Thursday, June 9, 2011

Ucapan YDP MPMUM kepada Pelajar Baru (PASUM)

Assalamu’alaikum w.b.t. dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat lagi kita meniti usia muda di alam kampus yang mengajar kita erti kehidupan yang sebenar serta pelbagai pengalaman dalam kehidupan. Pertama sekali saya ingin mengucapkan Tahniah dan selamat datang kepada pelajar baru Sesi 2011/2012 iaitu pelajar Pusat Asasi Sains Universiti Malaya (PASUM) kerana memilih ataupun terpilih sebagai penuntut di Universiti Tertua di Malaysia. Selamat datang saya ucapkan.

Di alam Universiti, terdapat pelbagai cabaran baru yang harus kalian tempuh dalam menghadapi suasana yang agak berbeza dari Matrik dan seumpamanya. Ini kerana, Universiti adalah satu pengajian yang mengajar mahasiswa agar berfikiran intelek dan Kritis dalam menghadapi apa sahaja cabaran yang berlaku di alam Universiti terutama sekali di kampus.

Walaubagaimanapun, di alam Kampus tidak mengajar kita mengamalkan 3K (Katil, Kafe, Kuliah) malahan, di alam Kampus inilah mengajar kita hidup bermasyarakat dengan orang yang ada di sekeliling kita. Selain itu, kita juga di tuntut agar belajar bersungguh-sungguh demi mencapai kejayaan yang di impikan, sekaligus dapat menaikkan nama Universiti kita sendiri.

Bila mana kita memasuki ke alam kampus, ini bukanlah masanya untuk kita bermain congkak, bermain tenteng atau seumpamanya lagi. Akan tetapi, inilah masanya untuk kita meng‘explore’ hakikat hidup di alam kampus untuk kita mencapai kejayaan hingga ke tahap Antarabangsa. Jadi, saya mengharapkan agar pelajar-pelajar baru dapat mensuaikan diri dengan sebaiknya di alam yang baru iaitu alam kampus.

Selain itu, di alam kampus terdapat pelbagai aktiviti serta persatuan yang bermanfaat untuk anda semua. Saya mengharapkan komitmen yang maksima daripada pelajar-pelajar baru dalam menyertai apa sahaja persatuan yang anda minati. Semoga wasilah ini dapat membantu anda semua dalam mengenal erti kehidupan serta erti hidup di alam kampus yang sebenarnya.

Akhir kata, saya ingin mengucapkan Tahniah dan Selamat Datang sekali lagi kepada Pelajar-pelajar baru Pusat Asasi Sains UM pada hari ini. Tidak lupa juga, saya ingin mengucapkan Semoga berjaya dalam menjalani Minggu Orientasi atau lebih dikenali sebagai Minggu Haluan Siswa (MHS) kepada Pelajar-pelajar baru dan Ucapan jutaan terima kasih di ucapkan kepada PP (Pembantu Pelajar) yang akan beroperasi sepanjang Minggu Haluan Siswa di jalankan.

Sekian dahulu dari saya. Kami bersedia berkhidmat untuk Mahasiswa~

1 comment:

Yaya said...

sgt memberansangkan

Islamic Song