Monday, February 1, 2010

WARKAH KE SYURGA


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang

Sering kutitipkan doa

Agar kita semua sentiasa berada di bawah payungan

Rahmat dan HidayahNya Yang Maha Esa

Dalam kekalutan dunia pada ketika ini…

Daku amat berharap agar Allah

Sudi mengampunkan dosa-dosa kita semua..

…dalam keadan manusia tidak lagi takut kepada Tuhannya..

…dalam keadaan manusia tidak lagi dapat membezakan yang hak dan yang batil..

Dan

…dalam keadaan manusia tidak dapat lagi membezakan

yang mana pahala dan yang mana dosa…

Moga-moga doa yang selalu kita pohon dimakbulkan olehNya…

Walaupun dalam kehidupan seharian kita kadang kala kita lupa kepadaNya..

Dan

Kadang kala kita ingat kepadaNya

…tapi yang pasti terlalu banyak masa kita habiskan bukan untukNya

Buat permata Islam…

Yang sudah tentu dikasihi dan dirindui Nabi…

Sesungguhnya Islam itu bukan sekadar agama..

Tetapi ia adalah cara hidup kita

Sama ada cara kita berpakaian…bertutur kata..belajar…bekerja

Atau dengan perkataan yang lebih mudah…

Bermula kehidupan kita dari bangun tidur sehimgga kita tidur kembali..

...semuanya Allah telah gariskan untuk kita …

Hatta sebelum kita lahir sehinggalah kita ditempatkan di dalam liang lahat…

Islam juga telah mangajar caranya…

Sering kali kita mendengar sabda Rasulullah S.A.W

Yang bermaksud

“Islam itu tinggi,tiada yang tinggi selainnya”

...tapi saying sam sekali…

Kita yang merendah-rendahkannya….

Kita menjauhkan diri daripadanya..

Bahkan kita malu apabilaIslam itu menjadi identity kita...

..kita lalai dengan kehidupan kita

…sehingga kita menyangka dunialah syurga yang kekal abadi untuk kita …

Sehingga kita lupa Allah SWT

Tuhan yang Maha Esa sedang memerhatikan kita..

Kita tahu adanya Allah tapi kta melanggariNya..

Sombangnya kita sehingga lupa kepada Pemberi segala nikmat

Sehingga kita menjadi orang yang kufur kepadaNya..

…kita tahu benarnya Al-Quran tapi kita tidak mengambil pengajaran darinya..

Kita juga tahu adanya dosa dan pahala..

Bahkan kita juga tahu adanya Syurga dan Neraka…

…tapi kita masih tidak mempedulikan perintah Allah SWT yang Maha Kuasa

Buat mutiara Islam..

Yang Insya Allah akan terus bergemerlapan di Bumi Allah…

Prof. Dr. Hamka pernah berkata

“Kita boleh menghitung usia kita yang telah di gunakan…

tetapi kita tidak boleh menghitung berapa lagi usia kita yang masih tinggal”

Persoalannya….

Bagaimana persediaan kita apabila usia yang terkandung di dalanm jasad

Kita sudah habis digunakan….

Masihkah dikau ingat akan firman Allah SWT dalam Hadis Qudsi yang bermaksud

Daripada Abu Hurairah R.A….

“Aku sesuai dengan dugaan hambaKu kepadaKu…

Dan Aku bersama dengannya…

…ketika dia ingat kepadaKu…

Jika dia ingat kapadaKu di dalam hatinya…

Aku akan mengingatinya di dalam hatiKu

Dan jika dia ingat kepadaKu..

..Dalam lingkuangan khalayak ramai..

Nescaya Aku akan mengingatinya dalam lingkuangan khalayak ramai yang kebih baik

Dan jika dia mendekatiKu sejengkal…

Aku pun akan mendekatinya sehasta…

Dan jika dia mendekatiKu sehasata nescaya Aku akan mendekatinya sedepa…

Dan jika dia datang kepadaKu berjalan…

…maka Aku akan mendatanginya dengan berlari…

Hadith Riwayat

Syaikhani dan Tarmizi

Walaupun sebesar Bukit Uhud sekalipun dosa yang kita lakukan…

Sesungguhnya Allah SWT masih mengampunkan dosa kita

Oleh itu,

Kembalilah kepadaNya….

Andaikata hidup ini telah jauh dari landasan yang ditentukan olehNya

Sesungguhnya kasih saying Allah membatasi kasih sayang seluruh makhlukNya

Setakat ini sahaja nukilanku buatmu yang membaca..

Ku mohon kemaafan andai kata bicaraku sebentar tadi mengguris hatimu…

Tetapi sesungguhnya daku tidak sekali-kali bermaksud untuk melukaimu…

Semoga dirahmati Allah SWT selalu…

Ameen….

Bertemu lagi …

Kalau tidak di dunia ….

Insya Allah di taman Syurga nanti…

Wassalam…

No comments:

Islamic Song