Baru-baru ini mahasiswa melakar satu lagi sejarah baru apabila berjaya melakukan perhimpunan aman bagi menuntut kebebasan akademik dari Masjid Jamek dan berarak hingga ke bangunan PWTC. 6 tuntutan yang ingin dibawa gerakan ‘Bebas’ , iaitu mansuhkan AUKU ,Akta 555 dan akta 174, bebaskan ilmuan berakademik, bebaskan mahasiswa bersuara, bebaskan mahasiswa mengurus pilihanraya kampus, bebaskan mahasiswa mengurus tadbir persatuan dan bebaskan mahasiswa berpatisipasi dalam politik.
Mengenali isu tindakan Adam Adli yang menukarkan bendera gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib dengan bendera logo Bebas, saya kira isu adalah tidak perlu diperbesarkan. Sepatutnya tuntutan yang dibawa mahasiswa untuk memansuhkan AUKU dan kembalikan hak dan autonomi mahasiswa perlu dibincangkan oleh semua pihak bukannya membincangkan perkara yang remeh itu. Biarlah mahasiswa melakukan kesilapan semasa zaman mahasiswanya supaya mereka tidak melakukan kesilapan di masa mereka menjadi pemimpin masa hadapan. Ini adalah satu proses pembelajaran untuk mematangkan diri dan menimba pengalaman terbaik.
Kepada rakan-rakan pro-aspirasi yang melakukan demonstrasi di Putrajaya baru-baru ini bagi menyokong kepimpinan YAB Dato’ Seri NajibTun Razak dan mendesak Dato’ Saifuddin Abdullah meletak jawatan sebagai Timbalan Menteri Pengajian Tinggi saya ucapkan tahniah kerana berjaya menggunakan ruang demokrasi untuk menyatakan pandangan.
Namun saya ingin mengingatkan, janganlah mahasiswa menjadi budak suruhan untuk kepentingan mana-mana pihak. Mahasiswa mempunyai idealisme dan pendirian tersendiri bukannya menjadi robot yang mudah dikawal pihak lain. Kita ketepikan ideologi politik masing-masing sebentar untuk kita bersatu bersama-sama dalam memperjuangkan nasib mahasiswa, rakyat dan kesejahteraan negara . Adakah kita sanggup melihat kegagalan kerajaan sekarang dalam mengurus tadbir negara sehingga banyak berlaku penyelewengan harta rakyat berterusan di masa akan datang. Pengagihan kekayaan negara hanya berlegar di kalangan golongan ‘elit’ dan kroni sahaja. Dalam masa yang sama majoriti rakyat menghadapi tekanan kehidupan yang kian menghimpit dengan kesan peningkatan harga barang dan paras gaji yang rendah.
Saya juga ingin berpesan kepada mana-mana parti politik samada Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat supaya lebih telus dan ikhlas dalam memperjuangkan nasib rakyat dan negara. Budaya gangsterisme dan politik kotor hendaklah ditolak dalam kehidupan masyarakat Malaysia yang terkenal dengan adab sopannya. Mahasiswa dan anak muda merupakan penentu undi dalam pilihan raya akan datang. Kita lakukan sedikit pengorbanan untuk melakukan perubahan demi memastikan keadilan dan kemakmuran negara dapat dilaksanakan.
Penulis ialah
Muhd Syahid b Mohd Zaini
Presiden Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak (BERSATU)
0148404924
No comments:
Post a Comment