Friday, August 26, 2011

Hasil diskusi MPMUM bersama barisan pentadbiran Universiti Malaya


Tarikh : 24/08/2011 ( Rabu )
Masa : 05:15 Petang
Tempat: Tingkat 4, Bilik Mesyuarat,Canselori, UM

MESYUARAT KE-3 BERSAMA NAIB CANSELOR DAN PIHAK PENTADBIRAN UNIVERSITI MALAYA

Mesyuarat ini dihadiri oleh Naib Canselor UM, Tan Sri Dr. Ghauth Jasmon, 3 orang Timbalan Naib Canselor, Kesemua 12 orang Pengetua Kolej Kediaman, Bendahari UM, Ketua Perpustakaan, Pegawai HEP dan Pengarah PTM. Isu-isu yang dibincangkan adalah seperti berikut:

1) MASALAH KEMUDAHAN DI KOLEJ KEDIAMAN
-Pihak Universiti akan memastikan kemudahan di kolej dijaga dengan baik.
- Mengenai isu masalah tandas di kolej kediaman ke-8, kami telah mendapat respon daripada Timbalan Naib Canselor Pembangunan dan Penyelidikan, Prof. Dr. Kurunathan Ratnavelu bahawa beliau telah meluluskan perbelanjaan untuk membaiki tandas lelaki di kk8.

2)YURAN ICT DICHARGE SEBANYAK RM100.00
-Kami MPMUM telah meminta penjelasan daripada pihak PTM, berikut merupakan jawapannya:
RM 100 sebenarnya bukan digunakan 100% untuk perkhidmatan WIFI sahaja, tetapi adalah untuk menaik taraf WIFI dan lain-lain perkhidmatan, seperti:
A) Speed Internet
- Speed internet telah bertambah baik dari 100Mbps ke 1 Gbps(Termasuk Kolej Kediaman)
- Sebanyak RM 3 milion telah digunakan hanya untuk WIFI
- Terdapat 1100 Access Points di kawasan UM
B) Semua pelajar boleh muat turun lebih daripada 200 software original, seperti Window 7 dan software ini akan ditambah dari semasa ke semasa.
C) Student Smart Card- 4K chip with microprocessor
- Idendification
- Door Access
- Class Attendance
- Touch n Go
D) Student Information System and Helpdesk Support
3) YURAN LIBRARY MENINGKAT 100% SEJAK TAHUN LEPAS, IAITU DARI RM 50 KEPADA RM 100
Kami telah mendapat penjelasan daripada Ketua Perpustakaan, beliau kata:
A) Harga semua buku dan e-journal sudah naik, jumlah peratus adalah sebanyak 11%
B) Bil elektrik bagi perpustakaan untuk 1 bulan mencecah RM 20,000
C) Yuran Library tidak pernah naik sejak tahun 1980
D) Pihak perpustakaan UM juga berkata bahawa pihak perpustakaan akan memyediakan perkhidmatan mencari buku yang pelajar hendaki. Pelajar hanya perlu pergi access laman web Perpustakaan UM dan isi borang sahaja.

4) YURAN LATIHAN INDUSTRI DAN YURAN KOMPUTER TERLALU MAHAL (KHASNYA FSKTM)
Kami telah menyuarakan isu ini,hal ini kerana perkara ini amat membebankan kita sebagai pelajar. Oleh sebab yuran-yuran ini adalah di bawah kuasa dekan fakulti, kami akan berjumpa dan meminta penjelasan daripada dekan fakulti supaya yuran-yuran ini dikurangkan atau dibatalkan.

5) ADUAN TENTANG ETIKA PAKAIAN DI KOLEJ KEDIAMAN KE-6
-Kami mendapat aduan daripada pelajar Kolej Kediaman ke-6 yang mengatakan pengetua kolej kediaman tidak membenarkan pelajar yang memakai skirt yang pendek daripada lutut. Untuk mengelakkan konflik antara kedua-dua pihak, pihak HEP akan menerbitkan buku panduan etika pemakaian pada semester yang akan datang.
-Pelajar Perempuan boleh pakai skirt formal tetapi mesti menutup lutut.

6) ISU PONDOK BAS DI DEPAN KOLEJ KEDIAMAN 12, 5 DAN 11
-Kami telah mendapat respon daripada Timbalan Naib Canselor Pembangunan dan Penyelidikan, Prof. Dr. Kurunathan Ratnavelu. Tender untuk membina pondok bus ini telah dibuka sehingga bulan April tahun depan.Hal ini kerana sebanyak 15 pondok bus akan dibina. Termasuk kolej kediaman 12,5 dan 11 akan ada pondok bus sendiri pada tahun depan.

7) GERAI MAKANAN VEGITARIAN UNTUK KAUM CINA DAN INDIA
-Kami telah meminta pihak Universiti menubuhkan gerai vegitarian untuk kaum cina dan india, pihak universiti telah mengumumkan gerai makanan multiracial (termasuk gerai vegitarian) akan ditubuhkan pada semester yang akan datang ini, tempatnya di kolej kediaman ke-7.
-Pada semester yang akan datang nanti, pihak universiti sedang mencari tempat untuk menubuhkan gerai vegitarian di setiap kawasan kolej kediaman.

8) PENETAPAN HARGA YURAN DINNER MAKAN KOLEJ KEDIAMAN
-Harga yuran dinner ini akan diselaraskan pada semester yang akan datang.
-Pelajar dikecualikan membayar yuran dinner ini sekiranya menunjukkan sebab tidak hadir.
-Pelajar dikehendaki menunjukkan sebab lebih awal untuk mengelakkan penempahan lebih tempat.

9) SISTEM E-PROCUREMENT
Sistem ini masih baru lagi, oleh itu, kami meminta pihak universiti "melonggarkan" penggunaan sistem ini pada semester yang akan datang ini supaya pelajar tidak kelam kabut dan ada masa untuk membiasakan diri menggunakan sistem ini. Bagaimanapun, kami MPMUM menasihatkan rakan-rakan sekalian membuat persediaan lebih awal sebelum program diadakan. Segala pembelian barang yang melibatkan lebih daripada RM 500 harus memohon lebih awal.

10)SISTEM MERIT UNTUK MENGINAP DI KOLEJ KEDIAMAN UNIVERSITI MALAYA
-Untuk memastikan keadilan dan mengelakkan penyelewengan, pihak universiti akan menggunakan sistem merit untuk menentukan seseorang pelajar sama ada layak menginap di kolej kediaman mulai sesi hadapan,iaitu sesi 2011/2012.
-Selain itu, sistem ini tidak mewajibkan semua pelajar hanya perlu mengambil bahagian dalam program kolej kediaman sahaja, pelajar yang mengambil bahagian dalam aktiviti anjuran persatuan/kelab yang berdaftar di bawah HEP juga diberi merit.

11) ISU PENGGUNAAN PLASTIK BAG DAN POLISTERIN
-Mulai semester yang akan datang ini, iaitu sesi 2011/2012, pengusaha kantin dan kedai runcit dihalang menggunakan kotak makanan polisterin. Bagi pengusaha yang masih mengunakan bahan ini, sila tangkap gambar dan hantarkan gambar tersebut kepada kami.
-Penggunaan plastik bag tidak dapat dihalang kerana beberapa sebab. Walaubagaimanapun, kami akan mengeluarkan surat menasihatkan para pengusaha kurangkan penggunaan plastik bag.

"BERSAMA BERKHIDMAT DEMI MAHASISWA"

DARIPADA,
MAJLIS PERWAKILAN MAHASISWA UNIVERSITI MALAYA (MPMUM)

No comments:

Islamic Song