Thursday, August 27, 2009

Pengisian Ramadan Oleh Kerajaan...


"Pada bulan Ramadan yang diturunkan al-Quran, sebagai petunjuk bagi manusia dan keterangan dari petunjuk, memperbezakan antara hak dengan yang batil maka sesiapa yang hadir di antara kamu di bulan itu hendaklah ia berpuasa". - Al-Baqarah, 2:185.

"Telah tiba kepada kamu bulan Ramadan, bulan keberkatan"
-HR Ahmad (9133)

Akan tetapi suatu perkara yang sangat mengecewakan bila mana di bulan yang mulia ini ada pihak yang ingin mencabul kehormatannya dengan mengadakan
konset Michael Learns to Rock
yang akan diadakan pada 5 september 2009 bersamaan15 Ramadan 1430 di Arena of Star Genting Highland.Virus hedonisme ini jika dibiarkan ianya akan merebak seumpama virus H1N1 yang meragut 61 nyawa di Malaysia kini.

Sepatutnya di bulan Ramadan yang mulia ini pihak kerajaan perlulah memperbanyakkan program-program ilmiah yang boleh memberikan banyak manfaat kepada rakyat.Kemudian dalam masa yang sama mencegah sebarang program-program berbentuk hiburan melampau yang boleh mencemarkan kemuliaan Ramadan.

Di manakah konsep modal insan yang pernah di suarakan oleh mantan Perdana Menteri kita yang kelima Tun Abdullah Badawi??Adakah modal insan ini hanya di bentuk pada zamannya sahaja??Tindakkan kerajaan ini telah menimbulkan respon dari pelbagai pihak.Di antaranya seperti, Pengerusi MPMN, sdr. Ridzuan Mohammad

Beliau berkata, “Tindakan kerajaan yang membenarkan penganjuran konsert ini seolah-olah tidak menghiraukan langsung sensitiviti umat Islam di Malaysia dan kesucian bulan Ramadhan”.

“Kebenaran mengadakan konsert itu adalah berlawanan dengan pendirian kerajaan Malaysia sebelum ini yang menjanjikan sambutan kemerdekaan tahun ini yang sederhana kerana menghormati bulan Ramadhan” ujar beliau lagi.

Beliau juga mengajak dan menyeru umat Islam di Malaysia khususnya mahasiswa membantah konsert ini sebagai tanda cintakan Islam dan memuliakan bulan Ramadhan.

Dalam hadis sahih yang diriwayatkan oleh ulama-ulama hadis, antaranya Muslim, dan diriwayatkan oleh Abu Said al-Khudri r.a., sabda Rasululah s.a.w. yang bermaksud;
“Sesiapa di kalangan kamu melihat perkara mungkar maka hendaklah dia mengubah dengan tangannya, sekiranya tidak mampu maka dengan lidahnya, sekiranya tidak mampu lagi maka dengan hatinya dan dengan yang demikian itu (dengan hati itu) adalah sedaif-daif iman.”

Jadi saya menyeru kepada seluruh umat islam agar kita sama-sama membantah konset tersebut sekeras-kerasnya supaya kemuliaan Ramadan tidak busuk dek di sebabkan konset yang melalaikan itu berlangsung.Semoga cahaya Ramadan terus memancarkan sinarnya ke seluruh hati-hati manusia lantas menemukan kita dengan lailatil qadar yang mulia.

wallahu'alam...

Monday, August 17, 2009

Jangan pandang rendah pada OKU.

Salam cekak hanafi,
Setiap orang Allah telah kurniakan kelebihan dan kekurangan.
Untuk pengetahuan anda semua, dalam kumpulan Silat Cekak Ustaz Hanafi yang mewakili Universiti Malaya ke Sarawak dalam pertandingan Wajadiri Silat Cekak Ustaz Hanafi baru-baru ini telah mewakilkan seorang orang kurang upaya yang mana beliau buta penglihatan. Kami memanggilnya abang Arif. Saya cukup berbangga dengan abang Arif yang mana beliau seorang yang buta tetapi hebat dalam ilmu persilatan.Beliau buta sejak kecil lagi.Akan tetapi dengan semangat yang kental akhirnya beliau telah berjaya berdiri di menara gading dan sekarang beliau menjawat jawatan presiden Persatuan Silat Cekak Ustaz Hanafi, Universiti Malaya. Dalam kehidupan beliau, beliau telah banyak kali terlanggar tiang,terjatuh dalam longkang,terlanggar kereta dan lain-lain lagi.Keyakinan yang tinggi dalam diri beliau dalam melakukan sesuatu perkara telah meletakkan diri beliau setanding seperti insan-insan yang normal.Semoga diri beliau akan senantiasa sihat dan kehidupannya di berkati Allah SWT...

Saidina Omar pernah berkata 'hisaplah diri kamu sebelum di hisap'
Cuma persoalan yang ingin saya timbulkan di sini ialah :
Dimanakah kekuatan dan keyakinan kita dalam melakukan sesuatu perkara??
Bagaimanakah disiplin kita dalam menguruskan kehidupan seharian??
Bagaimanakah cara kita memimpin orang lain??
Bagaimanakah persiapan kita dalam menjaga diri kita sendiri??
dan sebagainya.....
Jika orang kurang upaya boleh melakukan pelbagai perkara yang setanding dengan orang normal,bagaimanakah pula kita selaku insan-insan yang celik dan nampak?sama-sama kita fikifkan...

Silat Pertahanan Diri

Kenangan wajadiri di Sarawak

Pasukan Silat Cekak Hanafi UM
Wajadiri Nasional di UTM Skudai
Kenangan bersama Guru Utama
Team Sepasang Tongkat

Kilauan emas yang hilang




Antara catatan di dalam blog arwah :

"Aku adalah pengejar syurga akhirat,bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat;aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu.Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat kerja syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas.Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku"


Pahlawan Nasyid

"anggota Kumpulan Nasyid Raihan menyifatkan allahyarham Ustaz Mohd Asri Ibrahim yang juga vokalis Kumpulan Rabbani sebagai 'pahlawan nasyid' yang sukar dicari ganti"

Ahli keluarga arwah


Ketua kumpulan nasyid Rabbani, Mohamad Asri Ibrahim, 40, meninggal dunia di Hospital Pantai, Kuala Lumpur kira-kira jam 11 pagi tadi kerana sakit jantung.

Ustaz Asri merupakan idola saya dalam seni nasyid tanah air.Pemergian beliau benar-benar memeranjatkan saya kerana seminggu sebelum arwah meninggal saya sempat bersalaman dengan beliau selepas selesai latihan nasyid sebagai persiapan untuk Konset Di Antara Dunia di Stadium malawati,Selangor.Kelunakkan dan kemerduan suara beliau memang sangat hebat. Kepada keluarga arwah saya mendoakan agar tabah meneruskan kehidupan baru yang lebih mencabar dan kepada anggota kumpulan Rabbani semoga anda semua thabat dalam perjuangan dakwah melalui seni nasyid. buat akhirnya marilah kita sama-sama mendoakan semoga arwah Ustaz Asri di tempatkan bersama-sama orang-orang yang soleh dan senantiasa mendapat lindungan daripada Allah SWT...Ameen...

Monday, August 10, 2009

Cinta Illahi.


Cukuplah bila aku merasa
mulia

kerana Engkau sebagai
Tuhan bagiku

dan cukuplah aku merasa
bangga

bahawa aku menjadi
hamba-Mu.


Engkau bagiku sebagaimana yang
aku cintai

maka
Engkau berikanlah kepadaku
taufik

sebagaimana yang
Engkau cintai


Tuesday, August 4, 2009

Semangat,Patuh,Fokus dan Seimbang



* Orang yang bersemangat dalam perjuangan adalah mereka inginkan kehidupan di akhirat kelak...
* wahai orang-orang yang beriman patuhlah kamu kepada Allah dan Rasul serta pemimpim di kalangan kamu...

* Orang yang fokus dalam perjuangan adalah mereka yang inginkan kejayaan di akhir garisan penamat...
* Sehebat-hebat manusia adalah mereka yang mampu seimbangkan keperluan di dunia dan akhirat...





Sunday, August 2, 2009

Mahasiswa perlu bangkit...


Dalam dunia demokrasi yang sentiasa di hujani dengan pelbagai ujian dan cabaran, mahasiswa selaku insan yang sentiasa di pandang tinggi oleh masyarakat perlulah bangkit bersama-sama rakyat untuk menegakkan yang hak dan meruntuhkan yang batil.Mahasiswa perlu berani menyuarakan komen, pendapat dan lontaran idea dalam sesuatu perkara.

Jihad yang paling afdhal ialah berkata benar di hadapan pemerintah yang zalim bukan berani berkata di hadapan rakyat yang ditindas.Sebagai contoh kekejaman tindakan ISA terhadap tahanannya. Persoalan yang sepatutnya timbul adalah kezaliman Akta ISA yang telah diamalkan itu, bukannya membantah Akta ISA itu sebagai haram, perkara yang penting sekarang ini adalah mengapa kezaliman ini masih diteruskan?

ISA telah dirangka oleh R.H Hickling dan mula berkuatkuasa di Malaysia Barat pada 1 Ogos 1960.Terdapat ramai negarawan yang dikenakan ISA sejak penguatkuasaannya pada 1960 lalu.Antara bekas tahanan ISA itu adalah seperti Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden PKR Dr Syed Husin Ali, bekas Presiden Pas Dr Burhanuddin Al-Helmi, Datuk Ahmad Boestamam dan ramai lagi.

Untuk pengetahuan semua, isu ISA juga amat dekat dengan mahasiswa kerana mahasiswa turut dikenakan penahanan di bawah ISA seperti yang berlaku ke atas 7 orang mahasiswa pada tahun Jun 2001 lalu dan juga dua aktivis pelajar, iaitu Khairul Anuar Ahmad Zainuddin dan Mohamad Fuad Mohamad Ikhwan akibat kebakaran Dewan Tunku Canselor di Universiti Malaya.

Jesteru itu, kesedaran kita dalam membanteras kezaliman ini perlulah di pertingkatkan agar ianya tidak bermaharajalela memperlakukan umat manusia sesuka hati mereka.Jadilah insan yang sentiasa peka terhadap keadaan sekeliling yang penuh dengan fitnah dan kezaliman.Semoga dengan usaha kecil kita ini akan mendapat ganjaran yang setimpal di akhirat kelak...ameen..

Islamic Song