Monday, October 3, 2011

Tahniah graduan Universiti Malaya


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat illahi kerana dengan limpah kurniaNYA dapat kita dipertemukan sekali lagi dalam Festival Konvokesyen Universiti Malaya (FESKUM) pada sesi kali ini. Syabas dan tahniah diucapkan kepada seluruh Jawatankuasa Pelaksana FESKUM’11 yang telah bertungkus lumus dalam menjayakan FESKUM pada kali ini.

FESKUM diadakan saban tahun bertujuan bagi meraikan para graduan yang telah menamatkan pengajian mereka di Universiti Malaya. FESKUM pada kali ini bertemakan “Legasi Kecemerlangan, Tradisi Kegemilangan”. Semestinya cemerlang dalam kehidupan itu menjadi impian bagi setiap insan.

Selain itu, pelbagai program dan pengisian telah diatur bagi mencungkil bakat dan pengalaman baru khususnya kepada para graduan Universiti Malaya sebelum melangkah ke alam kerjaya. Sambutan istimewa ini juga turut disertai oleh para ibu bapa, ahli keluarga dan juga alumni Universiti Malaya dengan harapan ianya dapat membakar semangat para graduan yang bakal melangkah ke dunia luar yang pastinya ia akan menguji mental mahupun fizikal kita semua.

Maka ilmu yang di pelajari selama ini perlulah di amalkan dengan baik kerana ilmu dan amal akan menjadi pembimbing dan guru yang sentiasa mendampingi kita walaupun di mana kita berada.

Justeru, saya amat berharap melalui penganjuran FESKUM’11 kali ini secara tidak langsung membuka ruang dan peluang kepada seluruh mahasiswa mahasiswi menimba sebanyak mungkin ilmu dan pengalaman baik dari aspek intelektual, kerohanian, keusahawanan mahupun kepimpinan dalam mengendalikan sesebuah organisasi sebagai bekalan bagi menghadapi dunia luar yang lebih mencabar.

Di samping ilmu dan pengalaman yang di perolehi, secara tidak langsung ukhuwah dan talian persaudaraan antara kita semua akan lebih erat dan kuat. Semoga dengan ikatan yang di bina, akan Allah SWT mempermudahkan segala urusan kehidupan kita dalam usaha untuk mencapai kejayaan di dunia dan di akhirat. Seterusnya membawa kita untuk mencapai keredoan Allah SWT.

Sekian, Wassalam.

Mohd Syahid Mohd Zaini

Presiden,

Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya(MPMUM)

1 comment:

محمد حذوان بن حميدان said...

tahniah.. kpd geraduan jgn lupa dan leka utk terus berbakti kpd rakyat..(^_^)

Islamic Song