Thursday, April 22, 2010

Muhasabah diri..



Daripada Thauban r.a., Nabi Muhammad SAW bersabda :
"Sekumpulan daripada umatku akan berterusan menzahirkan kebenaran. Walaupun terdapat orang yang mengecewakan (tidak membela dan menolong) mereka, sehinggalah tiba hari kiamat,mereka tetap dalam keadaan demikian.

Jika kita lihat sejarah kehebatan Nabi Muhammad SAW berdakwah pembela kebenaran menyeru umat manusia agar kembali menyembah Tuhan yang Esa.Banyak rintangan dan onak duri Nabi terima.Tetapi dengan berkat kesabaran dan keyakinan kepada Allah akhirnya Islam tersebar luas keseluruh pelusuh dunia.

Cuba di kaitkan dengan keadaan kita pada masa kini..

Kita juga menyeru manusia untuk kembali ke arah kebaikan dan keadilan. Pagi petang siang dan malam itu la aktiviti yang kita lakukan. Tetapi tak di nafikan juga lebih ramai manusia yang telah melupakan pengertian amal makruf dan nahi mungkar. Lantas untuk mengharapkan mereka laksanakan amal makruf dan nahi mungkar jauh sekali bila ertinya pun tidak di fahami dan di hayati.

Islam sekarang semakin hari semakin ditekan. Kebenaran cuba mereka selindungi dan kebatilan sering di puja-puja dan di jaja. Apa kes??

Justeru saya meyeru kepada para pejuang kebenaran agar terus tabah dan senantiasa thabat dalam perjuangan. "Apakah engkau merasakan engkau layak masuk ke dalam syurga sedangkan engkau masih lagi belum di uji." Sekadar perkongsian di musim imtihan. Semoga Allah permudahkan segala urusan kita.amee..




No comments:

Islamic Song