Alhamdulillah bajet 2012 baru-baru ni di bentang oleh Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak ada menyentuh soal mahasiswa iaitu untuk memberikan baucar buku bernilai RM200 kepada semua pelajar warganegara Malaysia di Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta tempatan,matrikulasi dan pelajar tingkatan enam di seluruh Malaysia.
Harapnya baucar buku yang diperuntukkan itu benar-benar akan di perolehi oleh semua mahasiswa di Malaysia tanpa sebarang diskriminasi dan birokrasi di kampus.Namun dalam keseronokkan memperolehi baucar buku RM200,kita kena ingat bahawa masih banyak tuntutan kita yang pihak kerajaan masih belum tunaikan.
Antara contohnya ialah pemansuhan AUKU yang mana kita lihat ianya sering menyekat pergerakan mahasiswa dan membantutkan kematangan mahasiswa.Selain itu pemansuhan 1% dalam pinjaman PTPTN,pemberian PTPTN mengikut zon,kebebasan bersuara dan kebebasan berakademik, autonomi kampus dan sebagainya.
Kemudian terkini di kampus Universiti Malaya yang sekarang menjadi perbualan hangat oleh seluruh warga kampus ialah berkaitan polisi-polisi baru yang benar-benar membebankan dan menyusahkan mahasiswa.Polisi yang dimaksudkan itu ialah berkaitan pembayaran yuran ICT sebanyak RM100, cas perkhidmatan bas RM30, kenaikan yuran palajar luar negara yang mendadak dan sebagainya.Yang lebih mengedihkan ialah segala polisi baru yang ditetapkan langsung tidak dibincangkan oleh wakil pelajar.Ini dilihat seumpama satu penginayaan oleh pihak atasan kepada mahasiswa.
Kemudiannya cas ICT ini juga dikenakan kepada semua mahasiswa UM termasuk mereka yang tinggal di luar kampus.Sedangkan Mahasiswa luar kampus sangat jarang dan ada yang langsung tidak mengguakan wifi UM.Ini langsung tidak menunjukkan pihak pentadbiran cakna dan menjaga dengan baik kebajikan mahasiswa terutama mahasiswa luar kampus.
Setelah bayaran di buat seperti contoh yuran ICT, wifi di kampus Universiti Malaya masih lembab sehingga menyusahkan mahasiswa untuk melakukan assignment dan gerak kerja yang lain.Bila MPMUM berjumpa dengan pihak PTM UM,pihak mereka maklumkan bahawa pihak mereka akan memperbaiki secepat mungkin.
Menurut Dato' David, yuran ICT itu dikenakan adalah untuk menaiktarafk tahap perkhidmatan wifi di UM dan pihak PTM akan memberikan semua software terkini kepada semua mahasiswa Universiti Malaya.Namun sehingga hari ini semua janji manis itu hanya tinggal janji kerana wifi masih lembab dan tidak ada satu pun sofware yang mahasiswa perolehi.
Antara isu lainnya ialah seperti cas perkhidmatan bas yang akan dikuatkuasakan pada 17 oktober 2011 oleh Hal Ehwal Pelajar ini juga sememangnya akan menyusahkan mahasiswa.Setiap kali mahasiswa ingin menggunakan perkhidmatan bas mereka mestilah menunjukkan kad bas yang bernilai RM30.
Antara faktor utama pada masa kini di kenakan bayaran adalah kerana HEP sudah tidak mampu untuk membiayai kos penyelenggaraan bas.Jadi antara altenatif untuk mendapatkan duit ialah dengan cara mengenakan cas kepada mahasiswa dengan jaminan bilangan bas akan ditambah dan perkhidmatan akan lebih baik.
Mahasiswa kini yang berada di kampus dilihat semakin tertekan dengan polisi-polisi baru. Sebab itulah ramai dalam kalangan mahasiswa terpaksa berkerja part time untuk mendapatkan duit tambahan.Tambahan pula kos sara hidup yang tinggi di kawasan bandar metropolitan ini menambahkan lagi tekanan mahasiswa untuk belajar.
Justeru harapannya supaya pihak pentadbiran lebih cakna dan mengkaji semula polisi baru yang diperkenalkan agar kebajikan mahasiswa terjaga.Kami diperingkat MPMUM akan tetap bersama dengan mahasiswa dalam membela nasib mahasiswa Universiti Malaya.
No comments:
Post a Comment