Friday, January 1, 2010


Pada 31 Disember 2009,Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya,Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya dan Pro-Mahasiswa Universiti Malaya serta 50 mahasiswa telah berkumpul di hadapan Kolej Kediaman kelapan(Kolej Kinabalu) bagi mendapatkan penjelasan tentang kenaikan yuran kolej kediaman sebanyak RM200.Ini menjadikan jumlah yuran kolej kelapan adalah sebanyak RM1400 bagi satu semesta.


Presiden PMIUM saudara Syazni Munir berkata, "kami selaku mahasiswa sangat cakna terhadap perkara-perkara yang berlaku di sekitar kampus mahupun di kolej.Pada kami kenaikan yuran ini benar-benar membebankan mahasiswa".

Selain kolej kediaman kelapan, pihak pentadbiran turut menaikkan yuran kediaman bagi kolej kediaman keempat, juga sebanyak RM200 menjadikan jumlah yuran kediaman berkenaan mencecah RM1,400.

Exco kolej kediaman Majlis Perwakilan Mahasiwsa (MPMUM), Fadzil Jamal berkata, setakat ini pihaknya dimaklum oleh pelajar mengenai dua kolej kediaman berkenaan berhubung kenaikan bayaran yuran tersebut.

Bagaimanapun, beliau tidak pasti sama ada yuran kediaman bagi kolej-kolej kediaman yang lain, juga dinaikkan ataupun tidak.


Berikutan itu, kata Ahmad Syazwan selaku bendahari MPMUM, pengetua berkenaan telah memberi jaminan wang lebihan itu akan dikembalikan kepada pelajar.

"Pengetua itu memberitahu saya berlaku kesilapan teknikal dalam pengiraan yuran kerana ia sepatutnya dikira berdasarkan jumlah tujuh minggu belajar, tetapi ia dikira berdasarkan 10 minggu dalam satu semester," katanya.

Bagaimanapun, katanya, pengetua tersebut tidak pasti bila wang lebihan itu akan dikembalikan.

"Sebab itulah kami mahu bertemu beliau Isnin untuk mengetahui bila wang tersebut akan dikembalikan," katanya.

Jesteru saya ingin mengucapkan tahniah kepada ketiga-tiga badan utama di Universiti Malaya itu yang betul-betul perihatin terhadap kebajikan mahasiswa. Cuma yang menjadi persoalannya ialah di mana Jawatankuasa Tindakan Kolej di kolej itu? Bukankah mereka badan yang bertanggungjawab bagi memastikan warga kolej kediaman dalam keadaan yang selesa dan selamat dari sebarang manipulasi,kezaliman dan sebagainya.

Sepatutnya mereka iaitu JTK kolej kediaman kelapan berasa malu kerana warga kolej itu lebih mempercayai MPMUM,PMIUM dan Pro-Mahasiswa untuk memastikan kebajikan mereka terjamin.

Memenang jawatan ini sebenarnya adalah suatu amanah dan tanggungjawab yang wajib di laksanakan.Nabi bersabda "tidak sempurna iman seseorang itu jika dia tidak amanah". Jesteru saya menyeru agar barisan JTK kolej kediaman kelapan dan JTK-JTK yang lain agar dapat laksanakan amanah dan tanggungjawab dengan sebaiknya. Sekadar perkongsian dan muhasabah bersama.wassalam...

No comments:

Islamic Song