Monday, March 21, 2011

Al-Quran teras kejayaan umat gemilang


Al-Quran merupakan wahyu yang di turunkan oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW. Al-Quran juga merupakan sumber rujukan utama seluruh umat manusia.Tidak mengira kabilah,bangsa,warna kulit mahupun keturunan.Maka tetap Al-Quran sumber rujukan utama kehidupan.Dalam kekalutan manusia hidup tanpa panduan, al-Quran datang dan mengajar manusia cara menguruskan kehidupan, soal ekonomi, cara berpolitik, pembinaan rumah tangga, melayan tetamu, hak anak terhadap ibu bapa, hak ibu bapa terhadap anak, hak pemimpin terhadap rakyat dan rakyat terhadap pemimpin. Al-Quran juga mengajar hidup bermasyarakat sesama Muslim dan kaedah berinteraksi dengan mereka yang bukan Islam. Malah, segalanya dimodulkan dalam al-Quran, ada secara terperinci dan umum yang diperjelaskan oleh hadis.Inilah sebagai bukti bahawa kehebatan Al-Quran tiada bandingannya.

Generasi Al-Quran yang budiman,

Al-Quran telah lengkap dalam memjawab segala persoalan berkaitan perihal kehidupan manusia.Kandungan utama al-Quran pertamanya telah pun memberikan jawapan muktamad mengenai tauhid. Kedua, panduan hidup dalam bentuk sistem muamalat dan undang-undang, ketiga mengenai perkara ghaib, seterusnya soal hari kebangkitan, balasan akibat daripada perbuatan dosa dan pahala, induk segala ilmu dan alat pembersih jiwa. Sekiranya kita menyingkap sejarah, berkesannya ayat al-Quran meresap ke dalam jiwa para sahabat ialah peristiwa pengharaman arak. Ketika turun ayat 90 surah al-Maidah yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman,sesungguhnya minum arak, berjudi, berkorban untuk berhala serta menilik nasib adalah perbuatan keji termasuk perbuatan syaitan, jauhilah perbuatan itu agar kamu mendapat kejayaan.” Menurut Anas bin Malik: “Ketika mengedarkan arak di rumah Abu Talhah, tiba-tiba kami terdengar suara seorang lelaki di halaman rumah lalu kami keluar untuk melihatnya.”Lelaki itu berkata: “Wahai kawan-kawan, mulai hari ini arak diharamkan.” Abu Talhah berkata: “Wahai kawan-kawan cepat keluar, tumpahkan arak.” Mereka semua mencampakkan arak, ada yang sedang meletakkan arak dibibirnya untuk minum bila terdengar ayat itu, itulah kali terakhir menyentuh arak.

Jiwa-jiwa yang rindukan Syurga Allah,

Al-Quran jaminan kejayaan umat gemilang.Al-Quran sepatutnya mendapat layanan istimewa daripada umat Islam. Layanan itu bukan hanya cara mengambil meletak dan membacanya tetapi yang lebih utama isi serta penghayatan suruhan dan menjauhi larangannya. Menurut Ibnu Qayyim, suasana inilah yang melonjakkan umat terdahulu ke tahap tertinggi indeks kecemerlangan. Kecemerlangan yang dicapai bukannya dalam satu bidang tertentu saja malah dalam segala bidang. Membaca al-Quran bukan hanya untuk panduan hukum agama malah menjadikannya buku panduan hidup. Ia bukan saja untuk kesempurnaan fardu ain tetapi juga fardu kifayah. Cuba lihat apabila mereka membaca ayat al-Quran mengenai aurat, mereka bukan berlumba-lumba membeli kain di pasar untuk menutup aurat tetapi mereka berfikir lebih jauh daripada itu. Mereka berfikir bagaimana hendak mencipta pakaian, membina kilang pakaian, malah merancang untuk menguasai pasaran pakaian dan fesyen. Begitu juga apabila mereka membaca ayat mengenai kebersihan, mereka bukan saja hendak membersihkan najis tetapi juga mencari idea bagaimana hendak mencipta teknologi alat kebersihan, kilang, malah import eksport barang berkenaan.Di sebalik kepintaran itu, mereka adalah generasi yang mempunyai akhlak yang tinggi.

Celik minda si pencinta ilmu,

Begitulah al- Quran memberi inspirasi berfikir dan berzikir. Sewajarnya kita mendekati al-Quran untuk turut mempertajamkan minda dan memperkuatkan peribadi.Caranya dengan membaca al-Quran, banyak mendengar al-Quran, memahami al-Quran, menjadikannya ubat mujarab menyelesaikan masalah sosial dan akhirnya dijadikan sumber hukum. Islam telah menggariskan beberapa indeks bagi meningkatkan kualiti ummah. Salah satu aspek yang terpenting ialah menyuburkan iman penganutnya.Lantaran itu, tugas kita ialah melestarikan iman agar mampu memandu ummah ke arah kegemilangan. Iman mempunyai kaitan yang erat dengan kualiti insan dan ummah. Iman adalah asas kepada keagungan ummah keseluruhannya. Jesteru,kita mestilah berupaya melaksanakan titah perintah Allah dan menjauhi laranganNya serta menghindari diri dari belenggu kejahilan. Iman yang mendalam akan melahirkan sifat taqwa yang dapat memandu diri, masyarakat dan ummah menjalani kehidupan ini dengan jalan yang lurus serta mampu menyelamatkan ummah daripada terdedah kepada segala macam bahaya dan kesusahan.Kesemua ini telah pun Allah jelaskan di dalam Al-Quran Sebagaimana firman Allah SWT.Maksudnya “Dan ingatlah, sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah memudahkan baginya segala urusan.” Surah at Talaq ; 4.

Kongklusinya,sejajar dengan itu,kita disarankan mempertingkatkan kualiti iman, agar lahir dalam dirinya kekuatan dan keberanian, yang akan menjadi motivasi untuk memaju dan memperkasakan ummah.Jesteru,dekatilah Al-Quran lantas ia mampu meningkatkan keimanan kita kepada Tuhan serta menjamin kejayaan umat gemilang.Sekian,terima kasih.

Merenung sejenak erti hidup kepada Pemberi.




Alhamdulillah masih lagi Allah SWT memberikan ruang dan peluang untuk kita sebagai hambaNya menghirup udara yang segar,melihat alam ciptaanNya yang luas terbentang,mendengar kicauan burung dan kakiku ini masih lagi mampu untuk melangkah ke masjid-masjid dan surau-surau untuk beribadah kepadaMu Ya Allah.

Lafas syukur mesti di fahami dengan sebaik mungkin agar dari kefahaman yang jelas itu akan di terjemahkan melalui tindakan luaran fizikal kita.Sepotong firman Allah SWT " Jikalau engkau (manusia) mensyukuri nikmatKu, nescaya Aku akan tambahkan lagi nikmatKu kepadamu.Dan jikalau engkau mengkufuri nikmatKU sesungguhnya azab Aku sangatlah pedih".

Masa berlalu begitu pantang seperti sinaran mentari mencucuk bumi.Sekarang saya telah pun berada di Universiti Malaya.Seperti mimpi dan angan-angan kecilku sewaktu kanak-kanak dulu.
Namun hakikat mesti di telan yang kiniku bergelar sebagai mahasiswa Universiti Malaya. Bahkan bukan sekadar mahasiswa yang hanya masuk ke kuliah,ke kafe,dan ke kolej.

Akan tetapi sekarang telah pun di taklifkan Allah sebagai YDP Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya dan juga merupakan Presiden Majlis Perwakilan Mahsiswa Nasional.Amanah yang sangat berat dan besar.

Bisikan syaitan sering berbisik,"boleh ke syahid nak pimpin tanggungjawab besar ni? Nanti tak buat berdosa,Allah marah".Bsisikan-bisikan kecil yang suka memenjara jiwa besar meminpin umat manusia ke jalan Allah SWT.

Namun apa yang memotivasikanku dalam memikul amanah Allah SWT yang berat ini ialah keyakinanku dengan janji Allah SWT dalam Al-Quran."Tidaklah Allah SWT memberati dan mempertanggungjawabkan seseorang hambaNya itu melainkan apa yang hambaNya itu mampu memikulnya."

Yang pasti Allah SWT tidak pernah zalim terhadap setiap sesuatu.Positif minda dalam berhadapan ujian dan rintangan onak duri kehidupan itu mesti.Barulah kita akan merasai nikmat hidup kepada manusia dan kepada alam sejagat.

Nak Syurga maka mesti hadapi dan harungi ujian cabaran dulu.Tidak pernah hidup kita di hamparkan karpet merah dan permaidani untuk memasuki Syurga Allah SWT.Namun yang pasti kita akan di uji dulu sebelum layak masuk ke Syurga Allah.

Jesteru,kesabaran dalam meminpin sangat penting dan keyakinan terhadap pertolongan Allah adalah di tuntut. Semoga sedikit coretan peringatan ini dapat kita muhasabah bersama sesama manusia.Sekian,wassalam.

Wednesday, March 16, 2011

Ikhtibar dari Tsunami Jepun


11 Mac 2011 lalu, seluruh penduduk dunia gempar. Jepun dilanda gempa kuat, berkekuatan 8.9 pada skala Richter.Gegaran dikesan pada kedalaman 10 kilometer dan 125 kilometer di timur Jepun atau kira-kira 380 kilometer ke timur laut Tokyo. Bandar Onahama di utara Jepun kemudian turut dibadai ombak tsunami setinggi enam meter.

Selepas itu diikuti dengan letupan reaktor pertama di nuclear power plant pertama di fukushima pada hari sabtu (jepun ade 2 nuclear power plant, di mane setiap power plant ade 6 unit reaktor) dan pada hari ini, baru sahaja tadi jam 11 jepun, reaktor ketiga pada nuclear power plant yang sama telah meletup. di kedua-dua letupan, radioaktif tersebar ke udara dan ianya merisaukan semua orang di sini walaupun kadar radioaktif yang tersebar tidak membunuh. sehingga kini, dalam 160 orang dianggarkan telah terkena kesan radioaktif tersebut.

Sebagai mahasiwa yang cakna dengan keadaan semasa, saya tampil untuk rasa bertanggungjawab membawa para pembaca khususnya mahasiswa untuk buka minda,buka mata dan buka hati mengenai isu ini. Pertamanya saya ucapkan takziah kepada rakyat Jepun yang menjadi mangsa gempa bumi disana.

Apa yang mengejutkan kita , sebuah Negara yang sangat terkenal dengan teknologi yang sarat tidak dapat mengesan kehadiran amaran tsunami kali ini. Siapa sangka sebuah Negara maju yang memiliki pelbagai jenis pelbagai jenis teknologi tidak mampu menandingi kuasa Allah. Ini jelas sekali firman Allah ;

Dan Dialah yang menciptakan langit dan bumi dengan benar. Dan benarlah perkataan-Nya di waktu Dia mengatakan: "Jadilah, lalu terjadilah", dan di tangan-Nyalah segala kekuasaan di waktu sangkakala ditiup. Dia mengetahui yang ghaib dan yang nampak. Dan Dialah Yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui.[ Al An'aam:73]

Jika satu masa dahulu kita mengambil Jepun sebagai salah satu Negara yang mengamalkan sunnah nabi walau tidak beragama namun sekarang jelaslah bahawa betapa pentingnya agama perlu ditekankan dalam sesebuah Negara. Penting sekali penghayatan dan pengamalan oleh pemimpin sebuah Negara itu sendiri.

Namun, mengapa kita sibuk-sibuk mahu masuk campur hal Negara orang lain? Jagalah kain sendiri. Malanglah yang memikirkan perkara sebegini. Dan saya rasa amat sedih dan kecewa sekali bilamana tragedy ini seolah-olah menjadi satu gurauan sesetengan manusia yang tidak empati dengan jiran kita. Akhbar Berita Minggu 13 Mac 2011 di halaman 24, kartunis Zoy melukis kartun Ultraman yang lari bertempiaran dikejar ombak Tsunami gergasi 11 Mac lalu. Itukah tanda keprihatinan kita? Sehinggakan aksi ini telah disiarkan disiaran di CNN iReport iaitu cabang citizen journalism milik CNN. Sungguh menjengkelkan dan memalukan bukti betapa tidak sensiif kita.

Dalam kesibukan dunia mengenai gempa bumi ini, kerajaan Malaysia amat prihatin sekali di mana, buletin di televisyen berbicara mengenai implikasi bencana besar di Jepun itu kepada pasaran saham di Tokyo serta implikasi kepada kedudukan pasaran saham global termasuk Kuala Lumpur. Tanpa sensitiviti yang paling minima atas dasar kemanusiaan, Dato Mukhriz Tun Mahathir menyatakan harapannya agar Jepun segera memulihkan keadaan ekonomi serta pasaran sahamnya dan mudah-mudahan ia tidak berjangkit ke pasaran saham di negara kita.

Tiada kenyataan rasmi Perdana Menteri kedengaran, laporan ala kadar terhadap bencana luar biasa ini terus dihalakan pada soal ekonomi. Bukan ekonomi Jepun, tetapi kepentingan negara kita, rakan niaga setia negara matahari terbit itu dari dahulu lagi. Itulah bukti keperihatinan kita. Agungkan?

Dan paling mengharukan masih ada golongan yang belum nampak tanda-tanda atau amaran Allah ini, malah menyifatkan gempa bumi dan tsunami yang melanda timur laut Jepun kepada pembangunan pesat dan perubahan iklim dunia. Apakah?

Bukalah mata wahai seluruh rakyat Malaysia. Tragedi hari jumaat lepas bukanlah tregedi luar sangkaan tetapi itu adalah perkara yang telah Allah aturkan. Di mana kita perlu melihat bahawa kejadian ini di penuhi dengan pelbagai peringatan. Awas kita sebagai umat Islam atas peringatan Allah yang berbunyi

Apakah penduduk negeri itu merasakan aman dari bala Allah pada waktu malam ketika mereka sedang tidur. Apakah penduduk negeri itu merasa aman dari bala Allah pada waktu pagi sedang mereka bermain atau bekerja. Apakah mereka merasa aman dari azab Allah(jadi mereka boleh hidup berseronok hingga melanggar hukum Allah). Tidaklah yang merasa aman dari azab Allah melainkan orang yang rugi.” (Al-A’raaf 98-99)

Mari kita ambil iktibar atas kekuasaan yang telah ditunjukkan. Percayalah tiada perkara yang amat penting baik kepada pemimpin golongan atasan atau hamba golongan bawah selain takwa kepadaNya. Jangan kuatir kita mundur dari kemodenan, jangan gusar dengan kejatuhan ekonomi, jangan khuatir dengan prestasi Negara yang merudum. Hal ini kerana dengan mengambil islam secara keseluruhannya, sesebuah negara pasti akan gemilang. Ambillah contoh bagaimana Nabi memberi contoh dalam mentadbir sesebuah Negara dan bagaimana cemerlangnya sebuah tamadun khulafa Ar-Rasyidin satu masa dahulu. Mereka telah menunjukkan indicator terbaik buat kita semua supaya bisa belajar dan mengambil iktibar daripadanya.Sekian.

Thursday, March 3, 2011

Religion in the Public Space: The Case of Malaysia


The main purpose of this presentation is to provide an overview of the Malaysian experience in dealing with issues of religion in the public space. But the presentation has been tailored to suit the specific requirement of today’s event, which is to make the Malaysian experience a special case study for comparison with the European experience in dealing with the same issues. In my view, the Malaysian experience is much richer and far more illustrative for the comparative purpose at hand than that of most other Asian or Muslim countries.


There are at least three main reasons that may be cited in support of this view. First, Malaysia is rather unique in its identity as a multi-ethnic and multi-religious country. Second, Malaysian ethnic and religious pluralism has been managed since independence by a national leadership that is largely Muslim. And third, post-independence Malaysia inherited three different traditions in dealing with religion in the public space: the pre-colonial Malay-Islamic tradition that survived colonial rule; the modern Western tradition that came with colonial rule; and the non-Islamic Asian traditions brought by the immigrant communities.

Decades of dynamic interactions between these different traditions have largely shaped the evolving national discourse and debates on the place and role of religion in the public space. But, without doubt, Islam stands out as the most influential force in helping to broaden the role of religion in the public space and also to elevate the public profile of religion. The Islam policies of successive Administrations from that of Tunku Abdul Rahman to Dato Sri Najib have helped to elevate Islam’s public profile to new heights. As in Europe, the issue of the place and role of religion in the public space has assumed new importance in Malaysia that calls for an enlightened treatment by all citizens.

Religion in the public space: The case of Europe
Prof dr Maurits S. Berger

A long history of religious conflicts in Europe ended with a delicate balance of state and religion, based on a solid framework of legal rights. Islam, a very recent religious newcomer on the European scene, now stands accused of disrupting this balance and rejecting the legal framework. In this lecture we will dissect and discuss the arguments used for these allegations.

Since most of the so-called ‘problems’ related to Islam take place in the public space, it will be argued by the speaker that Europeans often confuse several different discourses when discussing Islam. The political-legal discourse refers to the rule of law and the clash of freedoms that may occur within that framework. For instance, the freedom of religion allows for wearing a headscarf and building of mosques, or from quoting passages from the holy texts that may offend people. The social-cultural discourse represents the traditions and social behaviour of European societies that are not enshrined in laws, but are strongly present in everyday life. For instance, orthodox Muslims and Jews may not want to shake hands, but social custom demands such ways of greeting even if no law obliges to do so. Finally, there is the religious discourse, which has nearly disappeared in Europe (as opposed to America, for instance), and hence explains the negative reactions that religious people receive who do use that kind of discourse in the public domain.

Based on this differentiation of discourses the speaker will argue that Islam is not necessarily the cause of all current turmoil in the European public space, but rather a catalyser that shows the contradictions of the European public space when it comes to religion.

Osman Bakar, PhD.

Islamic Song