Saturday, August 27, 2011

Salam Kemerdekaan dan Selamat Hari Raya Aidilfitri

Aku anak merdeka

Bangkit dari persada luka
Berdiri megah di pentas wira
Inginku tebus maruah bangsa

Aku anak merdeka
Terjaga dari ranjang kecewa
Berpaksi gagah di panggung perkasa
Ingin ku bela nasib bangsa

Aku anak merdeka
Harapan nusa dan bangsa
Akan kutentang petualang negara
Yang tegar membuat angkara

Aku anak merdeka
Di hati semangat waja
Di dada penuh satria
Ini Tuah akan membela
Untuk kubalut luka lama

Di kesempatan ini ingin saya memohon maaf kepada sidang pembaca yang saya kasihi.Sabda Baginda Nabi Muhammad SAW yang berbunyi " setiap bani Adam itu tidak terlepas daripada melakukan kesilapan, dan sebaik-baik kesilapan itu ialah mereka yang bertaubat". Manakala taubat yang terbaik itu ialah "taubatan nasuha".Sekian wassalam...

Islamic Song