Dalam bulan Ramadhan yang sekian lama kita menanti ini, perlulah kita bersyukur kerana Allah SWT masih memberikan kesempatan untuk kita beribadah kepadaNya dengan tanpa sebarang masalah.Untung kita kerana di bulan ini setiap amal ibadat kita akan di gandakan dan di berkati Allah SWT.
Perlu kita senyusuri lembaran sirah yang pernah berlaku di bulan Ramadhan ini.Antara kisah besar yang di lakarkan di dalam Al-Quran ialah seperti berlakunya peperangan pertama dalam dunia Islam iaitu Peperangan Badar.Seramai 313 tentera Islam menentang 1000 tentera Musyrikin.Walaupun bilangan tentera Islam sedikit, namun atas niat yang ikhlas kerana Allah, matlamat yang jelas yang inginkan mardhotillah.Kejayaan itu menjadi milik tentera Islam. Alhamdulillah.
Di bulan ini jugalah turunnya Al-Quran Al-Karim yang menjadi petunjuk dan panduan kepada seluruh umat manusia.Kasihnya Allah SWT kepada kita bukan hanya mencipta kita , bahkan di kurniakan petunjuk untuk hidup dalam keadaan aman dan harmoni melalui panduan AL-Quran.
Selain itu, di bulan ini jugalah kota Mekah di buka setelah orang Musyrikin melanggar perjanjian Hudaybiyyah.Islam sangat bertegas dalam soal perjanjian.Bila kita berjanji kita wajib taat dan menepati janji. Akan tetapi bila ada yang memungkiri janji balasan pasti menanti.
Hebatnya Ramadhan kerana Allah SWT mengurniakan "Lailatul Qadar" yang sangat mulia kepada kita.Nilaian "lailatul qadr" seumpama 1000 bulan hebatnya.Mereka yang konsisten dalam beribadah dan sering mengharapkan redo Allah SWT insyaAllah akan di undang menjadi tetamuNya nanti insyaAllah.
Menariknya di bulan Ramadhan juga kita akan dapat melihat bilangan ahli jemaah di masjid-masjid dan ke surau-surau akan meningkat.Masing-masing berkejar untuk meningkatkan amal ibadat.Sebab itu jugalah kita menggelarkannya sebagai Madrasah Ramadhan.Semoga segala amal ibadat kita akan di terima Allah SWT dan sentiasa dalam lindungan rahmat dan berkat Allah SWT.
No comments:
Post a Comment