Alhamdulillah baru-baru ni pada 19 Jun 2011, saya telah di jemput untuk menjadi ahli panel dalam membincangkan dokumentasi harapan baru mahasiswa.Program itu anjuran Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) bersama kerajaan negeri Selangor.Program itu diadakan di Kolej Dar Hikmah,Kajang.
Program itu telah di rasmikan oleh YAB Menteri Besar negeri Selangor.Antara ahli panel yang turut hadir pada forum ketika itu ialah Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) saudara Mohd Syukri Abd Razab, Ketua AKSI saudara Shahimi, exco pendidikan dari PKPIM, saudara Mohd Afif dan saya selaku Presiden MPMN.Manakala moderatornya pula wakil mahasiswa dari Unirazak iaitu saudara Mohd Afiq.
Perbincangan yang memakan masa sejam setengah itu menjelaskan berkaitan beberapa perkara yang telah di sepakati dalam dokumentasi harapan baru mahasiswa iaitu berkaitan isu autonomi universiti dan mahasiswa,kebebasan bersuara dan berakademik,isu graduan yang menganggur selepas bergraduasi, berkaitan isu pemansuhan AUKU, isu biasiswa JPA, isu PTPTN dan sebagainya.
Segala perkara yang didiskusikan itu bukanlah perkara yang baru di utarakan.Namun perkara-perkara itu ialah tuntutan-tuntutan mahasiswa yang sekian lama dipandang enteng dan dibakul sampahkan oleh pihak pemerintah negara.
Jesteru pimpinan mahasiswa bersama front-front yang perihatan terhadap permasalahan ini berkumpul dan mendokumentasikan segala isu ini untuk di berikan kepada tampuk pimpinan negara yang memerintah negara selepas pilihanraya umum ke -13 yang tidak lama lagi.
Kongklusinya ialah seandainya pimpinan negara ingin mendapatkan sokongan padu daripada anak muda terutamanya mahasiswa, maka segala tuntutan mahasiswa itu perlulah di pandang serius dan laksanakan dengan sebaik mungkin.Pasti dan yakin kesejahteraan dan keamanan akan menyinari dunia kampus Malaysia dengan terang.Lantas menjamin kualiti mahasiswa yang terbaik.InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment