Akulah Adi Putra
Melayu tdk penah lupa
duduk tahun satu rasanya tersiksa
tiada siapa peduli
tetapi aku bisa bedakan
ilmu Allah bagi dan ilmu diajar guru bermula dengan
‘A’, ‘B’, C ,’one’, ‘two’, ‘three’, ‘alif’, ‘ba’, ‘ta’
di mana trillion di manakah billion,
di mana tahfiz Al Quran
di mana doa2 para nabi para wali
untuk apa aku disini
aku berfikir rasional
aku berfikir international
pandai aku bijak aku comel aku
hanya untuk ditonton diuji dan dipuji
aku malu
alangkah ruginya mereka
untuk apa semua ini
di mana mata hati mereka?
pujian biar bertempat
marah bila bersopan
kurang ajar biarlah berbudi bahasa
tersirat mereka tak nampak
tersurat sahaja mereka lihat
di mana silapnya
Rasulullah memimpin ummah
hebatnya baginda
pimpinlah aku
doakanlah aku
aku punya cita-cita
aku punya idola
barangkali aku kecil mereka
hanya ketawa
Allah maha perkasa
tahfiz Al Quran itu hebat
Hafaz Yaasin itu penerang hati
matematik itu tunjang ilmu
ayuh bangsaku bangunlah
kita bertemankan islam
kita penuhkan ilmu didada
kita jadikan melayu hebat di persada dunia
bersamaku adi putra
akulah modal insan
anak melayu jati
wawasan 2020
takkan melayu hilang di dunia
pantang melayu menderhaka pada sultannya
pemuda harapan bangsa
pemudi tiang negara
mengapa bersembunyi diri di sebalik ibu pertiwi
sejengkalpun tanahairku dijajah
biar putih tulang jangan putih mata..
Adik Adi Putra Abdul Ghani telah di lahirkan sama dengan tarikh lahir saya cuma yang membedakan antara kami adalah tahunnya sahaja iaitu pada 27 januari 1999.Adi 10 tahun muda daripada saya."OTAK Adi Putra adalah pemberian Allah". Itulah kata-kata yang diucapkan sendiri oleh kanak-kanak pintar, Adi Putra Abdul Ghani dan bercita-cita menjadi seorang profesor matematik Islam. Walaupun adik ini masih kecil tetapi cita-citanya dan semangatnya adalah sangat jelas dan sentiasa bersemangat. Barangkali mungkin Adi merupakan 1 dalam seribu manusia yang unik dan pintar. Adi Putra hanya mengambil masa kurang satu minit bagi menjawab soalan asas matematik manakala bagi soalan peringkat sekolah menengah serta asas universiti, kanak-kanak itu mampu menyelesaikannya kurang lima minit dengan hanya menggunakan jari dan kekuatan ingatannya.
Memang hebat adik Adi Putra...Tetapi apa yang lebih menarik adalah sifatnya yang peramah, mudah berkawan, kreatif menjawab pelbagai soalan matematik dan bersopan santun contohnya
"Dia tidak pernah lupa mengucapkan `terima kasih pak' walaupun berkongsi segelas air oren bersama bapanya" sehingga berjaya menarik perhatian seluruh rakyat Malaysia untuk mengenalinya dengan lebih dekat.Adi Putra dikatakan adalah seorang kanak-kanak yang pelik yang tidur hanya selepas jam 4 pagi dan banyak menggunakan masanya awal paginya antara jam 12 hingga 4 pagi cuba menyelesaikan masalah matematik yang diberikan bapanya.
Itu merupakan cerita adik Adi Putra.Hebat bukan...Sebenarnya kita di lahirkan ke dunia adalah untuk menjadi hebat dan hakikatnya kita memang hebat.Buktinya adalah antara berjuta-juta sperma yang bersaing untuk masuk ke dalam ovum ibu kita, kitalah yang terpilih oleh Allah SWT untuk hidup di atas muka bumi ini.
Cumanya sahabat-sahabat setelah kita hidup dan mula mengenal kehidupan, apa yang kita lakukan untuk melonjakkan diri kita untuk menjadi orang hebat??? Adakah setelah berjaya menamatkan zaman persekolahan, kita dah hebat??Adakah dengan melayakkan diri untuk sambung belajar ke universiti dan menjadi graduasi dengan diiringi segulung ijazah itu tanda kita hebat??Tau pun tanda kita hebat adalah apabila kita mendapat pekerjaan yang bergaji lumaian beribu-ribu ringgit sebulan?? Ramai orang yang telah peroleh kesemua itu.Akan tetapi jatuh dan kalahnya anak Adam ini ramainya dengan godaan harta,wanita ataupun perkara-perkara yang bersangkutan dengan dunia.
Saya teringat pesanan Murabbi kepada anak usrahnya."Jika kamu ingin menjadi seorang yang hebat, maka lakukanlah tiga perkata ini iaitu yang pertama taqarrub ilallah (dekatkan diri dengan Allah SWT), yang kedua buanglah perkara-perkara yang berkaitan dengan dunia dalam diri kamu (bergantung hanya kepada Allah SWT) dan yang ketiga adalah ikhlaskanlah dirimu dalam melakukan sebarang perkara... Hebatkan!!!Tepuk dada tanya iman di mana tahap kita sekarang untuk kita menjadi seorang yang hebat...Harta ini sebenarnya adalah ujian dan bukan pengukur kekayaan seseorang di sisi Allah SWT.Bahkan sebenarnya harta ini sebenarnya adalah fitnah kepada manusia seperti mana hadis nabi yang bermaksud "Sesungguhnya bagi umatku ada 'fitnah' (kesesatan dan maksiat).Dan 'fitnah' terhadap umatku ialah pada harta.
Sahabat-sahabat yang saya kasihi,secara teorinya untuk menjadi seorang yang hebat adalah sangat mudah.Cuma dengan menuntut ilmu,mengamalkannya dan menghayatinya dalam kehidupan. Itu sahaja... Akan tetapi yang susahnya adalah untuk merealisasikan teori itu dengan baik dalam kehidupan kita. Namun begitu sahabat-sahabat jangan risau dan gundah gulana kerana yang pastinya jika kita sudah ada matlamat yang jelas dalam kehidupan, sudah mengatur strategi yang strategik dalam saki baki mencapai keredoan Tuhan dan tahu perkara-perkara yang kita perlu lakukan, maka sebenarnya kita telah pun berada di dalam track kejayaan. Jika usaha untuk menjadi orang yang hebat itu sering diiringi dengan doa serta tawakal yang berpada kepadaNya, InsyaAllah segalnya akan menjadi kenyataan..Sekadar perkongsian minda kepada anda...wassalam...