Monday, May 2, 2011

Pensyarah semakin tertekan di kampus


Pensyarah merupakan pengganti ibu bapa bagi mahasiswa yang berada di kampus. Dengan penuh kesedaran mereka datang ke kampus adalah untuk mencurahkan bakti dan ilmu di dada untuk pembangunan moral generasi muda negara yang berkualiti dan berilmu. Merekalah insan yang sentiasa di segani kerana jasa bakti mereka yang tidak pernah mengenal erti penat lelah mengajar dan mendidik generasi muda sehingga anak muda itu mengenal erti kehidupan yang sangat memerlukan Tuhan dan teman-teman dalam mencapai matlamat kehidupan.

Namun jika kita menyingkap kondisi Malaysia kini, tugas pensyarah sedikit sebanyak telah mula tersasar dengan tujuan asal mereka iailtu adalah untuk mendidik dan menyebarkan ilmu .Jika dulu hadirnya penyarah ke kampus adalah untuk mendidik dan mengajar, namun kini mereka bukan hanya perlu mengajar. Akan tetapi mereka mestilah menerbitkan hasil kerja (tesis) dalam jurnal antarabangsa kelas A demi mencapai impian untuk menaikkan ranking universiti.

Sehinggakan ada beberapa pensyarah kini semakin stress bila berada di kampus dek di sebabkan bebanan tugas yang banyak dan tekanan oleh orang atasan demi untuk mengejar ranking universiti di mata dunia. Persoalannya adakah tujuan asal universiti di tubuhkan untuk mengejar ranking lantas meningkatkan nama baik universiti atau untuk mendidikan dan melahirkan insan yang berakhlak mulia setelah mereka bergraduasi nanti? Bukankah para graduan universiti ini akan menggantikan tampuk kepimpinan negara akan datang?

Ramai pensyarah di kampus kini tidak dapat memberikan penumpuan seratus peratus dek di sebabkan bebanan tugas yang kian bertambah.Pensyarah kini tak ubah seperti kerani di kampus.Mengajar itu mesti.Kemudian untuk kenaikan pangkat dan gaji, maka salah satu syaratnya ialah mesti menerbitkan hasil kerja (tesis) dalam jurnal antarabangsa kelas A.Hal ini adalah kerana ia merukapan salah indikator yang termasuk dalam syarat untuk menaikkan ranking universiti.

Maka mangsanya sekarang bukannnya hanya kepada para pensyarah yang tidak dapat fokus dalam pengajaran, akan tetapi yang lebih terjejas ialah mahasiswa kita yang akan memimpin negara pada masa hadapan pastinya tidak akan mendapat nilaian ilmu yang cukup dek di sebabkan fokus pensyarah yang kurang semasa mengajar.

Jesteru seruan saya kepada pihak Kementerian Pengajian Tinggi dan barisan pentadbiran universiti, lihatlah kembali matlamat asal penubuhan universiti dan janganlah menekan para pensyarah kita untuk membuat itu dan ini demi mencapai ranking yang tinggi.Bertindak mengikut cita rasa semua ahli dan jangan mengikut keinginan peribadi.

No comments:

Islamic Song