Monday, June 27, 2011

Mahasiswa, AUKU dan PRU13

Beberapa ketika dahulu dunia aktivisme kemahasiswaan diberi nafas kembali apabila Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Dato' Saifuddin Abdullah mencadangkan agar mahasiswa kembali diberi ruang melibatkan diri dalam politik. Beliau berkata, masanya telah tiba bagi kita mengkaji semula kedudukan sekarang dan berfikir secara serius bagi membenarkan pelajar universiti menjadi ahli parti politik.

Namun percanggahan cadangan ini dengan peraturan di dalam Akta Universiti dan Kolej Universiti menjadikan mahasiswa terus pesimis dengan cadangan-cadangan selepas daripada itu yang dikeluarkan oleh Menteri berkenaan. Tambahan pula dengan lontaran idea yang hanya dibiar sepi oleh pihak Kementerian selepas ianya diperbincangkan oleh semua pihak, akhirnya cadangan ini senyap begitu sahaja.

Dalam hal ini, terdapat dua persoalan penting yang harus kita rungkaikan. Pertama, bagaimana ruang lingkup berpolitik yang perlu difahami oleh mahasiswa?

Tuesday, June 21, 2011

Dokumentasi harapan baru mahasiswa Malaysia.

Alhamdulillah baru-baru ni pada 19 Jun 2011, saya telah di jemput untuk menjadi ahli panel dalam membincangkan dokumentasi harapan baru mahasiswa.Program itu anjuran Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) bersama kerajaan negeri Selangor.Program itu diadakan di Kolej Dar Hikmah,Kajang.

Program itu telah di rasmikan oleh YAB Menteri Besar negeri Selangor.Antara ahli panel yang turut hadir pada forum ketika itu ialah Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) saudara Mohd Syukri Abd Razab, Ketua AKSI saudara Shahimi, exco pendidikan dari PKPIM, saudara Mohd Afif dan saya selaku Presiden MPMN.Manakala moderatornya pula wakil mahasiswa dari Unirazak iaitu saudara Mohd Afiq.

Perbincangan yang memakan masa sejam setengah itu menjelaskan berkaitan beberapa perkara yang telah di sepakati dalam dokumentasi harapan baru mahasiswa iaitu berkaitan isu autonomi universiti dan mahasiswa,kebebasan bersuara dan berakademik,isu graduan yang menganggur selepas bergraduasi, berkaitan isu pemansuhan AUKU, isu biasiswa JPA, isu PTPTN dan sebagainya.

Monday, June 20, 2011

MPMN meluaskan jaringan ke Indonesia


Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN) atau namanya sebelum ini ialah Badan Bertindak Mahasiswa Negara (BBMN) merupakan salah satu platform yang membariskan kepimpinan kampus bagi mewakili Majlis Perwakilan Pelajar kampus masing-masing di peringkat nasional.Kini saya telah di pilih untuk menjadi presiden MPMN pada kali ini melalui satu pilihanraya yang diadakan semasa Kongres Gerakan Mahasiswa Nasional kali kedua di KUIS.

Sejurus selepas perlantikan saya selaku presiden MPMN, salah seorang wakil Persatuan Pelajar Indonesia Malaysia (PPIM) datang berjumpa saya untuk mengadakan satu hubungan kerjasama antara mahasiswa Malaysia dan mahasiswa Indonesia.

Cadangan dari pihak PPIM itu di pandang serius oleh pihak MPMN.Lantas beberapa siri pertemuan di lakukan dalam menjayakan hasrat murni untuk menjaga hubungan baik kedua negara serumpun melalui gerakan mahasiswa Malaysia dan Indonesia.

Thursday, June 9, 2011

Ucapan YDP MPMUM kepada Pelajar Baru (PASUM)

Assalamu’alaikum w.b.t. dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat lagi kita meniti usia muda di alam kampus yang mengajar kita erti kehidupan yang sebenar serta pelbagai pengalaman dalam kehidupan. Pertama sekali saya ingin mengucapkan Tahniah dan selamat datang kepada pelajar baru Sesi 2011/2012 iaitu pelajar Pusat Asasi Sains Universiti Malaya (PASUM) kerana memilih ataupun terpilih sebagai penuntut di Universiti Tertua di Malaysia. Selamat datang saya ucapkan.

Di alam Universiti, terdapat pelbagai cabaran baru yang harus kalian tempuh dalam menghadapi suasana yang agak berbeza dari Matrik dan seumpamanya. Ini kerana, Universiti adalah satu pengajian yang mengajar mahasiswa agar berfikiran intelek dan Kritis dalam menghadapi apa sahaja cabaran yang berlaku di alam Universiti terutama sekali di kampus.

Walaubagaimanapun, di alam Kampus tidak mengajar kita mengamalkan 3K (Katil, Kafe, Kuliah) malahan, di alam Kampus inilah mengajar kita hidup bermasyarakat dengan orang yang ada di sekeliling kita. Selain itu, kita juga di tuntut agar belajar bersungguh-sungguh demi mencapai kejayaan yang di impikan, sekaligus dapat menaikkan nama Universiti kita sendiri.

Islamic Song