Monday, March 21, 2011

Merenung sejenak erti hidup kepada Pemberi.




Alhamdulillah masih lagi Allah SWT memberikan ruang dan peluang untuk kita sebagai hambaNya menghirup udara yang segar,melihat alam ciptaanNya yang luas terbentang,mendengar kicauan burung dan kakiku ini masih lagi mampu untuk melangkah ke masjid-masjid dan surau-surau untuk beribadah kepadaMu Ya Allah.

Lafas syukur mesti di fahami dengan sebaik mungkin agar dari kefahaman yang jelas itu akan di terjemahkan melalui tindakan luaran fizikal kita.Sepotong firman Allah SWT " Jikalau engkau (manusia) mensyukuri nikmatKu, nescaya Aku akan tambahkan lagi nikmatKu kepadamu.Dan jikalau engkau mengkufuri nikmatKU sesungguhnya azab Aku sangatlah pedih".

Masa berlalu begitu pantang seperti sinaran mentari mencucuk bumi.Sekarang saya telah pun berada di Universiti Malaya.Seperti mimpi dan angan-angan kecilku sewaktu kanak-kanak dulu.
Namun hakikat mesti di telan yang kiniku bergelar sebagai mahasiswa Universiti Malaya. Bahkan bukan sekadar mahasiswa yang hanya masuk ke kuliah,ke kafe,dan ke kolej.

Akan tetapi sekarang telah pun di taklifkan Allah sebagai YDP Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya dan juga merupakan Presiden Majlis Perwakilan Mahsiswa Nasional.Amanah yang sangat berat dan besar.

Bisikan syaitan sering berbisik,"boleh ke syahid nak pimpin tanggungjawab besar ni? Nanti tak buat berdosa,Allah marah".Bsisikan-bisikan kecil yang suka memenjara jiwa besar meminpin umat manusia ke jalan Allah SWT.

Namun apa yang memotivasikanku dalam memikul amanah Allah SWT yang berat ini ialah keyakinanku dengan janji Allah SWT dalam Al-Quran."Tidaklah Allah SWT memberati dan mempertanggungjawabkan seseorang hambaNya itu melainkan apa yang hambaNya itu mampu memikulnya."

Yang pasti Allah SWT tidak pernah zalim terhadap setiap sesuatu.Positif minda dalam berhadapan ujian dan rintangan onak duri kehidupan itu mesti.Barulah kita akan merasai nikmat hidup kepada manusia dan kepada alam sejagat.

Nak Syurga maka mesti hadapi dan harungi ujian cabaran dulu.Tidak pernah hidup kita di hamparkan karpet merah dan permaidani untuk memasuki Syurga Allah SWT.Namun yang pasti kita akan di uji dulu sebelum layak masuk ke Syurga Allah.

Jesteru,kesabaran dalam meminpin sangat penting dan keyakinan terhadap pertolongan Allah adalah di tuntut. Semoga sedikit coretan peringatan ini dapat kita muhasabah bersama sesama manusia.Sekian,wassalam.

No comments:

Islamic Song