Jangan sampai nanti orang-orang tarbiyah dibenci gara-gara berorientasi kepada kekuasaan. Dia tidak boleh berbangga dengan bangunannya. Lalu tertidur-tidur, tidak pernah mengurus urusan hariannya. Tetap dia harus kembali kepada akar masalahnya, akar tarbiyahnya. Tempat kancah dia dibangun. ~ K.H Rahmat Abdullah
Monday, June 20, 2011
MPMN meluaskan jaringan ke Indonesia
Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN) atau namanya sebelum ini ialah Badan Bertindak Mahasiswa Negara (BBMN) merupakan salah satu platform yang membariskan kepimpinan kampus bagi mewakili Majlis Perwakilan Pelajar kampus masing-masing di peringkat nasional.Kini saya telah di pilih untuk menjadi presiden MPMN pada kali ini melalui satu pilihanraya yang diadakan semasa Kongres Gerakan Mahasiswa Nasional kali kedua di KUIS.
Sejurus selepas perlantikan saya selaku presiden MPMN, salah seorang wakil Persatuan Pelajar Indonesia Malaysia (PPIM) datang berjumpa saya untuk mengadakan satu hubungan kerjasama antara mahasiswa Malaysia dan mahasiswa Indonesia.
Cadangan dari pihak PPIM itu di pandang serius oleh pihak MPMN.Lantas beberapa siri pertemuan di lakukan dalam menjayakan hasrat murni untuk menjaga hubungan baik kedua negara serumpun melalui gerakan mahasiswa Malaysia dan Indonesia.
Sehinggalah pada 18-19 April 2011 pertemuan dan sesi dialog antara pimpinan mahasiswa Indonesia dan Malaysia di Kedutaan Besar Indonesia.Antara yang hadir ialah dari majlis tertinggi MPMN dan PPIM. Manakala dari Indonesia turut hadir ialah enam wakil pimpinan mahasiswa dari Badan Eksekutif Mahasiswa se-Indonesia (BEM SI).
Antara resolusi dari pertemuan kami ialah, kami sepakat untuk mewujudkan satu front yang akan menggabungkan mahasiswa Indonesia dan Malaysia iaitu Kesatuan Mahasiswa Indonesia Malaysia.Juga bersetuju di antara pimpinan mahasiswa kedua negara itu ialah untuk memfokus kepada 5 agenda utama Kesatuan Mahasiswa Indonesia Malaysia ialah berkaitan isu pendidikan, ekonomi, sukan, kebudayaan dan perlancongan.
Maka susulan daripada itu, kami bersepakat untuk mangadakan satu deklarasi Kesatuan Mahasiswa Indonesia Malaysia sebagai tanda perlancaran Kesatuan itu dan upacaran tanda tangan antara pimpinan mahasiswa kedua negara.
Hasilnya, Alhamdulillah pada 18 Jun 2011 telah berlangsuang satu majlis Leadership Talk dan deklarasi Kesatuan Mahasiswa Indonesia Malaysia di Kedutaan Besar Indonesia, Kuala Lumpur.Deklarasi itu di tandatangi oleh Presiden MPMN saudara Mohd Syahid Bin Mohd Zaini dan oleh wakil Indonesia iaitu Presiden Persatuan Pelajar Indonesia Malaysia (PPIM) iaitu saudara Mohammad hamidi.
Turut disaksikan pada deklarasi itu ialah Prof Mohamad Md Yusoff (Pensyarah Kanan PP Komunikasi USM) Wakil Malaysia dan Prof. Drs. Rusdy, M.A, P.hd (Atase Pendidikan KBRI KL) wakil Kedutaan Besar Indonesia.Juga bersama ketika itu ialah wakil pimpinan mahasiswa dari Badan Eksekutif Mahasiswa Indonesia iaitu saudara Tomy ( Presiden mahasiswa dari Universitas Padang,Indonesia.
InsyaAllah akan menyusul program terdekat dari Kesatuan Mahasiswa Indonesia Malaysia sebagai langkah mahasiswa Malaysia dan Indonesia untuk menjaga hubungan baik kedua negara.Lantas mampu untuk memajukan negara serumpun ini ke arah jauh lebih baik daripada sekarang.Somoga Allah permudahkan segala urusan kita semua.Amin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment