Merujuk kepada kenyataan Tan Sri Ghauth Jasmon yang merupakan Naib Cencelor Universiti Malaya baru-baru ini berkaitan mahasiswa boleh berpolitik iaitu mengenai Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 yang akan dipinda, Ghauth berkata:
“Saya rasa pelajar-pelajar universiti mungkin mahukan kebebasan bersuara kerana itu UM tidak menghalang pelajarnya terlibat dengan politik.
Ini membuktikan bahawa Naib Censelor UM benar-benar bersama mahasiswa malah memahami realiti keadaan mahasiswa yang kini kian matang berfikir baik dan buruk dalam sesuatu perkara.Kebebasan bersuara itu juga menepati aturan dalam perlembagaan negara yang kini menjadi rujukan dalam sesuatu kes dan isu.
MPMUM juga bersetuju dengan pandangan Tan Sri Ghauth Jasmon iaitu sekiranya fahaman tersebut dibawa ke dalam kampus yang akhirnya boleh mendatangkan masalah, maka tindakan keras akan diambil”.Universiti merupakan medan ilmu yang mesti semua pihak hormati dan sanjungi.Bukannya menjadikannya sebagai medan untuk mendoktrin dan merekrut mahasiswa menjadi pekerja parti sehingga mengabaikan pelajaran mereka.
Bahkan MPMUM juga turut mengucapkan terima kasih kepada Tan Sri kerana mempertimbangkan yuran ICT UM yang sebelum ini agak mahal iaitu dari RM 100 ke RM 50 setahun serta terus menambahbaik pulih kelajuan wifi di kampus UM.Ini jelas membuktikan bahawa Naib Censelor UM sentiasa peka dan cakna akan keperitan mahasiswa UM yang kini sarat menanggung kos pembelajaan yang tinggi di tengah Bandar Metropolitan.
Kerjasama antara MPMUM dengan Naib Censelor UM dalam membantu masalah kewangan mahasiswa UM yang kini semakin meruncing dan menekan jelas telah merealisaikan tema MPMUM kali ini iaitu " bersama berkhidmat demi mahasiswa". Pemberian wang bantuan akan disalurkan secepat mungkin setelah borang kebajikan MPMUM disambut baik oleh mahasiswa UM.
Justeru saya selaku YDP MPMUM menyeru untuk kita bersama membawa hasrat universiti untuk melahirkan mahasiswa yang benar- benar berkuakliti dan bermanfaat kepada masyarakat dan negara.Semoga segala urusan kita diberkati dan dirahmati Allah SWT. Sekian.
No comments:
Post a Comment