Saya tetap berpendirian bahawa Majlis Perwakilan Mahasiswa adalah badan yang mewakili suara mahasiswa.
Saya berpendirian isu Wifi yang berlarutan sebagai serius dan kritikal atas nama kebajikan mahasiswa memandangkan perkhidmatan Wifi adalah keperluan penting semua mahasiswa di Universiti Malaya.
Dalam isu ini, MPMUM telahpun berusaha mengadakan banyak siri perbincangan bersama pihak pentadbiran termasuklah pihak Pusat Teknologi Maklumat(PTM) sendiri.
Walaubagaimanapun, dengan mengambil tempoh yang terlalu panjang bermula daripada awal sesi kemasukan semester ini, MPMUM melihat pihak PTM gagal menyelesaikan isu Wifi dengan efisien dan sesegera mungkin.
Dalam tempoh tersebut, MPMUM menerima banyak aduan daripada mahasiswa termasuk rungutan kerana ketiadaan Wifi menyebabkan banyak tugasan kuliah turut terganggu.
Justeru, atas pertimbangan menjaga kebajikan mahasiswa, MPMUM mengambil keputusan untuk membuat desakan kepada pihak pentadbiran supaya menyelesaikan isu Wifi dengan segera.
MPMUM menyenaraikan 3 tuntutan iaitu 'Kembalikan Yuran ICT kepada Mahasiswa', Mansuhkan Yuran ICT segera' dan 'Tingkatkan kualiti perkhidmatan Wifi segera'.
MPMUM turut mengadakan aktiviti seperti himpunan aman, konvoi ke kolej-kolej kediaman, edaran risalah dan lain-lain sebagai medium pencerahan kepada mahasiswa selain memberi desakan kepada pihak pentadbiran demi menjaga kebajikan mahasiswa.
Selain itu, kepimpinan MPMUM sesi ini membawa medium baru memperjuangkan kebajikan mahasiswa dengan mewujudkan Bantuan Ehsan MPMUM. Bantuan tersebut telah berjaya diberikan kepada seramai 281 mahasiswa pada hari Rabu lepas.
No comments:
Post a Comment