Wednesday, July 20, 2011

Demokrasi Negara Kian Pincang

Ahli parlimen merupakan wakil yang dipilih oleh rakyat untuk menyampaikan pandangan dan masalah mereka. Konsepnya wakil yang dipilih ini adalah pekerja untuk rakyat dan rakyat adalah tuannya. Seharusnya wakil yang dipilh oleh rakyat ini memainkan peranan penting dalam membawa isu-isu dan masalah-masalah rakyat. Namun ada sesetengah wakil rakyat ini membalas pengharapan rakyat dengan mengkhianati amanah yang diberi. Mereka membolot harta rakyat sesuka hati mereka demi kepentingan peribadi. Membina mahligai berjuta-juta ringgit di saat ramai rakyat di sekeliling rumah mereka menanti saat rebah ke bumi. Berbelanja kelengkapan peribadi ribuan ringgit di saat ada rakyat menjadi peminta sedekah yang mencari sesuap nasi untuk anak di rumah.

Thursday, July 7, 2011

MPMN: Universiti perlu akur titah Agong



Saya bersyukur mempunyai Ketua Negara yang cukup prihatin terhadap perjalanan demokrasi di negara ini. Apabila Duli Yang Maha Mulia Al Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Al-Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Al-Haj memperkenan kumpulan BERSIH 2.0 tampil menghadap Baginda, ia merupakan signal yang sangat baik yang memberi nafas baru bagi pelaksanaan demokrasi di negara ini.

Perkenan Baginda terhadap tuntutan kumpulan itu untuk berhimpun menuntut sistem pilihanraya bersih perlu dihormati oleh semua pihak. Bagi mahasiswa yang merupakan rakyat Malaysia yang sah, hak berhimpun seperti yang diperkenan oleh Baginda perlu diambil perhatian oleh pihak universiti. Dalam hal ini, pihak universiti perlu akur terhadap titah Baginda dan dalam masa yang sama mereka perlu segera menarik kembali larangan yang telah dikeluarkan di peringkat universiti.

Saya kesal dengan tindakan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar (HEP) Universiti Pendidikan Sultan Idris yang dilihat jelas menghasut mahasiswa. Pada 4 Julai lalu, beliau mengarahkan supaya semua mahasiswa berhimpun bagi menghadiri suatu sesi bersama TNC yang baru. Tetapi sebaliknya yang berlaku, di dalam majlis tersebut beliau mengarahkan Yang Di-Pertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) universiti itu berucap bagi mewakili pihaknya menyatakan bantahan terhadap BERSIH 2.0.

Islamic Song