Sempena menyambut hari kelahiran nabi Muhammad SAW moh kite semua kembali menghayati dan mengamalkan sunnah baginda seperti bertutur kata dengan baik,besugi, berakhlak mulia, berjubah, berserban dan sebagainya.
Sunnah ni ada banyak.Ada yang hukumnya wajib,haram,harus,sunat dan makruh. Contoh haramnya seperti berkahwin lebih dari empat bagi lelaki.Tapi kalau wanita lagi-lagi la tak boleh..
Kemudian kalau sunnah wajib seperti solat lima waktu sehari semalam,puasa dan sebagainya..
Tapi secara realitinya memang sukar untuk kita lihat sahabat-sahabat kita mahu pun kita sendiri untuk mengamalkan sunnah-sunnah Nabi Muhammad SAW secara istiqomah. Sebab itlh baginda pernah menyebut umat aku pada akhir zaman nanti agak sukar untuk mengamalkan sunnahku seumpama menggenggam bara api.
Justeru saya ingin menyeru dan mengajak sidang pembaca dan sahabat-sahabat untuk kita sama-sama menghayati dan mengamalkan sunnah Nabi Muhammad SAW.Jika kamu tidak mampu semua jangan kamu tinggalkan semua. Sekadar ingatan dari saya, hamba Allah yang mengharapkan redo hidup daripadaNya.Wassalam.
No comments:
Post a Comment