Jangan sampai nanti orang-orang tarbiyah dibenci gara-gara berorientasi kepada kekuasaan. Dia tidak boleh berbangga dengan bangunannya. Lalu tertidur-tidur, tidak pernah mengurus urusan hariannya. Tetap dia harus kembali kepada akar masalahnya, akar tarbiyahnya. Tempat kancah dia dibangun. ~ K.H Rahmat Abdullah
Saturday, April 23, 2011
Anak muda aset terpenting negara
Anak muda negara adalah aset yang sangat berharga bagi sesebuah negara.Jika ingin melihat kemajuan sesebuah negara di masa hadapan, maka lihatlah anak mudanya ketika ini.Andai baik dan berkualiti mereka di masa kini, maka hebat dan mantaplah kepimpinan dan pengurusan negara itu pada masa akan datang.
Jika di tanya berkaitan kemajuan negara semua mahu negaranya maju.Juga jika di tanya tentang kualiti berkaitan pengurusan berorganisasi dan kepimpinan, semua ingin organisasi dan kepimpinan yang baik dan hebat meminpin rakyat.Namun untuk mencapai kesemua itu, bermula daripada pendidikan dan pentarbiahan oleh ibu bapa dan seterusnya di sambung oleh para guru yang mengajar anak muda itu di alam persekolahan dan kampus.
Jika di sekolah mahu pun di kampus, maka para guru bertanggungjawab melunaskan didikan yang berkualiti kepada anak muridnya.Para guru bukan hanya perlu mengajar untuk menghabiskan silibus pelajaran yang di berikan oleh pihak kementerian sahaja. Namun penekanan dalam pembentukkan akhlak dan moraliti pelajar sangat perlu di tekankan.
Kemudian dalam konsep mendidik mahasiswa di alam kampus, para pensyarah perlu menyampaikan ilmunya dengan metod yang pelbagai supaya mahasiswa yang bergelar remaja itu tidak bosan untuk mengkaji dan mendalami ilmu.Malah mereka cintakan ilmu dek kerana metod yang kena dengan jiwa remaja kini..Hal ini kerana, ilmu ini bukan hanya untuk di pelajari namun ia wajib di amalkan dalam kehidupan kita seharian.
Dalam aspek demokrasi pula jika di perhatikan secara halus,Ia sebenarnya kini semakin lama semakin terhakis dari konsep demokrasi yang pihak kerajaan canang-canangkan dulu. Demokrasi ialah suatu bentuk kerajaan dimana kuasa menggubal undang-undang dan struktur kerajaan adalah ditentukan oleh rakyat. Dalam sistem demokrasi, undang-undang digubal samada oleh rakyat atau wakil yang dipilih oleh rakyat. Manakala rakyat bebas bersuara dalam menyatakan idea pandang mereka kepada pihak berkuasa.
Namun dalam amatan saya sekarang kondisinya adalah sangat berbeza. Rakyat tidak bebas dalam melontarkan idea pandang mereka kepada pihak berkuasa.Bahkan jika terlebih kata, maka di humbannya ke dalam penjara.Juga sama keadaannya bagi pihak anak muda yang bergelar mahasiswa.
Di kampus mahasiswa di kongkong dan di catur oleh pihak pentadbiran masing-masing. Segala gerak kerja mesti mengikut arahan dan telunjuk mereka.Jika tidak, mahkamah AUKU destinasi akhir mereka.
Akhirnya mahasiswa sekarang semakin takut untuk berpencak di pentas pidato untuk melontarkan idea pandang mereka terhadap segala isu yang berlaku di sekitar kampus mahu pun di sekitar negara.Mahasiswa di doktrin untuk datang ke kampus hanya untuk menimba ilmu dan mendapat PNGK yang tinggi tatkala bergelar graduasi nanti. Hari-harinya hanya di bilik kuliah,jika lapar pergi ke kafe dan bila mengatuk balik ke kolej.
Pada saya doktrin itu dari satu aspek memang betul. Namun jika itu sahaja penekanannya, secara peribadi ia masih belum cukup bergelar untuk mahasiswa yang matang. Bagi saya anak muda yang intelek dan berilmu bukan hanya begitu.Tetapi jika berlaku sesuatu isu di kampus mahu pun di peringkat negara, maka dialah orang yang awal datang untuk tampil membantu.
Hal ini kerana ilmu itu bukan hanya ada di dalam bilik kuliah, namun ilmu itu melata di setiap tempat yang wujud.
Jesteru, seruan saya dalam mendidik anak muda didiklah dengan didikan yang sempurna, adil dan saksama.Berikan kebebasan kepada mereka berpencak melontarkan idea dan bertindak berasaskan fakta dan rasional minda.Ini adalah demi untuk melahirkan barisan kepimpinan negara di masa hadapan yang hebat, berilmu dan berkualiti.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment