Monday, February 1, 2010

Bangkitlah mahasiswa!!!



Selama ini kita sunyi dengan kebangkitan mahasiswa sejak mutakhir ini, apa yang kita dengar hanyalah seperti kebangkitan dan kehebatan mahasiswa dizaman Anwar Ibrahim dan Hishamuddin Rais di era 70-an dan 80-an. Namun pada tahun ini kebangkitan mahasiswa pada tahun ini disetiap kampus tidak kurang hebatnya.

Mereka ini didokongi oleh mahasiswa yang terdiri daripada anak muda yang mahukan perubahan, mampu berfikiran terbuka dan waras serta matang dan mahukan perubahan sesuai dengan kehendak mereka. Mereka ini mempunyai tanggungjawab dan hak yang perlu dipenuhi. Mereka inilah golongan yang peka dengan keadaan sekeliling.

Kebangkitan diseluruh kampus terutamanya di Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM) apabila 2 orang pelajar ditangkap ketika demonstrasi selesai solat jumaat. Mereka membantah apabila timbul ketidakpuas hatian apabila berlaku kecurangan pilihanraya kampus berkenaan.

Di Universiti Malaya lebih hebat lagi apabila lebih 300 pelajarnya berhimpun dan mendesak supaya visinya turun untuk memberi penjelasan mengenai sistem e-undi yang telah berlaku banyak masalah. Kemuncaknya apabila mereka merempuh naik untuk menuju ke pejabat visi sehingga pegawai dan pengawal keselamatan tidak dapat berbuat apa-apa.

Sambil melaung-laung ‘hidup mahasiswa’ dan ‘student power’, mereka sanggup menunggu lebih sejam untuk bertemu Naib Canselor UM, Ghauth Jasmon. Pujian patut diberikan kepada NC kerana sanggup turun untuk berjumpa dengan pelajar demi mendengar rintihan mereka.

Rundingan yang berjalan selama lebih kurang 4 jam akhirnya memutuskan bahawa Menyiasat TNC HEPA & kakitangannya yang terlibat didalam penyelewengan tersebut 2) Menangguhkan segala keputusan berkaitan PRK sehingga diadakan pemilihan semula secara adil, telus & bebas.

Inilah kebangkitan mahasiswa menentang penindasan. Mereka bukanlah seperti budak sekolah yang boleh dicucuk hidung kesana-kemari, sama-samalah kita menyaksikan kebangkitan anak muda dipentas varsity di tanah air tercinta.

No comments:

Islamic Song