Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 28 April: “Setuju mata pelajaran pendidikan seks tidak diajar di sekolah sebagai pendidikan khas,” kata Presiden Persatuan Mahasiswa Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (PMAPIUM), Mohd Syahid Mohd Zaini. Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas kenyataan Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi kelmarin mengenai keputusan Kementerian Pelajaran untuk tidak melaksanakan pendidikan seks di sekolah.
Katanya, hanya penerapan ajaran dan pendidikan Islam secara komprehensif dalam sistem pendidikan di sekolah mampu membendung gejala maksiat dan zina. “Jadi penyelesaian paling 'mujarab' untuk membendung gejala sosial adalah menumpukan pendidikan Islam, bukannya melalui pendidikan seks. Ajaran Islam patut diutamakan dalam setiap aspek,” ujarnya. Bendahari PMAPIUM, Muhammad Rusydan Muhammad Ruslan pula berkata, subjek khas pendidikan seks tidak mampu menyelesaikan masalah gejala sosial yang berlaku khususnya masalah zina, maksiat, rogol dan pembuangan bayi. “Pendidikan seks hanya mengenalkan remaja tentang persoalan seks dan masalahnya sahaja tetapi tidak dapat memahamkan persoalan hukum berkaitan dengan seks. Kita mengetahui remaja pada hari ini sangat jahil terhadap agama,” katanya. Katanya, kebanyakan kes yang berlaku seperti zina dan pergaulan bebas adalah berpunca dari kejahilan mereka terhadap agama seperti hukum halal dan haram. “Remaja sekarang menganggap persoalan aurat dan pergaulan bebas adalah perkara remeh dan tidak penting,” ujarnya. Nur Dalilah Mokhtar turut bersetuju dengan kementerian supaya tidak melaksanakannya. “Ini disebabkan, sudah tentu acuan kita tidak sama dengan acuan sekular Barat kerana sistem nilai kita yang berbeza. “Pendidikan seks dalam konteks masyarakat kita, khususnya umat Islam wajib bertunjangkan sistem nilai, moraliti dan akhlak Islam. Ini meliputi kandungan, kaedah pengajaran dan matlamat pendidikan itu,” katanya. Baginya, yang pasti teknik pengajaran serta intipati pembelajaran untuk memberi panduan safe sex adalah berbeza dengan matlamat untuk melahirkan insan yang soleh dan seimbang. |
Jangan sampai nanti orang-orang tarbiyah dibenci gara-gara berorientasi kepada kekuasaan. Dia tidak boleh berbangga dengan bangunannya. Lalu tertidur-tidur, tidak pernah mengurus urusan hariannya. Tetap dia harus kembali kepada akar masalahnya, akar tarbiyahnya. Tempat kancah dia dibangun. ~ K.H Rahmat Abdullah
Wednesday, April 28, 2010
Bendung gejala sosial dengan pendidikan Islam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment