dalam kesibukan mahasiswa mahasiswi mengulangkaji pelajaran dalam menghadapi peperiksaan, ada dalam kalangan mereka yang sedang berjuang dan sibuk memikirkan tentang sikap dan tingkah laku mahasiswa dan mahasiswi yang kian longgar dan lemah seumpama tidak mahu bergerak dan berjuang di masa hadapan..
Kini keadaan semakin kritikal..
bila mana awlawiyyat kurang di fahami...
keterikatan kita dalam gerakan Islam semakin menyepi..
ilmu dan amalan Islam kadang kala ia di tolak ke tepi..
keresahan terhadap umat Islam langsung tidak wujud di dalam diri..
bila mana awlawiyyat kurang di fahami...
keterikatan kita dalam gerakan Islam semakin menyepi..
ilmu dan amalan Islam kadang kala ia di tolak ke tepi..
keresahan terhadap umat Islam langsung tidak wujud di dalam diri..
orang yang menggerakkan Islam di anggap penentang dan sentiasa di benci..
sehingga kini..
maksiat berleluasa tanpa batasan..
menukar pakaian dari labuh sehingga singkat mengikut nafsu dan perasaan..
tangan di jabat lelaki dan perempuan sebagai tanda persahabatan..
duduk berdekatan berdua-duaan kononnya ajaran Al-Quran..
semua yang haram di mata mereka halal dan sentiasa di benarkan..
asalkan gembira tercapai hajat dan impian..
Bila kita tegur dan nasihat insan-insan istimewa ini, mereka akan ada je alasan.
"ala bang..kami duduk sini study je..tak buat pape pun..takkan study pun tak boleh... jumud betul abang ni.."ujar adik jahil yang sedang berdua-duaan dengan pasangannya..
Ada juga yang memberi respon seperti ni..
"eh ustaz...ustaz sihat??ermm..ust buat pe kat sini?? haaa..ni kawan saya..kami duduk je kat sini...study2..ermm...xpe la ustaz kami ada keje lain ni..mintak izin dulu la ye..."ujar insan yang memang rasa tak selesa dan bersalah..
persoalannya ke mana selepas tu??
bila berjumpa dengan student yang ada basic agama begini di antara alasan mereka.
"ala kami duduk study je..tak salahkan study...bukan ke dalam Islam kalo kita ada masalah kita kene bermusyawarah?lagi pun saling bantu-membantukn amalan mulia..tadi saya cuma betulkan tudung awek saya je..rambut dia terkeluar..opss..kawan saya..maap2.. ermm..rambutkan aurat.."ujar insan yang konon alim tapi jahil dan perosak agama..
Pelbagai perangai kita jumpa dalam kehidupan seharian..Dalam menyebarkan dakwah dan kesedaran kepada kereka-mereka yang kurang faham tentang Islam dan ada juga yang jahil tentang Islam, kadang kala kita di hina dan di kritikya.
Hakikat kehidupan sebagai abna'al-harah sebenarnya memang begini..Allah bagi tahu lita dalam Al-Quran..Adakah engkau kira engkau layak masuk ke dalam syurgaKu sedangkan engkau masih belum di uji sepertimana mereka-kereka yang terdahulu daripada kamu?? ushh.. bila perhatikan ayat ni..mula kita menginsafi diri..
macam mana aku berhadapan dengan ujian Allah??
ape je ujian yang Allah bagi kat aku sampai aku berasa hebat sangat ni??
ishhh..aku selalu suruh orang jangan buat maksiat..tapi aku selalu jugak buat maksiat..
Subhanallah..di mana aku sekarang??
jauhnya aku dengan Allah....
berapa banyak dosa yang aku dah buat kat Allah dan kat makhluk-makhlukNya..
adush..banyak giler dosa aku..
boleh ke aku masuk syurga??
tapi mintak jauh la dari api neraka..
Ya Allah aku insafi segala kesalahan dan kesilapan ku ini Ya Rabb..
Bantu dan bimbinglah hambaMu ini ke jalan yang lurus..
jauhilah diriku ini dengan perkara-perkara maksiat..
Lindungilah diriku ini dari sebarang mala petaka dan bencana ya Allah..
Doa sambil ku menitis air mata kepadaMu Ya Allah..
Terimalah doa dan hajatku ini ya rabb..
berkatilah suasana tarbawi ini dan suburkanlah ia di dalam hati sanubari kita semua..May Allah bless us..amin ..wassalam
No comments:
Post a Comment