Jangan sampai nanti orang-orang tarbiyah dibenci gara-gara berorientasi kepada kekuasaan. Dia tidak boleh berbangga dengan bangunannya. Lalu tertidur-tidur, tidak pernah mengurus urusan hariannya. Tetap dia harus kembali kepada akar masalahnya, akar tarbiyahnya. Tempat kancah dia dibangun. ~ K.H Rahmat Abdullah
Thursday, July 7, 2011
MPMN: Universiti perlu akur titah Agong
Saya bersyukur mempunyai Ketua Negara yang cukup prihatin terhadap perjalanan demokrasi di negara ini. Apabila Duli Yang Maha Mulia Al Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Al-Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Al-Haj memperkenan kumpulan BERSIH 2.0 tampil menghadap Baginda, ia merupakan signal yang sangat baik yang memberi nafas baru bagi pelaksanaan demokrasi di negara ini.
Perkenan Baginda terhadap tuntutan kumpulan itu untuk berhimpun menuntut sistem pilihanraya bersih perlu dihormati oleh semua pihak. Bagi mahasiswa yang merupakan rakyat Malaysia yang sah, hak berhimpun seperti yang diperkenan oleh Baginda perlu diambil perhatian oleh pihak universiti. Dalam hal ini, pihak universiti perlu akur terhadap titah Baginda dan dalam masa yang sama mereka perlu segera menarik kembali larangan yang telah dikeluarkan di peringkat universiti.
Saya kesal dengan tindakan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar (HEP) Universiti Pendidikan Sultan Idris yang dilihat jelas menghasut mahasiswa. Pada 4 Julai lalu, beliau mengarahkan supaya semua mahasiswa berhimpun bagi menghadiri suatu sesi bersama TNC yang baru. Tetapi sebaliknya yang berlaku, di dalam majlis tersebut beliau mengarahkan Yang Di-Pertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) universiti itu berucap bagi mewakili pihaknya menyatakan bantahan terhadap BERSIH 2.0.
Mahasiswa tidak seharusnya diperlakukan seperti lembu yang dicucuk hidungnya. Mahasiswa punya prinsip dan pandangan tersendiri terhadap sesuatu isu dan masalah yang berlaku di dalam negara. Dalam hal ini, mahasiswa seharusnya diberikan autoriti untuk berekspresi terhadap sesuatu isu di mana mereka tidak perlu dipaksa dan dihasut untuk menyokong atau membantah oleh pihak lain.
Apa yang lebih penting, jika mahasiswa dibenarkan berhimpun bagi membantah perhimpunan BERSIH, mahasiswa juga sepatutnya dibenarkan berhimpun bagi menyatakan sokongan terhadap BERSIH dan bebas berhimpun secara aman terhadap apa jua isu yang berlaku di dalam universiti, negara dan antarabangsa.
Mahasiswa dan BERSIH
Umum mengetahui bahawa mahasiswa juga menggalas suatu tanggungjawab yang besar sebagai anggota masyarakat. Jesteru, mahasiswa mengimpikan demokrasi di negara ini dilaksanakan dengan menjunjung prinsip kebebasan, ketelusan dan keadilan. Selama lebih separuh abad usia demokrasi di negara ini, kita tidak mampu menafikan bahawa berlakunya kelompangan-kelompangan yang seharusnya di ambil perhatian. Ketirisan yang berlaku di dalam pilihanraya, pentadbiran negara, pengurusan kewangan negara dan apa sahaja praktik demokrasi di negara ini perlu diperbaiki.
Justeru itu, mahasiswa bersama menuntut agar pihak berwajib di negara ini untuk membersihkan senarai undi, mereformasi undi pos, penggunaan dakwat kekal dalam pengundian, meminimakan tempoh kempen selama 21 hari, memberi kebebasan terhadap akses media, mengukuhkan institusi awam, menghentikan rasuah serta menghentikan politik kotor.
*Kenyataan media oleh Mohd Syahid bin Mohd Zaini (gambar kanan) selaku Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN).
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment