Orang yang intelek nampak ruang dan peluang yang ada kini perlu di manfaatkan dengan sebaiknya.Jesteru, langkah positif yang di ambil bagi sesetengah pihak dalam kemelut yang melanda ini ialah dengan mengadakan forum ilmiah mahupun perdebatan harmoni bagi menjelaskan hakikat masalah yang berlaku.(Bagus-bagus..teruskan ye..)
Baik,mari kita tenusuri apa isu yang ingin di mainkan sebenarnya...Ada yang membahaskan isu ini dari sudut bahasa,ada juga yang nampak ini sebagai jalan dakwah,yang lebih power menyatakan ini adalah strategi para paderi nak tarik orang Melayu muslim masuk kristian (nak tiru Indonesia la tu guna kalimah Allah di gereja-gereja dan lain-lain).Manakala bagi ahli politik pula ada menyatakan ini adalah strategi pihak sana untuk menyatukan orang melayu dan meraih undi yang tinggi dalam PRU ke-13 dan sebagainya.. (aduh..kalo isu ni nak dipolitikkan, lagi pening kepala rakyat).
Secara umumnya, kalimah Allah memang pernah agama-agama selain Islam menggunakannya. Ibn Qayyim al-Jauziyyah mengatakan bahawa nama Allah itu bersifat menyeluruh. Oleh itu dengan nama tersebut disandarkan seluruh nama-nama-Nya (al-Asma’ al-Husna) yang lain. Sebagaimana firman Allah SWT di dalam surah al-A‘raf ayat 180: “Dan bagi Allah, nama-nama yang Maha Baik”.
Bagaimanapun, tidak dinafikan sesetengah agama juga mendakwa kalimah Allah sebagai panggilan kepada nama tuhan mereka. Hal ini bukanlah sesuatu yang baru dan mengejutkan di dalam agama Islam.Malah al-Qur’an sendiri pernah merakamkan konflik ini sebagai iktibar dan pengajaran buat umat Islam dan bukan Islam.
Sebagai contoh, ketika surah al-Ikhlas diturunkan, ia membicarakan soal konflik tentang siapakah sebenarnya Allah yang dituturkan oleh agama-agama lain itu. Adakah ia tepat dan benar dengan konsep “Allah” sebagaimana yang digelar dan dipanggil oleh mereka? Imam Ibn Kathir menukilkan kata-kata ‘Ikrimah tentang perihal turunnya ayat ini.
Berkata ‘Ikrimah:“Ketika orang Yahudi mengatakan: Kami menyembah ‘Uzair anak Allah.Orang Nasrani mengatakan:Kami menyembah al-Masih anak Allah. Majusi pula mengatakan: Kami menyembah matahari dan bulan.Orang musyrikin pula mengatakan: Kami menyembah berhala.Lalu Allah SWT menurunkan ke atas Rasulullah SAW surah al-Ikhlas yang bermaksud: Katakanlah wahai Muhammad bahawa Allah itu Esa, Allah itu tempat bergantung segala makhluk-Nya,Allah itu tidak beranak dan tidak diperanakkan dan Allah itu tiada bagi-Nya sekutu”.
Dengan turunnya surah Al-Ikhlas ini memang jelas membezakan antara aqidah umat Islam dan fahaman orang non muslim.Bagi muslim,kita menyembah Allah dan kita mengesakan Allah SWT. Akan tetapi bagi non muslim mereka mengakui akan kewujudan Allah SWT dan dalam masa yang sama juga mereka mensyirikkan Allah dengan mengakui bahawa adanya tuhan lain selain Allah.(trinity). Firman Allah SWT : Sembahlah Allah dan jauihi thorud.Ayat ini memang sangat jelas membezakan hakikat sebagai seorang muslim dan non muslim.
KALIMAH ASLI BIBLE TUHAN BUKAN ALLAH:
Bible terawal yang ditemui adalah sekitar 175 hingga 200 tahun selepas kewafaran Isa alaihissalam (Prof. Abul Ahad Daud, mantan guru besar theologi Katholik wilayah Kaldan). Walaupun ia diyakini bukanlah Injil asli, namun ia jelas menunjukkan keEsaan Tuhan. Sisa-sisa gambarannya masih dapat dilihat dalam Perjanjian Lama yang menyebutkan Allah adalah Esa.
Dalam pada itu, gereja Orthodok yang menggunakan Perjanjian Lama memang menggunakan kalimah ALLah. Namun ia ia tidak digunakan oleh gereja Katholik, Anglican, Lutheran dan lain-lain (Ustadz Farhan AbduLLah, mantan Kristen). Dan Kristen Orthodok Syria contohnya, adalah gulungan yang mempercayai keEsaan Tuhan. Dan mereka ini dikafirkan, atau setidak-tidaknya disesatkan oleh gulungan Katholik.
Penganut penganut Kristian Ortodoks yang berpegang kepada Injil Perjanjian Lama (The Old Testament), memang menggunakan nama ALLah sebagai Tuhan mereka, tetapi tidak di dalam Injil Perjanjian Baru (The New Testament) yang menjadi pegangan penganut Kristian Katolik, Lutheran, Anglikan dan lain-lain. Samada kita sedar atau tidak golongan Kristian di negara ini yang bukan bermazhab Ortodoks telah pun menggunakan nama ALlah di dalam Bible mereka. Dan sekarang ini ingin menggunakan nama Allah itu sebagai Tuhan mereka secara rasmi melalui undang-undang negara.
Kita menggunakan kalimah ALlah sebagai Rabbul Jalil, ALlah itu satu dan tiada Tuhan melainkan ALlah.Berbeza pula dengan Kristian yang menyebut Tuhan tetapi Tuhan Bapa, Tuhan Anak, dan Ruhul Qudus. Di dalam Bible Perjanjian Baru, Matthew 27: 46
Adakah selepas ini kita hendak memperakui bahawa Allah itu diperanakkan, ada isteri dan sebagainya sebagaimana fahaman Kristian di dalam Bible sekarang ini ?
Dalam sebuah buku diterbitkan oleh Universities and Colleges Christian Fellowship di United Kingdom tahun 1981 - Light on Islam : Reaching Out to Muslims Students In Britain - digariskan beberapa kaedah untuk menawan orang-orang Islam agar memeluk agama Kristian antara isinya :
Ini adalah merupakan strategi dakyah kristian dalam menjayakan 3G mereka iaitu Glory, Gold and Gospel.Gospel is one of the four books in the Bible that describe the life and teachings of Jesus Christ.(speaking la pulak..dah lame tak try..)
Mari kita berbalik kepada polemik yang berlaku di Malaysia.Teringat saya sewaktu menghadiri forum yang membicarakan tentang polemik ini di Akademi Pengajian Islam,Universiti Malaya pada minggu lepas.Antara isinya ialah kita sangat risau sebenarnya apa yang ada di fikiran hakim yang menetapkan hukum mahupun pada fikiran paderi yang beria-ia sangat nak menggunakan kalimah Allah itu.Apa agenda di sebalik keinginannya itu??Di antara persoalan yang ahli panel lontarkan adalah adakah kita semua telah bersedia untuk terima keputusan jika kalimah itu tetap di benarkan penggunaannya oleh agama kristian..Jesteru kita perlulah merangka strategi yang mantap untuk menerima sebarang kemungkinan pada masa akan datang.
Saya sangat tertarik akan kenyataan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang menyatakan bahawa kita tidak boleh melarang mereka menggunakan perkataan Allah di kalangan mereka sendiri, dalam ibadat mereka dan amalan mereka, walau pun salah maksud dan maknanya yang asal mengikut bahasa kita. Adapun menggunakan perkataan Allah oleh mereka terhadap masyarakat Islam untuk menyebarkan agama mereka dengan fahaman mereka, atau menjadikan perkataan Allah sekadar mengubah jenama bagi melariskan barangan dalam masyarakat Islam, tidak boleh diizinkan sama sekali. Ini adalah kerana menyalahgunakan perkataan Allah yang Maha Suci kepada umat Islam dan bercanggah dengan makna mengikut bahasa yang diamal oleh umat Islam, adalah dikira menodai kesucian dan kemurnian kalimah Allah di hadapan umat Islam.
Buat akhirnya,polemik kalimah Allah ini pada saya akan berlarutan panjangnya.Siapa yang pandai menggunakan ruang dan peluang yang ada maka dia akan berjaya memenangi isu ini..Jesteru fikir-fikirkan langkah dakwah yang lebih kreatif untuk menarik orang bukan Islam kepada Islam dan memahamkan umat Islam serta non muslim tentang hakikat Islam yang sebenar.Semoga Allah merahmati kita..ameen...
No comments:
Post a Comment