam.....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment