1. KEBAJIKAN
1.Potongan 30% daripada elaun MPMUM untuk tabung kebajikan
2. Menitik beratkan kebajikan golongan OKU.
3. Meminta pihak atasan menyelaraskan harga makanan.
4. Menaik taraf CCTV di kolej-kolej kediaman.
5. Memperkasakan tabung kebaajikan mahasiswa.
2. AKADEMIK
1. membantu mengekalkan ranking Universiti Malaya pada tahap terbaik dunia.
2. Memperkasakan lebih banyak forum intelektual.
3. KEPIMPINAN
1. Akan mengadakan konvensyen kepimpinan mahasiswa UM nasional.
2. Mengusulkan pilihanraya kolej kediaman.
4. PERPADUAN
1. Akan mengadakan kongres Persatuan-persatuan di UM
2. Sambutan perpaduan peringkat UM
5. LUAR KAMPUS
1. Mengusulkan kepada pihak atasan agar membuat pemusatan penginapan pelajar di luar kampus.
2. Membantu pelajar dengan menyediakan khidmat pencarian rumah sewa.
3. Mewujudkan peluang-peluang pekerjaan untuk pelajar luar kampus.
4. Membantu pelajar membuat rundingan penetapan rumah sewa.
6. KESENIAN DAN KEBUDAYAAN
1. Pentas Seniwara UM di wujudkan untuk menyediakan platform kepada mahasiswa agar menghayati nilai-nilai seni dan budaya.
Siapa PRO-MAHASISWA?
Mereka adalah kelompok-kelompok anak muda progresif bergelar mahasiswa yang mempunyai kesedaran sosial dan politik yang tinggi serta mempunyai inisiatif dalam memperjuangkan idealisma dan kebajikan mahasiswa. Melalui semangat dan inspirasi tersebut, mereka membentuk suatu jaringan pemikiran dan perjuangan bagi bertujuan mengembalikan keunggulan dan kegemilangan kepimpinan mahasiswa beridealisma, bebas, intelek dan progresif di kampus UniPerdana. Jaringan inilah yang digelar jaringan PRO-MAHASISWA!
Mereka menggelarkan diri mereka sebagai PRO-MAHASISWA adalah didasarkan kepada bentuk atau tema kepada perjuangan mereka. PRO-MAHASISWA bermaksud sebuah jaringan atau kelompok yang membawa dan memperjuangkan suara mahasiswa yang asli (genuine) dan bebas. Suara mahasiswa yang tidak menyebelahi mana-mana pihak di luar kelompok mahasiswa samada dari pihak kerajaan, pembangkang, dan juga bukan mewakili pihak pentadbiran universiti. Hanya semata-mata suara, idea, inspirasi, semangat, keluhan, dan keprihatinan daripada MAHASISWA!
Sejarah PRO-MAHASISWA
PRO-MAHASISWA merupakan jaringan kelompok-kelompok mahasiswa yang mempunyai idealisma dan membawa tema perjuangan mahasiswa. Sebelum ini mereka dikenali sebagai ‘GAGASAN’. ‘GAGASAN’ yang mana pertubuhan yang menghimpunkan kelompok-kelompok mahasiswa beridealisma. Kini ‘ GAGASAN’ muncul dengan wajah baru yang lebih progresif, intelek, responsif, dan berani iaitu dengan nama PRO-MAHASISWA!
Pro-Mahasiwa telah memenangi pilihanraya kampus pada sesi yang lepas.Di dalam tempoh kepimpinan ini banyak rekod-rekod cemerlang telah ditunjukkan oleh kelompok ini misalnya memperjuangkan kebajikan mahasiswa, kemudahan pengangkutan awam dan lain-lain lagi. Pada tahun ini mereka berusaha untuk meneruskan agenda perubahan pada sesi kali ini.
Slogan PRO-MAHASISWA
WE UNITE FOR STUDENT – iaitu perjuangan untuk memartabatkan dan meningkatkan kecemerlangan dan keunggulan Universiti Malaya sebagai Universiti Perdana melalui semangat CINTAKAN universiti.
BERSAMA MAHASISWA MENJULANG VARSITI – bertujuan melahirkan generasi mahasiswa UM yang mempunyai corak pemikiran, dan inspirasi perjuangan yang lebih segar, bebas, demokratik, dan maju yang mana mereka akan mampu mencorakkan suasana dan prestasi universiti ke arah yang lebih baik dari sudut akademik dan sosio-politik untuk membantu mengekalkan ranking UM pada tahap terbaik dunia..
Ikon PRO-MAHASISWA
- Imej yang melambangkan tema-tema perjuangan PRO-MAHASISWA seperti intelek ( memakai topi graduate dan berkaca mata), responsif ( sentiasa mempunyai pendapat kritis dan respon mengenai isu semasa kampus – di dalam edisi mahasiswa), dan juga energetik (gaya, kasut sukan dan baju yang santai).
No comments:
Post a Comment