1) Lokasi kilang Lynas terlalu dekat dengan kawasan kediaman iaitu 2-3 KM dari Balok dengan kepadatan penduduk
seramai 16,700 orang . Jika dikaji, keluasan evakuasi di Fukushima dalam 40 KM berbanding dari Gebeng, Kuantan, kesan kebocoran radioaktif akan melibatkan keseluruhan penduduk Kuantan, Gambang, Cherating malah kemaman di Terengganu. Jumlah penduduk yang mungkin teribat dianggarkan hampir 800,000 hingga 900,000 yang mana Kuantan sahaja sekitar 600,000 hingga 650,000 orang. Syarat yang ditetapkan oleh kerajaan Australia adalah minimum 35 KM dari kawasan penduduk setempat.
2) 95% kilang Lynas dibina di Gebeng Kuantan. Keluasan menyamai 140 buah padang bola atau 100 hektar tanah. Kedudukan Kilang Lynas diapit oleh Polyplastic dan Projek Fasa 1 Kluster Industri Minyak Kelapa Sawit yang juga berhadapan dengan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan bersebelahan dengan BASF Petronas Chemicals. Juga tercatat papan tanda LAMPSON atau Lynas Advanced Material Plant (LAMP) antara Lynas Malaysia Sdn Bhd dan UGL Resources. UGL Resources adalah syarikat utama yang berpengkalan di Australia dalam bidang Pengurusan Aset dan Projek. Mereka telah dianugerahkan Kontrak Pengurusan Projek Pembinaan Lynas di Gebeng pada 22/2/2010 dengan nilai kos pengurusan projek di sekitar RM96.8 juta. UGL Resources bertanggunjawab di
dalam urusan rekabentuk kejuruteraan kilang Lynas. Kos infrastruktur Lynas di Gebeng dianggarkan sekitar RM700 juta.
3) Kilang ini adalah 100% milik Lynas Australia. Dijadual untuk disiapkan Suku-3 2011 (September). Tarikh asal dikatakan pada Suku-1 2011 (March). Lesen pembinaan diberi pada tahun 2008 dan peluang pekerjaan hanya untuk 350 orang sahaja. Kilang ini akan menghasilkan 22 ribu tan 'rare earth oxide ' setahun. Nilai eksport dianggarkan pada nilai RM8 Billion setahun. Kilang ini adalah bebas cukai selama 12 tahun. China merupakan pembekal ‘rare earth’ atau nadir bumi terbesar di dunia sebanyak 95%. Dijangka berlaku penurunan export nadir bumi atau ‘rare earth’
China dari 72% kepada 37% pada tahun 2011.
4) Bahan galian yang hendak diproses dibawa sejauh 3,000 km dari Australia ke sini. Malahan pihak Australia berkata, terdapat 18 akta yang perlu Lynas ikuti untuk kerja-kerja perlombongandi Mount Weld.
5) Penduduk sekitar Gebeng, dikelirukan dengan beberapa fakta yang bercanggah. Diperingkat awal dikatakan
tidak mengandungi radiasi. Kemudian dikatakan mengandungi radiasi tetapi pada kadar yang rendah dan selepas diasak, dikatakan radiasi boleh dikawal dengan teknologi. Kata menteri MOSTI, Dato Seri Maximus Ongkili, nadir bumi dari Mount Weld mengandungi kandungan radioaktif yang sederhana.
6) Sisa radioaktif ini akan di’semadi’kan di Gebeng. CEO Lynas mendakwa mereka sudah mendapat keizinan daripada kerajaan Malaysia untuk meninggalkan sisa ini di Gebeng buat selama-lamanya. Menteri Western Australia, Hon Norman Moore memaklumkan sisa buangan radioaktif itu adalah milik Malaysia dan tidak akan diterima balik oleh Australia.
7) Penggunaan air 500 meter padu sejam (dimuatkan dalam laporan EIA dan RIA)-EIA:Penilaian Alam Sekitar &
RIA: Penilaian Kesan Radiologi.
8) China dan Amerika Syarikat yang merupakan negara pengeluar rare earth terbesar hari ini mengakui
pemprosesan bahan ini menyebabkan penyakit serius dan kemusnahan alam sekitar.
9) Peristiwa Bukit Merah sewajarnya diambil pengajaran. Syarikat Mitsubishi Chemical yang terlibat dalam industri pemprosesan ‘rare earth’ di Bukit Merah dikaitan dengan 8 kes Leukimia dan 7 kes kematian. Telah ditutup pada tahun 1992 dan kerja-kerja pembersihan sisa masih berjalan sehingga ke hari ini (Hampir 20 Tahun) dan telah menelan
belanja lebih RM300juta.
10) Proses menghasilkan ‘rare earth’ atau nadir bumi secara umumnya:
-Ore dilombong di Mount Weld Australia.kemudiannya dikeringkan dan proses pengasingan akan dilakukan. Di sini ‘rare earth concentrate’ akan dihasilkan.
-Di Gebeng Kuantan, proses seterusnya ialah menghasilkan ‘rare earth compounds’ dimana rawatan dengan menggunakan bahan kimia akan dilakukan untuk proses pengasingan seterusnya.
-‘rare earth compounds’ tersebut akan seterusnya diproses dengan menggunakan kuantiti bahan kimia yang berbeza bergantung kepada jenis ‘rare earth’ atau nadir bumi itu, sama ada ia ringan atau berat untuk menghasilkan ‘ rare earth oxides’ di mana ia kemudiannya dihantar atau dieksport semula ke kilang pengeluar produk.
-Di kilang pengeluar produk berteknologi tinggi, ‘rare earth oxides’ ini akan diproses sekali lagi juga menggunakan teknik ‘solvent extraction’ untuk menghasilkan ‘rare earth metal’ yang akan digunakan secara langsung atau dicampurkan dengan bahan lain untuk menghasilkan produk berteknologi tinggi itu.
-Harga satu tan pada RM364, 800. Pembeli terbesar adalah dari Jepun, Amerika dan Eropah untuk keperluan industri berteknologi tinggi (Magnet Prestasi Tinggi) seperti Kabel Fiber Optic, Monitor LCD,Komputer, Lensa Kamera, Mentol Lampu, Smartphone, Alatan Ketenteraan dan Kereta Hybrid.
11)Lynas dijangka akan menjadi pengeluar 1/3 daripada keperluan ‘rare earth’ atau nadir bumi dunia selepas 2 tahun beroperasi.
12)‘Rare earth ore’yang dilombong di Mount Weld mengandungi beberapa mineral utama dan diantaranya ialah monazite. Monazite adalah bahan radioaktif. Di dalam bahan mineral monazite ini terdapat thorium, cerium dan lanthanum. Monazite kaya dengan Thorium dan Thorium ini juga adalah bahan radioaktif yang tingg dan boleh digunakan untuk menggantikan uranium dalam menghasilkan tenaganuklear.
13) Kandungan berbahaya adalah Thorium. Thorium-232 mempunyai jangka hayat 14 billion (14x109) tahun. Pencemaran Thorium boleh merebak dengan lebih meluas melalui air dan udara. Mereka yang tinggal berdekatan tempat yang menghasilkan sesuatu bersama Thorium berkemungkinan terdedah kepada bahaya Thorium. Manusia boleh dijangkiti atau terdedah dengan Thorium melalui sedutan udara, makanan dan air. Thorium yang dihidu atau disedut melalui udara akan kekal untuk jangka masa yang lama pada salur pernafasan. Thorium yang masuk ke salur darah akan juga tinggal di tulang pada jangka masa yang lama. Risiko Kanser di tekak, tulang dan pankreas kesan dari hiduan sisa Thorium.
Kesimpulannya, Lynas memberikan kesan buruk dan sangat berbahaya kepada masyarakat. Peristiwa Bukit Merah sewajarnya diambil pengajaran. Syarikat Mitsubishi Chemical yang terlibat dalam industri pemprosesan ‘rare earth’ di Bukit Merah dikaitan dengan 8 kes Leukimia dan 7 kes kematian. Telah ditutup pada tahun 1992 dan kerja-kerja pembersihan sisa masih berjalan sehingga ke hari ini (Hampir 20 Tahun) dan telah menelan belanja lebih RM300juta.
Sewajarnya pihak berwajib membuat pertimbangan sewajarnya. Jangan hanya kerana keuntungan,nyawa rakyat tergadai
No comments:
Post a Comment