Monday, May 2, 2011

MPMUM tetap berkhidmat untuk mahasiswa.


Berkata Imam Malik, “setiap orang berhak memberikan pandangan dan setiap orang berhak untuk menerima dan menolak pandangan tersebut melinkan maksum (Al-Quran dan As-sunnah). Dalam sesi kepimpinan jika tiada yang mengkritik, maka memang tidak akan majulah organisasi tersebut.

Pertama terima kasih kepada sahabat-sahabat sangat perihatin dengan pentadbiran Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM) pada sesi kali ini.Pada saya itu pun sudah satu penghargaan kepada kami. Untuk pengetahuan anda,pada 21 Februari 2011 Dato’ Naib Canseler telah pun mengumumkan keputusan pilihanraya kampus Universiti Malaya.

Selepas itu hanya satu bantahan di terima oleh pihak pentadbiran Universiti Malaya.Kemudian setelah di proses, bantahan itu telah pun di tolak di atas sebab-sebab tertentu.Setelah sekian lama pemimpin-pemimpin mahasiswa ini menang,masing-masing mengunggu untuk pembentukkan kabinet MPMUM.

Selepas naik turun beberapa kali di pejabat TNC HEP, barulah mereka panggil semua pimpinan pelajar yang menang untukmembentuk kabinet MPMUM pada 21mac 2011.Ketika pembentukan itu juga berlaku konflik bilamana dua orang pimpinan pelajar yang telah menang di gantung kemenangan atas sebab-sebab tertentu.

Setelah di bentuk,kabinet itu sebenarnya masih belum di sahkan oleh Dato’ Naib Canseler Universiti Malaya.Sehinggalah pada 27 april 2011 baru-baru ini, semua pimpinan Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya di berikan watikah perlantikkan.Ketika itu pun Dato’ Naib Canseler tetap tiada dalam upacara penyerahan watikah.

Sebab utama majlis watikah perlantikkan itu di lewatkan adalah kerana Dato Naib Canseler tiada di kampus dan beliau mempunyai urusan di luar negara.Namun pada 27 april tersebut boleh pula majlis itu di teruskan tanpa kehadiran Dato’ Naib Canseler.

Maka di sebabkan pembentukkan kabinet dan watikah perlantikan yang sangat lewat,maka banyak program di peringkat MPMUM tertunda dan tersekat.Hatta roadshow kolej kediaman pun terpaksa MPMUM tunda sebahagiaannya pada sesi akan datang dek kerana peperiksaan telah pun hampir.Masing-masing ingin fokus peperiksaan dan MPMUM hormati keadaan itu.

Alhamdulillah setakat ini banyak isu yang telah MPMUM perjuangkan terutama berkaitan isu kebajikan mahasiswa.Contohnya MPMU M bersama-sama teman-teman kolej kediaman telah berjaya menyelamatkan 15 orang mahasiswa yang bakal di buang kolej dek kerana mengkritik barisan pentadbiran kolej.selain itu isu perkhidmatan bas, yuran perpustakaan dan lain-lain.

Yang pastinya bagi mereka yang tidak menyukai MPMUM tidak akan melihat apa yang MPMUM buat.Namun masing-masing mencari keburukan MPMUM.Inilah sunnahtullah dan saya sangat hargai teman-teman yang mengkritik MPMUM.Tanpa kritikan mana mungkin MPMUM mampu berdiri dengan baik dan stabil.

Buat akhinya saya menyeru seluruh mahasiwa agar dapat bersama-sama dengan MPMUM demi membela nasib dan kebajikan mahasiswa kita bukan hanya untuk Universiti Malya sahaja, namun seluruh mahasiswa di Malaysia.

Seperti sabda Nabi Muhammad SAW “setiap bani Adam itu tidak terlepas daripada melakukan kesilapan.Dan sebaik-baik kesilapan itu ialah mereka-mereka yang bertaubat. Berkata Khalifah Umar Al-Khatob “hitunglah diri kamu sebelum kamu di hitung.Sama-sama kita bermuhasabah dan melihat kembali apa yang telah kita sumbangkan kepada umat manusia sepanjang hidup kita.

2 comments:

ummu mus'ab said...

salam
alhamdulillah,, YB kita positif dgn apa yang berlaku. sebagai manusia yg bijak, dia bukanlah yg cepat melatah dek krn sedikit teguran yg membina ini.
teguran itu satu tanda prihatinnya mereka kpd kita. jadi tahniah krn berjaya menerimanya dgn terbuka. malaysia sekalipun kita lihat, tidak ada pemimpin yg tidak di kritik akan kepimpinannya=)

owh saya juga tidak lupa ingin berkongsi, bukan sekadar pemimpin malaysia, sekali kita melangkah kebelakang sebentar melihat sejarah2 para anbiya yg diamanahkan Allah utk memimpin.

Pemimpin yang hebat perlu sabar dgn kritikan ini. bukan tanda hinanya kita tp tandanya Allah sedang menguji kita krn kasih sygnya.
jgn sekali putus asa. itu yg penting. tidak akan sia2 setiap yg berlaku krn setiap itu adalah dibawah caturaNya.

ambil ibrah dr Kisah Nabi yunus
Sesungguhnya Yunus benar-benar salah seorang Rasul,Beliau diejek sehingga lari dr negaranya..

Lihat juga sejarah saidina umar yg diungkit ttg kredebilitinya sbg pemimpin didepan matanya sendiri ketika menyamar ke rumah seorg ibu tunggal yg sedang memasak batu.

dan paling membanggakan kita, kekasih Allah sendiri diuji.
Nabi Muhammad s.a.w
bahkan kita tahu dia kekasih Allah knp tidak dimudahkan shj urusannya?
krn itu bukti Allah syg Beliau dan mahu ummatnya belajar sesuatu dr kepimpinanNya. bukan shj diejek dihina malah ditawarkan dgn pelbagai tawaran hebat dan tak lupa dikecam dgn ugutan2 bunuh. bg yang menyokongnya pasti akan mengakui kerja2 urusan negara yg dibuat oleh Nabi tp pada yang tidak menerimanya?? jika Allah tidakmembuka hati mereka, tidak akan mereka nampak pembangunan yg diusahakan Nabi.

tp pasti sejarah ini diajarkan pada kita supaya kita mempelajari dan dipetik ibrahnya...


bersabarlah dgn kesabaran yg indah dan berusaha lg mengorak langkah yg gagah. jgn sesekali kita memandang sinis kepada orang yang tidak sependapat dengan diri kita dalam suatu permasalahan, bahkan tidak jarang kita memperlakukannya bagaikan seorang musuh yang harus dilenyapkan dari atas dunia.

ini satu permulaan... anda sedang dilatih utk menjadi org yg hebat percayalah..

bersabarlah dgn kesabaran yg indah.. 50:7

wallahualam

AiMaN said...

bagus2...hihihi

Islamic Song