Sunday, December 11, 2011

Debat menyuburkan demokrasi Malaysia

Perdebatan dan perbincangan berkaitan AUKU kini semakin rancak dibahaskan.Banyak siri perdebatan berkaitan AUKU,PRU,demokrasi dan sebagainya mula diketengahkan oleh para pimpinan negara mahupun pimpinan kampus.Ini suatu fenomena dan petanda baik kepada arena akademik dan sistem demokrasi di Malaysia.

Dalam keadaan rakyat dan pemimpin negara ingin terus membuka ruang demokrasi, namun mahasiswa kini kecewa dan terkilan kerana masih ada Hal Ehwal Pelajar (HEP) di kampus yang masih belum boleh memberikan peluang dan ruang untuk mahasiswa bebas berakademik mahupun melaksanakan program-program sendiri tanpa gangguan mereka.

Pihak pentadbiran sekarang perlu lebih terbuka dan memberikan kepercayaan kepada mahasiswa dalam mengendalikan sesuatu perkara kerana mahasiswa ialah insan yang intelek dan mampu untuk berfikir sendiri dengan rasional.

Rentetan dari insiden debat di UM yang diganggu oleh pengawal keselamatan atas arahan TNC HEP itu, gerakan kebebasan akademik tetap akan terus untuk melaksanakan debat perdana antara Datuk Seri Anuar Ibrahim dan Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.Tajuk yang disepakati diperingkat mahasiswa untuk mereka bahaskan ialah "Mahasiswa , universiti dan negara" pada 15 disember 2011 di Dewan Himpunan Cina, Kuala Lumpur.

Makluman terkini, Datuk Seri Anuar Ibrahim telah menerima pelawaan tersebut sebagai pembahas diperingkat Pakatan Rakyat.Namun sehingga kini masih tiada sebarang respon balas dari surat jemputan mahasiswa kepada Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak yang juga merupakan Perdana Menteri Malaysia sekarang mewakili Barisan Nasional.

Selaku Perdana Menteri yang disegani,mahasiswa sentiasa berharap agar pelawaan untuk berdebat berkaitan isu mahasiswa itu diterima.Sekaligus penerimaan itu akan membuktikan bahawa Datuk Seri seorang yang sentiasa peka dan perihatin terhadap isu-isu mahasiswa.

Dalam kondisi pilihanraya umum yang semakin hampir,para pemimpin negara kedua-dua parti perlu lebih mendekati anak muda terutama mahasiswa.Ini kerana jatuh bangun pemimpin yang akan bertanding dlm PRU 13 nanti akan ditentukan oleh para pengundi.Justeru mereka perlu ingat bahawa kuasa pengundian mahasiswa juga besar kesannya kepada kejayaan seseorang pemimpin itu dalam PRU 13 nanti.

Semoga impian rakyat dalam mengimpikan Malaysia yang sejahtera dan universiti yang subur dengan budaya ilmu dan intelektual akan terus direalisasikan oleh para pemimpin negara dengan baik.Berikan ruang berakademik dengan sebaiknya kepada para pensyarah dan mahasiswa, pasti hasilnya negara kita akan lebih hebat dan makmur di masa depan.

No comments:

Islamic Song