Ekoran bantahan yang dilakukan oleh mahasiswa di Pejabat PAS pusat tempoh hari berkaitan isu pergantungan KUIN 5, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengeluarkan kenyataan bahawa beliau tidak akan minta maaf kepada mahasiswa.
Namun yang lebih menyedihkan apabila MB Kedah turut menyokong untuk melaksanakan AUKU di Kedah terutama di KUIN.
Dengan ini jelas menunjukkan bahawa ketidakmatangan MB Kedah dalam menangani isu mahasiswa.Dalam masa yang sama juga menunjukkan sikap ego seorang MB terhadap rakyat terutama kepada 5 orang pelajar KUIN tersebut.
Sepatutnya Ust Azizan selaku orang yang paling berkuasa di KUIN perlulah menggunakan budi bicara dengan cara berbincang dan fahami isu dengan baik serta selesaikan masalah dengan bijaksana.
Janganlah kerana nila setitik rosak susu sebelanga.Saya yakin mahasiswa akan menolak Ust Azizan dalam PRU 13 ekoran kenyataannya yang tetap ingin melaksanakan AUKU di KUIN dan sedikit sebanyak akan menjejaskan imej Pakatan Rakyat yang mula diterima rakyat sekarang.
Pakatan Rakyat menjanjikan dalam buku Jingga bahawa mereka akan memansuhkan AUKU jika memerintah.Persoalannya adakah Kedah bukan sebahagian dari Pakatan Rakyat?Jika ya maka Kedah perlulah mengisytiharkan bahawa Kedah juga bebas daripada A UKU seperti Selangor.
Kami mahasiswa tetap dengan prinsip kami bahawa akan terus menolak AUKU,Akta 174 dan Akta 555.Kami mahu mana-mana komponen parti politik yang ingin memansuhkan akta-akta tersebut, pastikan konsisten dengan janji tersebut kerana rakyat sentiasa menilai setiap tawaran yang diberikan.
Saya juga yakin 5 mahasiswa KUIN tersebut tiada masalah untuk berbincang dengan baik berkaitan isu tersebut jika MB Kedah membuka ruang perbincangan.
Mahasiswa insan yang terdidik.Saya yakin tidak akan berlakunya sebarang protes dan demonstrasi oleh mahasiswa terhadap Ust Azizan jika ianya bermula dengan pintu perbincangan yang baik.Silalah layan mahasiswa seperti anak bukannya musuh.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
No comments:
Post a Comment