Thursday, August 26, 2010

Bersedia sebelum kena..

Anda dilema?

Sudah menjadi adat dan kebiasaan di kampus pada jam 12 malam ke atas masih ada lagi para muslimat yang masih beraktiviti. Sama ada bermesyuarat, usrah, diskusi ilmiah atau menyiapkan assignment, di saat itu mereka masih berada di luar rumah. Dan yang agak membimbangkan, mereka ini pulang hanya menaiki motosikal (lebih terdedah kepada bahaya).

Kepada anda semua terutama muslimat, mari kita baca kisah ini.

  1. Kisah pilu Nurin Jazlin Jazimin, 8 tahun bukanlah isu baru, malah negara telah merakamkan tujuh tragedi sedih yang telah melibatkan kanak-kanak Malaysia yang tidak berdosa yang dirogol dan dibunuh kejam.

  2. Pada Disember 2004, seorang kanak-kanak malang ditemui orang ramai dalam keadaan menyayat hati dan sedang menangis di tepi sebuah tangki air di sebuah semak di Kampung Chendering, Kuantan. Mangsa dipercayai menjadi korban nafsu seorang lelaki yang dipercayai berusia dalam lingkungan 40-an dalam semak di kampung itu kira-kira pukul 8.30 malam.

  3. Sehari sebelum itu, mayat Siti Syazwani, 9 pula ditemui mati 100 meter dari rumahnya- dirogol dan dibunuh oleh seorang pekerja asing Indonesia.Mayatnya ditemui mati dalam parit di ladang kelapa sawit Tikam Batu, Sungai Petani dengan hanya berbaju kurung, tersembam ke dalam parit sedalam 2 meter.

  4. Kisah seterusnya begitu menggemparkan negara, sehingga rata-rata masyarakat mecadangkan pelakunya dibunuh atau dikasi kemaluannya lantaran tindakan mereka terhadap Nurul Huda Abd Ghani, Murid Tahun 4 yang dirogol dan diliwat bergilir-giliroleh tiga lelakidi Pondok Pengawal Stesen Janakuasa TNB Kg. Pekajang, Gelang Patah, Johor Bharu pada 17 Januari 2004.

  5. Selain itu bulan yang sama, Haserawati Saridi, 10- dirogol dan dibunuh ketika dalam perjalanan ke sekolah di Kampung Menggatal, Sabah.

  6. Pada 6 November 2002 pula Siti Nurliyana Shamimi Rosdi, 2- diculik, dirogol dan dibunuh, dijumpai dalam keadaan bogel pada jam 9 pagi di tebing Sungai Kedah, 500 meter dari rumahnya di Kampung Seberang Terus. Ada kesan koyak pada kemaluan mangsa, selain lebih 40 kesan luka pada badan dan pendarahan dalam otak mangsa, dipercayai akibat dipukul dengan benda keras.

  7. Dua remaja berusia 19 tahun pula telah merogol kanak-kanak perempuan berusia 7 tahun sehingga terkeluar usus ketika merompak keluarga mangsa di rumahnya di Taman Maluri, Kepong 13 Ogos 2001.

  8. Dan terakhir pada 23 Oktober 2000, Nur Shuhada, 6 ditemui mati dalam tangki air di bumbung bangunan kediaman 3 tingkat jenis town house di Selayang dalam keadaan separuh bogel dan lebam pada muka dan tangan.

Allahuakbar! Bohong jika anda semua langsung tidak merasa risau setelah membaca kisah-kisah di atas.

Jaga keselamatan, jaga cara berpakaian, jaga tutur kata, jaga aurat, jaga-jaga dengan persekitaran.

Berdoalah kepada Allah semoga Allah menjaga keselamatan kita di mana pun kita berada di samping ikhtiar kita dalam menjaga diri.

Muslimah, jagalah dirimu!

Friday, August 20, 2010

Kusayang kamu Ya Ramadhan..

Alhamdulillah ... Setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan kepada Tuhan Empunya dunia yakni Allahu Rabbuna yang masih lagi memberikan kesempatan untuk kita hamba yang acap kali lupa dan alpa dengan nikmat dan limpah kurnia-Nya mengecapan dua nikmat yang paling besar iaitu nikmat iman dan islam.
Kesyukran juga di rafa'kan kehadrat Illahi kerana Allah mamberikan kesempatan kepada kita untuk bertemu dengan bulan mulia ramadhan karim yang penuh dengan nikmat dan hikmat. Allahu Rabbi.....

Ramadhan, awalnya Rahmat....pertengahannya Pengampunan dan akhirnya menjauhkan kita dari Neraka jahanam.

Teman...ayuh muhasabah bersama melihat kondisi diri yang entah bagaimana dalam menjalani ibadah di bulan ibadah ini.Macam-macam ragam kita boleh lihat sanak saudara kita yang menlorongkan Ramadhan kali ini.Ada yang fokuskan Ramadhan sebagai medan sumber rezeki, ada juga yang meletakkan Ramadhan bulan untuk menguruskan badan, juga ada yang merasakan Ramadhan sebagai bulan yang penuh dengan ujian menyakitkan.."aduh puasa. tak boleh makan"..tapi zina mata tetap buat,zina telinga macam biasa,umpat-mengumpat uhhh....biasa..Macam-macam perangai ada..

Tetapi sahabat-sahabat, dalam bulan suci ini sebenarnya penuh dengan cerita,kisah mulia dari khotimun nabi Muhammad SAW seperti kisah peperangan Badar yang mengagumkan. Dalam keadaan panas terik,berpuasa,lapar dan dahaga.Namun keimanan yang mantap dan keyakinan kepada Allah yang kuat menyebabkan bilangan tentera Islam seramai 313 orang berjaya menumpaskan tentera Quraisy 1000 orang.

Hebat..memang hebat..menurut kajian,di antara cara untuk melemahkan hawa nafsu adalah dengan berpuasa.Jesteru,sebab itulah di syriatkan bagi mereka-mereka yang tidak mampu untuk menahan hawa nafsu, maka berpuasalah kamu.Moga-moga dengan berpuasa itu akan melemahkan nafsu yang sentiasa tak pernah cukup dengana apa yang ada.

Coretan akhirnya, saya menyeru kepada sidang pembaca yang kukasihi agar kita merebut segala ruang dan peluang untuk kita memanfaatkannya dengan semaksimum mungkin agar setiap detik dan saat yang berlalu di bulan yang mulia ini akan dapat kita gunakan
sebaik-baiknya.Sirru 'ala barakatillah..wassalam....

Tuesday, August 10, 2010

Debaran Menanti Kehadiran untuk menyambut Ramadhan…



Saban tahun , umat Islam di seluruh dunia akan menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak tanpa mengira di mana sahaja mereka berada. Pada bulan ini , seluruh umat Islam diwajibkan berpuasa sebagai menunaikan Rukun Islam yang ketiga . Firman Allah S.W.T :

“Bulan Ramadhan adalah (bulan ) yang di dalamnya diturunkan Al-Quran , sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara yang benar dan yang batil ). Kerana itu ,barang siapa di antara kamu ada di bulan itu , maka berpuasalah . Dan barang siapa sakit atau dalam perjalanan (dia tidak berpuasa) maka (wajib menggantinya ) , sebanyak hari yang ditinggalkannya itu , pada hari-hari yang lain . Allah mengkehendaki kemudahan bagimu , dan tidak mengkehendaki kesukaran bagimu . Hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan mengagungkan Allah atas petunjukNya yang diberikan kepadamu, agar kamu bersyukur .”
(AL-BAQARAH AYAT 185)

Berpuasa di bulan Ramadhan adalah merupakan peluang keemasan bagi setiap umat Islam untuk meningkatkan ketakwaaan diri , menambah rasa kesyukuran atas setiap nikmat yang dikurniakan oleh Allah dan peluang untuk mendapat keampunan daripadaNya.

Firman Allah S.W.T :

Sesungguhnya lelaki dan perempuan yang muslim, lelaki dan perempuan yang mukmin, lelaki dan perempuan yang tetap dalam ketaatannya, lelaki dan perempuan yang benar, lelaki dan perempuan yang sabar, lelaki dan perempuan yang khusyuk, lelaki dan perempuan yang bersedekah, lelaki dan perempuan yang berpuasa, lelaki dan perempuan yang memelihara kehormatannya, lelaki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah, Allah telah menyediakan untuk mereka ampunan dan pahala yang besar.”
(AL-AHZAB AYAT 35)

Daripada Abu Hurairah R.A, Rasulullah S.A.W telah bersabda :” Sesiapa yang mendirikan (menghidupkan ) malam Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan pengharapan maka akan diampunkan segala dosa-dosanya terdahulu, dan sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan maka akan diampunkan segala dosanya yang terdahulu “ (muttaqun alaih)

Subhanallah, hebatnya janji Allah dan di sahkan Oleh Rasulullah, beruntung andai kita berlumba-lumba dalam merebut peluang ini...
Selain dapat meningkatkan keimanan serta memperbaiki kualiti diri , pada bulan Ramadhan yang mulia ini juga kita dapat mengeratkan hubungan silaturrahim sesama muslim , lebih-lebih lagi dalam konteks Mahasiswa, Hubungan persaudaraan sesama sahabat handai dan tenaga pengajar,perlulah diraikan bersama seperti pelaksanaan majlis berbuka puasa(Iftar). Selain itu , solat terawih berjemaah juga menjadi satu wadah meningkatkan spiritual Ruhi, dan begitu juga dengan membudayakan pembacaan tadarus Al-Quran secara halaqoh, dan meletakkan target sepanjang “Madrasah Tarbiyah” ini, bagaimana “Keep Performance Indicator” bagi menjayakan Amalan fardhi dan Jamai’ ikhlas semata-mata untuk beribadah kepada Allah.

Umat Islam sangat beruntung kerana diberi kesempatan serta peluang keemasan untuk menjalani ibadat puasa di bulan Ramadhan ini dan hendaklah peluang ini tidak dipersia-siakan.Persediaan utama adalah untuk melengkapkan diri dengan kekuatan rohani serta jasmani bagi merebut segala fadilat atau kelebihan yang terdapat dalam bulan yang mulia ini .Matlamatnya adalah untuk menjadi hamba Allah yang terbaik di sisiNya serta sentiasa mendapat keredaanNya di dunia serta lebih-lebih lagi diakhirat yang lebih utama. InsyaALLAH........

by : http://mypmapium.blogspot.com/

Monday, August 2, 2010

Dialog bersama pemimpin di Universiti Malaya.

Pada minggu lepas, satu kunjungan terhormat daripada Datuk Saberi Chek , Menteri belia Dan Sukan malaysia telah berjumpa bertentangan mata dengan seluruh barisan kepimpinan mahasiwa Universiti Malaya.Ramai pegawai daripada kementerian turun bersama-sama datuk memeriahkan pada program Dialog Bersama Pemimpin negara itu.

Datuk adalah merupaka bekas graduan Universiti Malaya pada tahun 1983.Semasa beliau belajar di Universiti Malaya beliau pernah memegang jawatan sebagai Presiden PMIUM dan MPMUM.

Dalam ucapan datuk, beliau banyak menekankan aspek kepimpinan mahasiswa. banyak isu beliau sentuh.Banyak banding beza beliau buat semasa zaman beliau sebagai mahasiswa dan mahasiswa sekarang.Fokusnya berkaitan kelantangan mahasiwa berpencak menyuarakan isu dan mendepani massa.Antara ucapan beliau adalah

"Dulu sewaktu saya sebagai mahasiwa, banyak aksi-aksi yang saya dan rakan-rakan buat. Biar pun AUKU wujud pada waktu itu."

" tapi kini saya tak tahu kenapa mahasiswa semakin lesu.AUKU tak ketat macam zaman saya.Malah sekarang AUKU telah terbuka kecuali beberapa bahagian seperti tidak membenarkan mahasiswa terlibat dalam parti politik dan sebagainya."

Sewaktu sesi soal jawab antara soalan yang saya tanya ialah berkaiatan hak autonomi, kebebasan bersuara, kualiti kepimpinan mahasiswa sekarang dan satu soalan berkaiatan kualiti atlet sukan negara.

Tetapi datuk tidak menjawab soalan secara menyeluruh. hanya beberapa soalan sahaja yang di jawab dan lainnya banyak cerita kisah hidupnya.

Soalan kedua saudara fadhil bin jamal bertanya tentang penarikan subsidi,isu gula naik minyak naik dan sebagainya.

Jawab beliau "dalam rancangan MEB kita cuba kita untuk berlaku adil kepada rakyat.sekarang kemasukan pendatang tanpa izin semakin meningkat.Seluruh rakyat Malaysia membayar cukai.Manakali pendatanag tanpa izin tidak membayar cukai.Kemudian perkhidmatan subsidi yang kita berikan kepada rakyat pun 'mereka' dapat.Ini tidak adil.Jesteru kita selaraskan barang dan kita kurangkan perkhidmatan subsidi kepada barangan-barangan tertentu supaya ia berlaku adil"

Menurut beliau lagi "kemungkinsn gaji rakyat juga akan di naikkan sejurus perkara itu terlaksana bagi menyeimbangkan kewangan perbelanjaan rakyat"

Cadangan daripada saudara Fadhil agar program seumpama itu akan di teruskan di masa akan datang kerana ia boleh membuka minda mahasiswa dalam mendepani massa.


Islamic Song