Jangan sampai nanti orang-orang tarbiyah dibenci gara-gara berorientasi kepada kekuasaan. Dia tidak boleh berbangga dengan bangunannya. Lalu tertidur-tidur, tidak pernah mengurus urusan hariannya. Tetap dia harus kembali kepada akar masalahnya, akar tarbiyahnya. Tempat kancah dia dibangun. ~ K.H Rahmat Abdullah
Thursday, April 28, 2011
Puas jujur dalam exam.
Musim peperiksaan menyebabkan suasana sunyi di kampus Universiti Malaya mula menyelubungi.Masing-masing berjalan sambil menghafal dan yang lebih menarik membaca sambil berjalan.Kalaulah terlanggar tiang waktu berjalan sambil membaca, mesti menyesal tak sudahkan.
Yang pastinya tindakkan membaca itu betul, cuma cara dan waktu membaca itu yang salah.Maka kesimpulannya janganlah buat tindakkan yang tak kena dengan cara dan etikanya.Buat sesuatu kerja mestilah selari dan seiring dengan tuntutan dan adatnya.Kalau kena caranya, pasti bacaan kita lebih berkualiti dan hafalan lebih mudah diingati.
Namun bukanlah perkara itu yang saya ingin tekankan dalam penulisan saya kali ini.Akan tetapi ialah berkaitan etika dalam dewan peperiksaan.Hanya satu etika yang saya ingin tekankan iaitu jujur ketika menjawab soalan peperiksaan.
Dalam dewan peperiksaan kita boleh saksikan pelbagai gelagat sahabat-sahabat kita.Ada yang kusyuk menjawab exam, itu bagus.Ada yang termenung memikirkan jawapan, maka teruskan usahanya dan ada juga yang mula ke tandas mencari ilham di tempat-tempat tertentu. Kesemuanya adalah untuk mendapatkan jawapan yang terbaik bagi soalan-soalan yang di kemukakan dan harapan akhirnya adalah untuk memperoleh keputusan yang cemerlang.
Akan tetapi secara peribadi saya tidak kagum kepada mereka-mereka yang cemerlang dalam peperiksaan dengan cara meniru.Pointer 4.0 atau peroleh 'A" yang banyak dalam peperiksaan.Berbangga dan mencanang-canang akan kepintarannya dalam pelajaran kepada rakan-rakannya dan kedua orang tuanya.Pada saya orang seperti ini adalah penipu yang licik yang sedang mengutip dosa untuk sahamnya ke neraka.Na'uzubillah.
Pembaca yang saya kasihi, hidup ini sangat menarik sebab Allah SWT akan memberi secukupnya mengikut apa yang kita perlu.Tidak lebih dan tidak kurang.Malah saya pasti akan lebih berbangga bagi mereka-mereka yang berusaha dengan titik peluhnya sendiri tanpa meniru dan menipu di dalam peperiksaan.
Bahkan seandainya hasil yang kita perolehi kurang dan sedikit,maka bersyukurlah.Paling kurang kita tidak berbuat dosa menipu dan meniru.Muhasabah sebelum rebah,perbaiki diri sebelum di hambat pergi, menilai potensi diri untuk di sumbangkan kepada Agama Illahi,semoga usaha kita kini bernilai di sana nanti.wassalam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment